Blog WhatsApp

Bulan depan, Kesatuan Eropah akan mengemaskini undang-undang privasinya untuk mempunyai ketelusan yang lebih banyak tentang cara maklumat orang digunakan dalam talian (online). WhatsApp sedang mengemaskini Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi di mana undang-undang yang dikenali sebagai General Data Protection Regulation (GDPR) akan berkuatkuasa.

Kami tidak meminta hak-hak baru untuk mengutip maklumat peribadi dengan kemaskini ini. Tujuan kami hanya untuk menjelaskan bagaimana kami menggunakan dan melindungi maklumat terhad yang kami memiliki tentang anda. Terdapat beberapa perkara yang ingin kami tekankan:

  • WhatsApp di Eropah: WhatsApp telah menubuhkan satu entiti di dalam Kesatuan Eropah untuk menyediakan perkhidmatan anda di sana dan untuk memenuhi piawai baru yang tinggi dalam hal ketelusan mengenai cara kami melindungi privasi pengguna kami.
  • Perkongsian data: Pada masa ini, kami tidak mengongsi maklumat akaun untuk meningkatkan pengalaman produk dan iklan anda di Facebook. Sebagaimana yang telah kami katakan sebelum ini, kami ingin bekerja dengan lebih dekat dengan syarikat-syarikat Facebook yang lain pada masa depan dan kami akan memaklumkan anda saat terdapat perkembangan dalam pelan kami.
  • Tetap selamat pada WhatsApp: Apabila kami menerima laporan pengguna yang buruk yang menghantar mesej yang tidak diinginkan - seperti SPAM atau kandungan yang kasar/menghina - sama ada pada WhatsApp atau Facebook, kami mengongsi maklumat dan mengambil tindakan, termasuk menyekat mereka di kedua-dua perkhidmatan tersebut. Anda boleh mempelajari lebih mengenai cara kekal selamat pada WhatsApp dengan menyemak tip-tip keselamatan ini.

WhatsApp amat menghargai tentang privasi dan keselamatan anda. Setiap mesej dan panggilan dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung agar tidak ada seorang pun, termasuk WhatsApp, dapat membaca atau mendengar perbualan anda. Dalam minggu-minggu akan datang, anda akan dapat memuat turun dan melihat data terhad yang kami mengutip. Ciri ini akan dilancarkan kepada semua pengguna di seluruh dunia pada versi aplikasi yang terbaru. Untuk mempelajari lebih, klik di sini.

Kami menghargai maklum balas anda dan terima kasih kerana menggunakan WhatsApp!