Blog WhatsApp

Di WhatsApp, matlamat kami sentiasa adalah untuk membantu sebanyak orang semungkin untuk kekal berhubungan dengan rakan-rakan, keluarga, dan orang lain yang mereka sayangi. Ini bermakna membuat satu produk yang mudah, senang diguna, dan boleh diakses dari mana jua anda berada. Kami telah bermula dengan pemesejan dan Grup Sembang. Kemudian, kami telah menambahkan panggilan suara. Dan kami telah melakukannya dengan cara yang berjalan atas ribuan peranti dan kombinasi platform di seluruh dunia.

Hari ini kami teruja untuk mengumumkan langkah seterusnya untuk menghubungkan orang - panggilan video WhatsApp. Dalam hari yang akan datang, pengguna WhatsApp yang melebihi satu bilion orang akan dapat membuat panggilan video atas peranti Android, iPhone, dan Windows Phone.

Kami memperkenalkan ciri ini sebab kami tahu bahawa kadang kala suara dan teks sahaja tidak mencukupi. Tiada pengganti untuk melihat cucu anda mengambil langkah pertamanya, atau melihat wajah anak perempuan anda semasa dia belajar di luar negara. Dan kami ingin menyediakan ciri ini untuk semua orang, bukan sahaja untuk mereka yang berkemampuan untuk memiliki telefon mahal yang terbaru atau mereka yang bertinggal di negara-negara yang mempunyai rangkaian selular yang terbaik.

Tahun demi tahun, kami banyak menerima permintaan daripada pengguna kami untuk panggilan video, dan kami teruja untuk akhirnya menawarkan ciri ini kepada seluruh dunia. Terima kasih kerana menggunakan WhatsApp dan kami berjanji untuk terus bekerja keras setiap hari untuk meningkatkan perkhidmatan kami.