Blog WhatsApp

Grup adalah sebahagian penting pengalaman WhatsApp, sama ada ia menghubungkan ahli-ahli keluarga merentas dunia atau rakan-rakan kekal berhubung selama bertahun. Terdapat juga orang seperti ibu bapa baru yang menyertai grup dalam WhatsApp untuk mencari sokongan, pelajar mengurus sesi pembelajaran, dan pemimpin bandar menyelaraskan usaha bantuan selepas bencana alam. Hari ini, kami mengongsi peningkatan yang telah kami buat untuk grup.

Apa yang Baru

  • Deskripsi grup: Deskripsi pendek yang ditemui di bawah info grup yang membenarkan anda untuk menetapkan tujuan, garis panduan, atau topik untuk grup. Apabila orang baru menyertai sebuah grup, deskripsi ini akan tertunjuk di bahagian atas sembang.
  • Kawalan pentadbir: Dalam tetapan grup, kini terdapat kawalan yang membenarkan pentadbir untuk mengehadkan siapa yang dapat mengubah subjek, ikon dan deskripsi grup.
  • Mesej terbaru tertuju untuk anda: Apabila anda tidak aktif selama beberapa saat di grup, anda dapat dengan cepat mengejar mesej-mesej ketinggalan yang menyebut atau membalas anda dengan mengetik butang @ baru yang muncul di sudut kanan di bawah sembang.
  • Cari peserta: Cari sesiapa dalam grup dengan mencari untuk peserta dalam halaman info grup.
  • Kini pentadbir boleh mengeluarkan kebenaran pentadbir untuk peserta grup lain, dan pencipta grup tidak boleh lagi dikeluarkan daripada grup yang telah mereka cipta.

Kami juga telah memperkenalkan perlindungan agar pengguna tidak boleh ditambah berulang kali kembali ke grup yang telah ditinggalkan. Ciri-ciri ini tersedia untuk pegguna Android dan iPhone. Kami berharap agar anda menikmati kemaskini baru ini!

Bulan depan, Kesatuan Eropah akan mengemaskini undang-undang privasinya untuk mempunyai ketelusan yang lebih banyak tentang cara maklumat orang digunakan dalam talian (online). WhatsApp sedang mengemaskini Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi di mana undang-undang yang dikenali sebagai General Data Protection Regulation (GDPR) akan berkuatkuasa.

Kami tidak meminta hak-hak baru untuk mengutip maklumat peribadi dengan kemaskini ini. Tujuan kami hanya untuk menjelaskan bagaimana kami menggunakan dan melindungi maklumat terhad yang kami memiliki tentang anda. Terdapat beberapa perkara yang ingin kami tekankan:

  • WhatsApp di Eropah: WhatsApp telah menubuhkan satu entiti di dalam Kesatuan Eropah untuk menyediakan perkhidmatan anda di sana dan untuk memenuhi piawai baru yang tinggi dalam hal ketelusan mengenai cara kami melindungi privasi pengguna kami.
  • Perkongsian data: Pada masa ini, kami tidak mengongsi maklumat akaun untuk meningkatkan pengalaman produk dan iklan anda di Facebook. Sebagaimana yang telah kami katakan sebelum ini, kami ingin bekerja dengan lebih dekat dengan syarikat-syarikat Facebook yang lain pada masa depan dan kami akan memaklumkan anda saat terdapat perkembangan dalam pelan kami.
  • Tetap selamat pada WhatsApp: Apabila kami menerima laporan pengguna yang buruk yang menghantar mesej yang tidak diinginkan - seperti SPAM atau kandungan yang kasar/menghina - sama ada pada WhatsApp atau Facebook, kami mengongsi maklumat dan mengambil tindakan, termasuk menyekat mereka di kedua-dua perkhidmatan tersebut. Anda boleh mempelajari lebih mengenai cara kekal selamat pada WhatsApp dengan menyemak tip-tip keselamatan ini.

WhatsApp amat menghargai tentang privasi dan keselamatan anda. Setiap mesej dan panggilan dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung agar tidak ada seorang pun, termasuk WhatsApp, dapat membaca atau mendengar perbualan anda. Dalam minggu-minggu akan datang, anda akan dapat memuat turun dan melihat data terhad yang kami mengutip. Ciri ini akan dilancarkan kepada semua pengguna di seluruh dunia pada versi aplikasi yang terbaru. Untuk mempelajari lebih, klik di sini.

Kami menghargai maklum balas anda dan terima kasih kerana menggunakan WhatsApp!

Orang di seluruh dunia menggunakan WhatsApp untuk berhubung dengan perniagaan kecil yang penting untuk mereka - dari syarikat pakaian dalam talian di India ke stor bahagian auto di Brazil. Akan tetapi, WhatsApp telah dibina untuk orang, dan kami ingin meningkatkan pengalaman perniagaan. Sebagai contoh, dengan memudahkan bagi perniagaan untuk membalas kepada pelanggan, mengasingkan pelanggan dan mesej-mesej peribadi, dan mencipta kewujudan rasmi.

Maka, pada hari ini, kami melancarkan WhatsApp Business - aplikasi Android yang percuma untuk dimuat turun bagi perniagaan kecil. Aplikasi baru kami akan mempermudahkan untuk syarikat-syarikat berhubung dengan pelanggan dan menjadikannya lebih senang bagi 1.3 bilion pengguna kami untuk bersembang dengan perniagaan yang penting untuk mereka. Berikut caranya:

  • Profil Perniagaan: Membantu pelanggan anda mencari maklumat penting seperti deskripsi perniagaan, emel atau alamat stor dan laman web.
  • Alat-alat Pemesejan: Menjimatkan masa dengan alat-alat pemesejan pintar - balas cepat yang menyediakan balasan cepat untuk pertanyaan yang kerap ditanya, mesej salam yang memperkenalkan pelanggan kepada perniagaan anda, dan mesej berada di luar yang memberitahu pelanggan anda bahawa anda sibuk.
  • Statistik Pemesejan: Semak metrik mudah seperti jumlah mesej yang dibaca untuk menganalisis keberkesanannya.
  • WhatsApp Web: Hantar dan terima mesej dengan WhatsApp Business pada desktop anda.
  • Jenis Akaun: Orang akan mengetahui apabila mereka berkomunikasi dengan sebuah perniagaan kerana anda akan disenaraikan sebagai Akaun Perniagaan. Seiring berjalannya waktu, beberapa perniagaan akan mempunyai Akaun Diluluskan setelah diluluskan bahawa nombor telefon akaun tersebut sepadan dengan nombor telefon perniagaan.

Orang boleh terus menggunakan WhatsApp seperti biasa - tidak perlu untuk memuat turun apa-apa yang baru. Orang akan terus mempunyai kawalan sepenuhnya atas mesej-mesej yang mereka terima, dengan keupayaan untuk menyekat sebarang nombor, termasuk perniagaan, dan juga melaporkannya sebagai spam.

Lebih daripada 80% perniagaan kecil di India dan Brazil mengatakan bahawa WhatsApp membantu mereka berdua untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan mengembangkan perniagaan mereka hari ini (Sumber: kajian Morning Consult). WhatsApp Business akan memudahkan bagi orang untuk berhubung dengan perniagaan dan sebaliknya, dalam cara yang cepat dan senang.

WhatsApp Business tersedia hari ini dan percuma untuk dimuat turun pada Google Play di Indonesia, Itali, Mexico, U.K. dan Amerika Syarikat. Aplikasi ini akan dilancarkan kepada negara-negara lain dalam minggu-minggu yang akan datang.

Mulai hari ini, anda boleh memadamkan mesej yang dihantar secara tidak sengaja - sama ada kepada satu orang atau sebuah grup. Begini caranya ciri ini berfungsi: ketik dan tahan atas mesej, pilih "Padam", dan kemudian "Padam untuk semua orang." Anda mempunyai tujuh minit untuk memadamkan mesej tersebut selepas mesej telah dihantar.

Ciri ini dikeluarkan untuk semua pengguna di seluruh dunia pada versi yang terkini untuk iPhone, Android, Windows Phone dan juga desktop. Anda dan penerima mesej anda mesti menggunakan versi WhatsApp yang terkini agar mesej dapat dipadam dengan berjaya.

Anda boleh mempelajari lebih dalam Soalan lazim kami untuk Android, iPhone, dan Windows Phone.

Hari ini, kami akan mengeluarkan satu ciri baru yang membenarkan anda untuk berkongsi lokasi anda dalam masa nyata dengan keluarga atau rakan-rakan. Sama ada anda bertemu dengan rakan-rakan, memberitahu orang kesayangan anda bahawa anda selamat, atau mengongsi perjalanan anda, ciri Lokasi Terkini adalah cara yang mudah dan selamat untuk memberitahu orang di mana anda berada. Ciri penyulitan hujung ke hujung ini membenarkan anda untuk mengawal dengan siapa anda berkongsi dan untuk berapa lama. Anda boleh memilih untuk berhenti mengongsi pada bila-bila masa atau cuma membenarkan pemasa Lokasi Terkini tamat.

Ini cara bagaimana ia berfungsi. Buka satu sembang dengan seorang atau sebuah grup yang ingin dikongsi. Dalam butang lampir di bawah "Lokasi", terdapat pilihan baru untuk "Kongsi Lokasi Terkini." Pilih untuk berapa lama anda ingin berkongsi dan ketik hantar. Setiap orang dalam sembang akan dapat melihat lokasi masa nyata anda pada peta. Jika lebih daripada seorang berkongsi Lokasi Terkini mereka dalam grup, kesemua lokasi boleh dilihat dalam peta yang sama.

Lokasi Terkini tersedia pada kedua-dua Android dan iPhone dan akan dikeluarkan dalam aplikasi pada minggu-minggu akan datang. Kami berharap anda menyukainya.

Lebih daripada 1 bilion orang menggunakan WhatsApp setiap hari untuk kekal berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan mereka, dan dari masa ke masa, lebih ramai orang sedang menggunakan WhatsApp untuk berkomunikasi dengan perniagaan yang mereka meminati. Malah, banyak perhubungan sedang dijalinkan setiap hari, sama ada seseorang memesan dari gerai roti tempatan atau mencari gaya-gaya baru dari gedung pakaian. Akan tetapi, cara perhubungan ini terjalin melalui WhatsApp amatlah sederhana. Kami telah mendengar kisah penjaga kedai yang menggunakan WhatsApp untuk berhubung dengan ratusan pelanggan mereka dari satu telefon pintar, dan daripada orang yang tidak pasti sama ada perniagaan dalam WhatsApp sah atau tidak. Dalam bulan akan datang, kami akan menguji ciri-ciri baru yang bertuju untuk menyelesaikan beberapa cabaran ini, dan mempermudahkan bagi orang untuk berkomunikasi dengan perniagaan yang diingini dalam WhatsApp. Cara kami adalah mudah - kami ingin menggunakan apa yang telah dipelajari; dari membantu orang berhubung antara satu sama lain ke membantu orang berhubung dengan perniagaan-perniagaan yang penting kepada mereka.

Kami tahu perniagaan-perniagaan mempunyai banyak keperluan yang berbeza. Sebagai contoh, mereka ingin mempunyai kewujudan rasmi - satu profil yang telah disahkan agar orang dapat mengenalpasti dan membezakan satu perniagaaan daripada orang lain - dan cara yang lebih mudah untuk membalas kepada mesej-mesej. Kami sedang membina dan menguji alat-alat baru melalui aplikasi Perniagaan WhatsApp percuma untuk perniagaan kecil dan penyelesaian perusahaan untuk syarikat lebih besar yang beroperasi pada skala yang lebih besar dengan pelanggan di seluruh dunia, seperti syarikat penerbangan, laman e-dagang, dan bank. Para perniagaan ini akan dapat menggunakan penyelesaian kami untuk menyediakan pelanggan mereka dengan pemberitahuan seperti masa penerbangan, pengesahan penghantaran, dan kemaskini lain.

Sama ada seseorang sedang berhubung dengan perniagaan berdekatan atau di seluruh dunia, para pengguna mengharapkan agar WhatsApp cepat, boleh dipercayai dan selamat. Kami akan meneliti sebarang maklum balas yang diterima ketika fasa ujian kami dan akan memaklumkan para pengguna apabila kami menyediakan alat-alat ini. Ia adalah penting untuk kami melakukannya dengan betul dan kami prihatin mengenai pengalaman baru yang akan kami sediakan bagi perniagaan dan pengguna kami. Untuk maklumat lanjut, sila baca Soalan lazim ini.

Just last year, we shared that one billion people around the world use WhatsApp every month. Today, we are excited and proud to share that one billion people around the world use WhatsApp every day to stay in touch with their family and friends.

Whether it’s sharing personalized photos and videos, connecting through video calling, or keeping friends updated throughout the day with Status, communicating on WhatsApp has never been easier or more personal. We are humbled that so many people are using these new features to connect with one another in their own special way.

As we celebrate this milestone, we’re committed more than ever to bringing you more useful features to enjoy, while delivering the reliability, simplicity, and security you expect with WhatsApp. Thank you for your continued support.

Hanya lapan tahun dahulu, pada Februari 2009, apabila kami telah mula menulis garis kod pertama yang akhirnya akan menjadi WhatsApp. Idea asal di sebalik project tersebut adalah untuk membina satu aplikasi yang membenarkan rakan-rakan anda dan kenalan lain mengetahui apa yang anda buat. Ini berlaku beberapa bulan sebelum kami menambahkan ciri pemesejan. Versi pertama aplikasi kami nampak macam ini:

Walaupun selepas kami menambahkan ciri pemesejan dalam musim panas tahun 2009, kami telah membiarkan fungsi status asas "teks sahaja" dalam WhatsApp. Setiap tahun, apabila saya dan Brian merancang mengenai projek yang akan kami bekerja atas, kami sentiasa berbincang untuk meningkatkan dan mengubah ciri asal status "teks sahaja".

Kami teruja untuk mengumumkan bahawa, bertepatan dengan hari jadi ke-lapan WhatsApp pada 24 Februari, kami akan mencipta semula ciri status. Mulai hari ini, kami akan mengeluarkan kemas kini untuk status, yang membenarkan anda untuk berkongsi foto dan video dengan rakan-rakan dan kenalan anda pada WhatsApp dalam cara yang mudah dan selamat. Ya, kemas kini status anda juga mempunyai penyulitan hujung ke hujung.

Seperti lapan tahun yang lalu apabila kami telah memulakan WhatsApp, ciri status yang baru dan dipertingkat ini akan membenarkan anda untuk memberi khabar yang terkini kepada rakan-rakan anda yang menggunakan WhatsApp dalam cara yang seronok dan mudah. Daripada kami semua di WhatsApp, kami berharap agar anda menikmatinya!

Jan Koum

Di WhatsApp, matlamat kami sentiasa adalah untuk membantu sebanyak orang semungkin untuk kekal berhubungan dengan rakan-rakan, keluarga, dan orang lain yang mereka sayangi. Ini bermakna membuat satu produk yang mudah, senang diguna, dan boleh diakses dari mana jua anda berada. Kami telah bermula dengan pemesejan dan Grup Sembang. Kemudian, kami telah menambahkan panggilan suara. Dan kami telah melakukannya dengan cara yang berjalan atas ribuan peranti dan kombinasi platform di seluruh dunia.

Hari ini kami teruja untuk mengumumkan langkah seterusnya untuk menghubungkan orang - panggilan video WhatsApp. Dalam hari yang akan datang, pengguna WhatsApp yang melebihi satu bilion orang akan dapat membuat panggilan video atas peranti Android, iPhone, dan Windows Phone.

Kami memperkenalkan ciri ini sebab kami tahu bahawa kadang kala suara dan teks sahaja tidak mencukupi. Tiada pengganti untuk melihat cucu anda mengambil langkah pertamanya, atau melihat wajah anak perempuan anda semasa dia belajar di luar negara. Dan kami ingin menyediakan ciri ini untuk semua orang, bukan sahaja untuk mereka yang berkemampuan untuk memiliki telefon mahal yang terbaru atau mereka yang bertinggal di negara-negara yang mempunyai rangkaian selular yang terbaik.

Tahun demi tahun, kami banyak menerima permintaan daripada pengguna kami untuk panggilan video, dan kami teruja untuk akhirnya menawarkan ciri ini kepada seluruh dunia. Terima kasih kerana menggunakan WhatsApp dan kami berjanji untuk terus bekerja keras setiap hari untuk meningkatkan perkhidmatan kami.

Hari ini kami memperkenalkan cara baru untuk menyesuaikan dan meningkatkan foto dan video yang anda berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga di seluruh dunia. Dengan ciri kamera baru WhatsApp, anda kini boleh menulis atau melukis atas foto dan video, dan juga menambahkan emoji untuk meluahkan perasaan anda.

Apabila anda menangkap foto atau video baru atau berkongsi satu yang wujud dalam telefon anda, anda akan melihat alat mengedit secara automatik. Sama ada anda melukis hati merah yang besar untuk menunjukkan betapa banyak anda merindui seseorang atau menambahkan emoji kegemaran - kadang kala sebuah gambar bermakna seribu kata. Cuba tambahkan teks juga, dan ubah warna dan stail fon.

Ciri kamera WhatsApp kini menyokong denyar hadap ke depan supaya anda boleh mengambil selfie yang sempurna. Dalam keadaan cahaya rendah dan pada waktu malam, ini akan mencerahkan skrin dan meningkatkan kualiti foto anda. Kami juga telah menambahkan ciri zum mudah untuk merakam video - hanya luncurkan jari anda ke atas dan ke bawah untuk zum ke dalam dan ke luar. Dan untuk menukar kamera menghadap ke depan atau belakang dengan cepat, ketik dua kali atas skrin.

Ciri-ciri baru kamera akan dikeluarkan pada telefon Android mulai hari ini dan pada iPhone tidak lama lagi. Kami berharap agar anda menikmati ciri-ciri baru ini apabila anda berkongsi foto atau video anda yang seterusnya.