Blog WhatsApp

FIGHTCLUBQUOTE

Saya dan Brian telah bersama-sama menghabiskan 20 tahun di Yahoo!, bekerja keras untuk memastikan laman ini terus berjalan. Dan ya, bekerja keras untuk menjual iklan, kerana itulah yang dilakukan oleh Yahoo!. Ia mengumpulkan data, menyediakan halaman dan menjual iklan.

Kami menyaksikan bagaimana Yahoo! telah diambil alih oleh Google dalam saiz dan pencapaian... penjual iklan yang lebih cekap dan menguntungkan. Mereka mengetahui apa yang anda sedang mencari, jadi mereka dapat mengumpulkan data anda dengan lebih cekap dan menjual iklan yang lebih baik.

Hari ini, syarikat-syarikat mengetahui hampir segalanya mengenai anda, rakan-rakan anda, minat anda, dan mereka menggunakan kesemuanya untuk menjual iklan.

Tiga tahun yang lalu, ketika kami duduk bersama dan memulai semua perkara yang kami lakukan, kami ingin membuat sesuatu yang bukan sekadar menjual iklan. Kami ingin meluangkan masa kami untuk membina perkhidmatan yang ingin digunakan oleh orang kerana ia berfungsi dan menjimatkan duit dan memudahkan kehidupan mereka dalam cara yang kecil. Kami tahu bahawa kami dapat mengenakan caj secara langsung kepada orang jika kami melakukan semua perkara tersebut. Kami tahu bahawa kami dapat melakukan apa yang kebanyakan orang berazam untuk melakukan setiap hari: mengelakkan iklan.

Tiada sesiapa yang bangun daripada tidur dan teruja untuk melihat lebih banyak iklan, tiada sesiapa yang pergi tidur memikirkan tentang iklan yang akan mereka melihat esok. Kami tahu bahawa orang teruja pergi tidur memikirkan dengan siapa mereka bersembang pada hari itu (dan kecewa dengan siapa mereka tidak dapat bersembang). Kami ingin WhatsApp untuk menjadi produk yang menjadikan anda terjaga... dan produk yang anda cari pada sebelah pagi. Tiada sesiapa yang akan terjaga daripada tidur dan beria-ia untuk melihat iklan.

Iklan bukan sahaja mengganggu estetika, tetapi menghina kecerdasan anda dan menjejaskan pemikiran anda. Di semua syarikat yang menjual iklan, sebahagian ketara pasukan kejuruteraan mereka menghabiskan masa mereka untuk mentala perlombongan data, menulis kod yang lebih baik untuk mengumpulkan semua data peribadi anda, menaik taraf pelayan yang menyimpan semua data dan memastikan kesemuanya sedang dilog, dikumpul semak, dihiris, dibungkus dan dihantar keluar... Dan akhirnya, hasil daripada semua itu adalah satu sepanduk iklan yang sedikit berbeza pada pelayar anda atau pada pelayar telefon anda.

Ingat, apabila pengiklanan terbabit, anda, para pengguna adalah produk.

Di WhatsApp, jurutera kami menghabiskan masa mereka membaiki pepijat, menambahkan ciri-ciri baru dan menyempurnakan semua selok-belok dalam tugas kami untuk membawa pemesejan yang kaya, berpatutan, dan dapat dipercayai pada semua telefon di dunia. Itulah produk dan semangat kami. Data anda langsung tidak terbabit. Kami tidak berminat dengan semua itu.

Apabila orang menanyai kami mengapa kami mengenakan caj untuk WhatsApp, kami mengatakan "Sudahkah anda mempertimbangkan alternatifnya?"