Blog WhatsApp

Hampir lima tahun dahulu kami memulakan WhatsApp dengan misi yang mudah: membina produk yang hebat untuk digunakan oleh semua orang di seluruh dunia. Tiada apa lagi yang lebih penting bagi kami.

Hari ini kami mengumumkan perkongsian dengan Facebook yang akan membenarkan kami untuk meneruskan misi ini. Dengan perkongsian ini, ia akan memberikan fleksibiliti kepada WhatsApp untuk bertumbuh dan berkembang, sementara memberi saya dan Brian, dan pasukan kami lebih masa untuk bertumpu dan membina perkhidmatan komunikasi yang cepat, berpatutan dan peribadi seboleh semungkin.

Inilah yang akan berubah bagi anda, para pengguna kami: Tiada apa.

WhatsApp akan kekal autonomi dan beroperasi secara bebas. Anda boleh terus menikmati perkhidmatan kami untuk yuran nominal. Anda boleh terus menggunakan WhatsApp tanpa kira di mana jua anda berada, atau telefon pintar mana yang anda gunakan. Dan anda boleh yakin bahawa tiada akan ada sebarang iklan yang akan mengganggu komunikasi anda. Tidak akan terdapat perkongsian antara kedua-dua syarikat kami sekiranya kami terpaksa berkompromi dengan prinsip-prinsip teras yang sentiasa menentukan syarikat kami, visi kami dan produk kami.

Sebagai nota peribadi, saya dan Brian tidak boleh lebih berbangga untuk menjadi sebahagian pasukan orang yang hanya dalam masa kurang daripada lima tahun, telah membina perkhidmatan komunikasi yang kini menyokong 450 juta pengguna aktif sebulan di seluruh dunia dan lebih daripada 320 juta pengguna aktif setiap hari. Mereka telah membantu mentakrifkan semula dan merevolusikan komunikasi abad ke-21, dan kami tidak boleh lebih bersyukur lagi.

Pasukan kami sentiasa mempercayai bahawa kos dan jarak tidak harus menghalang orang daripada berhubung dengan rakan-rakan atau orang disayangi, dan kami tidak akan berehat sehingga semua orang, di seluruh dunia dikuasakan dengan peluang tersebut. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna kami dan semua orang dalam kehidupan kami untuk menjadikan bab seterusnya mungkin, dan untuk menyertai kami saat kami meneruskan perjalanan istimewa ini.