Blog WhatsApp

Hari ini, satu bilion orang sedang menggunakan WhatsApp.

Ini hampir sama dengan satu daripada tujuh orang di Bumi yang menggunakan WhatsApp setiap bulan untuk berhubung dengan orang yang disayangi, rakan-rakan dan keluarga mereka.

Kami berasa amat bangga dengan pencapaian ini, dan kami terharu dengan cara luar biasa anda semua menggunakan WhatsApp. Sama ada untuk berkongsi maklumat penting semasa bencana alam atau kecemasan kesihatan, mencari teman, mengembangkan perniagaan kecil, membeli cincin pertunangan, atau mencari kehidupan yang lebih bermakna - kami amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian kecil dari apa yang orang lakukan untuk membuat hidup mereka dan hidup orang-orang di sekitar mereka menjadi lebih baik.

Dan, menerusi kemajuan yang telah kami capai bersama-sama selama tujuh tahun yang lalu, misi kami tidak pernah berubah. WhatsApp telah bermula sebagai satu idea yang mudah: memastikan bahawa semua orang dapat berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan di mana jua di dunia, tanpa kos atau gimik yang mengganggu.

Jadi walaupun kami meraikan pencapaian ini, tumpuan kami tetap sama. Setiap hari, pasukan kami terus bekerja untuk meningkatkan kelajuan, kebolehpercayaan, keselamatan dan kesederhanaan WhatsApp. Kami teruja untuk melihat berapa jauh kami telah sampai. Tetapi kini, masa kembali bekerja - kerana kami masih mempunyai 6 bilion orang lain untuk dihubungkan ke WhatsApp, dan perjalanannya masih jauh.