Blog WhatsApp

Daripada emoji dan ciri kamera ke Status dan GIF animasi, kami sentiasa cuba menambah ciri baru yang membuatkan komunikasi dengan rakan dan keluarga di WhatsApp mudah dan menyeronokkan. Hari ini, kami teruja memperkenalkan cara baru untuk individu melahirkan perasaan mereka menggunakan pelekat.

Sama ada dengan pelekat cawan teh tersenyum atau pelekat hati yang patah menangis, pelekat membantu anda berkongsi perasaan anda dengan cara yang anda kadangkala tidak boleh nyatakan dengan perkataan. Sebagai permulaan, kami sedang melancarkan pek pelekat yang dicipta oleh pereka kami di WhatsApp serta pilihan pelekat daripada pereka pelekat lain.

Kami juga telah menambahkan sokongan untuk pek pelekat pihak ketiga bagi membenarkan pereka dan pembangun seluruh dunia mencipta pelekat untuk WhatsApp. Untuk berbuat demikian, kami telah menyertakan satu set API dan antara muka yang membenarkan anda untuk membina aplikasi pelekat yang menambah pelekat pada WhatsApp pada Android atau iOS. Anda boleh menyiarkan aplikasi pelekat anda seperti aplikasi lain di Gedung Google Play atau Gedung App Store, dan pengguna yang memuat turun dan memasang aplikasi anda boleh mula menghantar pelekat tersebut terus daripada WhatsApp. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang mencipta aplikasi pelekat untuk WhatsApp anda sendiri di sini.

Untuk menggunakan pelekat dalam sembang, hanya ketik butang pelekat baru dan pilih pelekat yang anda mahu kongsikan. Anda boleh menambah pek pelekat baru dengan mengetik ikon tambah.

Pelekat akan tersedia untuk Android dan iPhone dalam beberapa minggu akan datang. Kami harap anda akan menyukainya!