Blog WhatsApp

Hari ini kami memperkenalkan aplikasi desktop supaya anda mempunyai cara yang baru untuk berhubung pada bila-bila masa dan di mana-mana pun - sama ada pada telefon atau komputer di rumah atau di tempat kerja anda. Seperti WhatsApp Web, aplikasi desktop kami hanyalah satu sambungan telefon anda: aplikasi tersebut mencerminkan perbualan dan mesej daripada peranti mudah alih anda.

Aplikasi desktop baru kini tersedia untuk Windows 8+ dan Mac OS 10.9+ dan tersegerak dengan WhatsApp pada peranti mudah alih anda. Oleh kerana aplikasi kami berjalan secara tempatan pada desktop anda, anda mempunyai sokongan untuk notifikasi tempatan, pintasan papan kekunci yang lebih baik, dan lain-lain.

Untuk memuat turun aplikasi, lawati https://www.whatsapp.com/download daripada pelayar desktop anda. Kemudian, buka aplikasi dan imbas kod QR dengan menggunakan aplikasi WhatsApp pada telefon anda (cari menu WhatsApp Web di bawah Seting).

Seperti WhatsApp Web, aplikasi desktop baru membenarkan anda menghantar mesej kepada rakan-rakan dan keluarga sementara telefon anda berada dalam saku anda.