Blog WhatsApp

Lebih daripada 1 bilion orang menggunakan WhatsApp setiap hari untuk kekal berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan mereka, dan dari masa ke masa, lebih ramai orang sedang menggunakan WhatsApp untuk berkomunikasi dengan perniagaan yang mereka meminati. Malah, banyak perhubungan sedang dijalinkan setiap hari, sama ada seseorang memesan dari gerai roti tempatan atau mencari gaya-gaya baru dari gedung pakaian. Akan tetapi, cara perhubungan ini terjalin melalui WhatsApp amatlah sederhana. Kami telah mendengar kisah penjaga kedai yang menggunakan WhatsApp untuk berhubung dengan ratusan pelanggan mereka dari satu telefon pintar, dan daripada orang yang tidak pasti sama ada perniagaan dalam WhatsApp sah atau tidak. Dalam bulan akan datang, kami akan menguji ciri-ciri baru yang bertuju untuk menyelesaikan beberapa cabaran ini, dan mempermudahkan bagi orang untuk berkomunikasi dengan perniagaan yang diingini dalam WhatsApp. Cara kami adalah mudah - kami ingin menggunakan apa yang telah dipelajari; dari membantu orang berhubung antara satu sama lain ke membantu orang berhubung dengan perniagaan-perniagaan yang penting kepada mereka.

Kami tahu perniagaan-perniagaan mempunyai banyak keperluan yang berbeza. Sebagai contoh, mereka ingin mempunyai kewujudan rasmi - satu profil yang telah disahkan agar orang dapat mengenalpasti dan membezakan satu perniagaaan daripada orang lain - dan cara yang lebih mudah untuk membalas kepada mesej-mesej. Kami sedang membina dan menguji alat-alat baru melalui aplikasi Perniagaan WhatsApp percuma untuk perniagaan kecil dan penyelesaian perusahaan untuk syarikat lebih besar yang beroperasi pada skala yang lebih besar dengan pelanggan di seluruh dunia, seperti syarikat penerbangan, laman e-dagang, dan bank. Para perniagaan ini akan dapat menggunakan penyelesaian kami untuk menyediakan pelanggan mereka dengan pemberitahuan seperti masa penerbangan, pengesahan penghantaran, dan kemaskini lain.

Sama ada seseorang sedang berhubung dengan perniagaan berdekatan atau di seluruh dunia, para pengguna mengharapkan agar WhatsApp cepat, boleh dipercayai dan selamat. Kami akan meneliti sebarang maklum balas yang diterima ketika fasa ujian kami dan akan memaklumkan para pengguna apabila kami menyediakan alat-alat ini. Ia adalah penting untuk kami melakukannya dengan betul dan kami prihatin mengenai pengalaman baru yang akan kami sediakan bagi perniagaan dan pengguna kami. Untuk maklumat lanjut, sila baca Soalan lazim ini.