Blog WhatsApp

Selama lebih daripada setahun, para pengguna telah menggunakan Panggilan WhatsApp untuk berbual dengan rakan-rakan dan keluarga di seluruh dunia. Ia adalah cara yang hebat untuk kekal berhubungan, terutamanya apabila berhubung dengan mereka di luar negara, atau apabila mesej sahaja tidak mencukupi. Hari ini, lebih daripada 100 juta panggilan suara dibuat setiap hari pada WhatsApp - iaitu lebih daripada 1,100 panggilan per saat! Kami berasa sangat terharu kerana banyak orang mendapati ciri ini amat berguna, dan kami berkomited untuk membuatkannya lebih baik lagi dalam bulan-bulan akan datang.