Blog WhatsApp

Hampir satu bilion orang di seluruh dunia hari ini bergantung pada WhatsApp untuk berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga mereka. Dari seorang yang baru menjadi bapa di Indonesia berkongsi foto dengan keluarganya, ke seorang pelajar di Sepanyol yang bertanya khabar tentang rakan-rakannya di negara asal, sehingga ke doktor di Brazil yang berhubung dengan pesakitnya, semua orang bergantung pada WhatsApp untuk berfungsi dengan cepat, mudah dan boleh dipercayai.

Oleh kerana itu, kami gembira mengumumkan bahawa WhatsApp tidak akan lagi mengenakan yuran langganan. Selama beberapa tahun, kami telah meminta sesetengah orang untuk membayar yuran selepas menggunakan WhatsApp selama setahun. Seiring pembangunan kami, kami mendapati bahawa kaedah ini tidak berkesan. Banyak pengguna WhatsApp tidak mempunyai nombor kad kredit atau debit dan mereka risau mereka akan kehilangan akses kepada rakan-rakan dan keluarga mereka selepas tahun pertama. Oleh itu, dalam minggu-minggu akan datang, kami akan mengeluarkan yuran daripada versi yang berbeza dalam aplikasi kami dan WhatsApp tidak akan lagi mengenakan yuran untuk perkhidmatan kami.

Sememangnya, orang akan berasa hairan bagaimana kami berpelan untuk terus menjalankan WhatsApp tanpa mengenakan yuran langganan dan jika pengumuman hari ini bermakna kami akan memperkenalkan iklan pihak ketiga? Jawapannya ialah tidak. Mulai tahun ini, kami akan menguji alat-alat yang membenarkan anda untuk menggunakan WhatsApp untuk berkomunikasi dengan perniagaan dan organisasi yang ingin anda dengar. Ini bermaksud berkomunikasi dengan bank anda sama ada transaksi baru-baru ini adalah palsu, atau dengan syarikat penerbangan mengenai penerbangan yang tertangguh. Kita semua mendapatkan mesej sebegini dari tempat-tempat yang lain hari ini - melalui mesej teks dan panggilan telefon - jadi kami ingin menguji alat-alat baru untuk menjadikannya lebih mudah pada WhatsApp, sementara masih memberi anda pengalaman tanpa iklan pihak ketiga dan spam.

Kami berharap agar anda menikmati apa yang akan datang pada WhatsApp, dan kami gembira menerima maklum balas anda.