Blog WhatsApp

Seperti yang telah kami umumkan tahun lepas, WhatsApp sedang membina alat-alat baru untuk membantu orang dan perniagaan untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Sejak kami telah melancarkan aplikasi WhatsApp Business, orang telah memberitahu kami bahawa ia adalah lebih cepat dan mudah untuk bersembang dengan perniagaan daripada membuat panggilan atau menghantar emel. Hari ini kami sedang mengembangkan sokongan kami untuk perniagaan yang memerlukan alat-alat yang lebih kuat untuk berkomunikasi dengan pelanggan mereka.

Di sini terdapat cara-cara orang boleh berhubung dengan sebuah perniagaan:

  • Minta maklumat yang berguna: Apabila anda memerlukan pengesahan penghantaran atau pas masuk, anda boleh memberi nombor mudah alih anda kepada sebuah perniagaan di laman web mereka, di aplikasi mereka, atau di gedung mereka untuk menghantar anda maklumat di WhatsApp.
  • Mulakan perbualan: Anda mungkin akan melihat butang klik-untuk-sembang di laman web atau iklan Facebook untuk menghantar mesej cepat kepada perniagaan.
  • Dapatkan sokongan: Beberapa perniagaan mungkin menyediakan sokongan masa nyata di WhatsApp untuk menjawab pertanyaan mengenai produk mereka atau membantu anda menyelesaikan masalah.

Dengan cara-cara ini, anda akan terus mempunyai kawalan penuh atas mesej-mesej yang anda terima. Perniagaan akan membayar untuk menghantar mesej tertentu, jadi mesej tersebut akan terpilih dan sembang anda tidak akan penuh dengan mesej mereka. Tambahan, mesej-mesej akan kekal disulit hujung ke hujung dan anda boleh menyekat sebarang perniagaan dengan hanya mengetik sebuah butang.

Kami akan membawa lebih banyak perniagaan ke WhatsApp pada masa akan datang. Untuk melakukan sedemikian, kami akan bekerja secara langsung dengan beberapa ratus perniagaan dan memilih beberapa perniagaan yang khusus dalam mengurus komunikasi pelanggan.

Jika anda berminat bagaimana perniagaan dapat mula menggunakan alat-alat ini, anda boleh mempelajari lebih di sini. Seperti biasa, kami akan berhati-hati mendengar semua maklum balas anda seturut dengan perkembangan alat-alat ini.