Blog WhatsApp

Grup adalah sebahagian penting pengalaman WhatsApp, sama ada ia menghubungkan ahli-ahli keluarga merentas dunia atau rakan-rakan kekal berhubung selama bertahun. Terdapat juga orang seperti ibu bapa baru yang menyertai grup dalam WhatsApp untuk mencari sokongan, pelajar mengurus sesi pembelajaran, dan pemimpin bandar menyelaraskan usaha bantuan selepas bencana alam. Hari ini, kami mengongsi peningkatan yang telah kami buat untuk grup.

Apa yang Baru

  • Deskripsi grup: Deskripsi pendek yang ditemui di bawah info grup yang membenarkan anda untuk menetapkan tujuan, garis panduan, atau topik untuk grup. Apabila orang baru menyertai sebuah grup, deskripsi ini akan tertunjuk di bahagian atas sembang.
  • Kawalan pentadbir: Dalam tetapan grup, kini terdapat kawalan yang membenarkan pentadbir untuk mengehadkan siapa yang dapat mengubah subjek, ikon dan deskripsi grup.
  • Mesej terbaru tertuju untuk anda: Apabila anda tidak aktif selama beberapa saat di grup, anda dapat dengan cepat mengejar mesej-mesej ketinggalan yang menyebut atau membalas anda dengan mengetik butang @ baru yang muncul di sudut kanan di bawah sembang.
  • Cari peserta: Cari sesiapa dalam grup dengan mencari untuk peserta dalam halaman info grup.
  • Kini pentadbir boleh mengeluarkan kebenaran pentadbir untuk peserta grup lain, dan pencipta grup tidak boleh lagi dikeluarkan daripada grup yang telah mereka cipta.

Kami juga telah memperkenalkan perlindungan agar pengguna tidak boleh ditambah berulang kali kembali ke grup yang telah ditinggalkan. Ciri-ciri ini tersedia untuk pegguna Android dan iPhone. Kami berharap agar anda menikmati kemaskini baru ini!