Blog WhatsApp

Hampir satu bilion orang di seluruh dunia hari ini bergantung pada WhatsApp untuk berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga mereka. Dari seorang yang baru menjadi bapa di Indonesia berkongsi foto dengan keluarganya, ke seorang pelajar di Sepanyol yang bertanya khabar tentang rakan-rakannya di negara asal, sehingga ke doktor di Brazil yang berhubung dengan pesakitnya, semua orang bergantung pada WhatsApp untuk berfungsi dengan cepat, mudah dan boleh dipercayai.

Oleh kerana itu, kami gembira mengumumkan bahawa WhatsApp tidak akan lagi mengenakan yuran langganan. Selama beberapa tahun, kami telah meminta sesetengah orang untuk membayar yuran selepas menggunakan WhatsApp selama setahun. Seiring pembangunan kami, kami mendapati bahawa kaedah ini tidak berkesan. Banyak pengguna WhatsApp tidak mempunyai nombor kad kredit atau debit dan mereka risau mereka akan kehilangan akses kepada rakan-rakan dan keluarga mereka selepas tahun pertama. Oleh itu, dalam minggu-minggu akan datang, kami akan mengeluarkan yuran daripada versi yang berbeza dalam aplikasi kami dan WhatsApp tidak akan lagi mengenakan yuran untuk perkhidmatan kami.

Sememangnya, orang akan berasa hairan bagaimana kami berpelan untuk terus menjalankan WhatsApp tanpa mengenakan yuran langganan dan jika pengumuman hari ini bermakna kami akan memperkenalkan iklan pihak ketiga? Jawapannya ialah tidak. Mulai tahun ini, kami akan menguji alat-alat yang membenarkan anda untuk menggunakan WhatsApp untuk berkomunikasi dengan perniagaan dan organisasi yang ingin anda dengar. Ini bermaksud berkomunikasi dengan bank anda sama ada transaksi baru-baru ini adalah palsu, atau dengan syarikat penerbangan mengenai penerbangan yang tertangguh. Kita semua mendapatkan mesej sebegini dari tempat-tempat yang lain hari ini - melalui mesej teks dan panggilan telefon - jadi kami ingin menguji alat-alat baru untuk menjadikannya lebih mudah pada WhatsApp, sementara masih memberi anda pengalaman tanpa iklan pihak ketiga dan spam.

Kami berharap agar anda menikmati apa yang akan datang pada WhatsApp, dan kami gembira menerima maklum balas anda.

Hari ini, untuk kali yang pertama, jutaan daripada anda akan mempunyai keupayaan untuk menggunakan WhatsApp pada pelayar web anda. Klien pelayar kami hanyalah sambungan telefon anda: pelayar web mencerminkan perbualan dan mesej daripada peranti mudah alih anda -- ini bermakna semua mesej anda masih berada pada telefon anda.

Untuk menyambungkan pelayar web anda ke klien WhatsApp anda, hanya buka https://web.whatsapp.com dalam pelayar Google Chrome anda. Anda akan melihat kod QR -- imbas kod dalam WhatsApp, dan anda bersiap untuk menggunakan WhatsApp. Kini anda telah memasangkan WhatsApp pada telefon anda dengan klien web WhatsApp. Telefon anda harus tersambung ke Internet untuk klien web kami berjalan, dan sila pastikan untuk memasang versi WhatsApp yang terkini pada telefon anda. Malangya pada masa ini, kami tidak akan dapat menyediakan klien web untuk para pengguna iOS kami kerana alasan pengehadan platform Apple.

Kami amat berharap agar anda mendapati klien web berguna dalam kehidupan seharian anda.

Terima kasih kepada anda semua, setengah bilion orang di seluruh dunia kini adalah pengguna aktif WhatsApp. Dalam beberapa bulan lepas, kami telah bertumbuh dengan pesat di negara-negara seperti Brazil, India, Mexico dan Russia, dan pengguna kami juga sedang berkongsi lebih daripada 700 juta foto dan 100 juta video setiap hari. Kami boleh terus berbicara, tetapi untuk masa ini, ia adalah lebih penting untuk kami kembali bekerja - kerana di WhatsApp, kami baru sahaja bermula.

Sejak kami mengumumkan perkongsian kami dengan Facebook, kami amat terharu dengan betapa banyak cerita kami mendapat perhatian. Sebagai satu syarikat, kami teruja untuk terus menumpukan perhatian untuk menawarkan peluang kepada sebanyak orang semungkin untuk kekal berhubungan dengan rakan-rakan dan orang disayangi, tanpa mengira siapa mereka atau di mana mereka tinggal.

Malangya, terdapat banyak maklumat yang cuai dan tidak tepat beredar mengenai apakah perkongsian masa depan kami bermakna untuk data dan privasi para pengguna WhatsApp.

Saya ingin menjelaskan perselisihan faham.

Di atas segalanya, saya ingin memastikan bahawa anda memahami betapa saya menghargai prinsip komunikasi peribadi. Untuk saya, ini sangat peribadi. Saya telah dilahirkan di Ukraine, dan telah membesar di USSR pada tahun 1980an. Salah satu kenangan yang terkuat dari masa itu ialah satu frasa yang sering saya mendengar apabila ibu saya bercakap dalam telefon: "Ini bukan perbualan telefon; saya akan beritahu kamu secara peribadi." Hakikat bahawa kami tidak dapat bercakap dengan bebas tanpa berasa takut bahawa komunikasi kami mungkin diawasi oleh KGB adalah salah satu alasan mengapa kami berpindah ke Amerika Syarikat ketika saya masih remaja.

Rasa hormat untuk privasi anda dibina ke dalam DNA kami, dan kami membina WhatsApp dengan tujuan untuk mengetahui sesedikit semungkin mengenai anda: Anda tidak perlu memberi nama anda dan kami tidak akan meminta untuk alamat e-mel anda. Kami tidak tahu hari jadi anda. Kami tidak tahu alamat rumah anda. Kami tidak tahu di mana anda bekerja. Kami tidak tahu kegemaran anda, apa yang anda cari pada Internet ataupun mengutip lokasi GPS anda. Tidak ada sebarang data seperti itu yang pernah dikutip dan disimpan oleh Whatsapp, dan kami tidak mempunyai sebarang pelan untuk mengubahnya.

Jika perkongsian dengan Facebook bermakna kami perlu mengubah nilai kami, kami langsung tidak akan melakukannya. Sebaliknya, kami sedang membuat perkongsian yang akan membenarkan kami untuk terus beroperasi secara bebas dan autonomi. Nilai-nilai asas dan kepercayaan kami tidak akan berubah. Prinsip kami tidak akan berubah. Semua perkara yang telah menjadikan WhatsApp sebagai pemimpin dalam pemesejan peribadi akan tetap berada. Spekulasi yang bertentangan bukan sahaja tidak berasas, ia juga tidak bertanggung jawab. Ia mempunyai kesan untuk menakutkan orang untuk berfikir kami tiba-tiba sedang mengutip semua jenis data baru. Ini memang tidak benar, and ia adalah penting untuk kami bahawa anda mengetahuinya.

Jangan buat kesilapan: perkongsian masa depan kami dengan Facebook tidak akan menjejaskan visi yang telah membawa kami ke detik ini. Tumpuan kami kekal terhadap menunaikan janji WhatsApp, supaya orang di seluruh dunia mempunyai kebebasan untuk bercakap apa yang di minda mereka tanpa berasa takut.

Hampir lima tahun dahulu kami memulakan WhatsApp dengan misi yang mudah: membina produk yang hebat untuk digunakan oleh semua orang di seluruh dunia. Tiada apa lagi yang lebih penting bagi kami.

Hari ini kami mengumumkan perkongsian dengan Facebook yang akan membenarkan kami untuk meneruskan misi ini. Dengan perkongsian ini, ia akan memberikan fleksibiliti kepada WhatsApp untuk bertumbuh dan berkembang, sementara memberi saya dan Brian, dan pasukan kami lebih masa untuk bertumpu dan membina perkhidmatan komunikasi yang cepat, berpatutan dan peribadi seboleh semungkin.

Inilah yang akan berubah bagi anda, para pengguna kami: Tiada apa.

WhatsApp akan kekal autonomi dan beroperasi secara bebas. Anda boleh terus menikmati perkhidmatan kami untuk yuran nominal. Anda boleh terus menggunakan WhatsApp tanpa kira di mana jua anda berada, atau telefon pintar mana yang anda gunakan. Dan anda boleh yakin bahawa tiada akan ada sebarang iklan yang akan mengganggu komunikasi anda. Tidak akan terdapat perkongsian antara kedua-dua syarikat kami sekiranya kami terpaksa berkompromi dengan prinsip-prinsip teras yang sentiasa menentukan syarikat kami, visi kami dan produk kami.

Sebagai nota peribadi, saya dan Brian tidak boleh lebih berbangga untuk menjadi sebahagian pasukan orang yang hanya dalam masa kurang daripada lima tahun, telah membina perkhidmatan komunikasi yang kini menyokong 450 juta pengguna aktif sebulan di seluruh dunia dan lebih daripada 320 juta pengguna aktif setiap hari. Mereka telah membantu mentakrifkan semula dan merevolusikan komunikasi abad ke-21, dan kami tidak boleh lebih bersyukur lagi.

Pasukan kami sentiasa mempercayai bahawa kos dan jarak tidak harus menghalang orang daripada berhubung dengan rakan-rakan atau orang disayangi, dan kami tidak akan berehat sehingga semua orang, di seluruh dunia dikuasakan dengan peluang tersebut. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna kami dan semua orang dalam kehidupan kami untuk menjadikan bab seterusnya mungkin, dan untuk menyertai kami saat kami meneruskan perjalanan istimewa ini.

Beberapa tahun dahulu, saya bersama dengan rakan saya Brian telah membina satu perkhidmatan pemesejan dengan satu tumpuan tunggal: pengalaman pengguna yang terbaik mungkin. Kami yakan bahawa jika jurutera pasukan kami boleh mempercepatkan, memudahkan, dan memperibadikan proses pemesejan, kami dapat mengenakan caj kepada orang secara langsung untuk perkhidmatan tersebut tanpa bergantung pada iklan sepanduk yang menjengkelkan, promosi permainan, atau semua "ciri-ciri" gangguan lain yang datang bersama aplikasi pemesejan.

Hari ini, kami bangga mengumumkan oleh kerana anda, WhatsApp telah mencapai satu langkah penting yang belum dicapai oleh perkhidmatan pemesejan yang lain: 400 juta pengguna aktif sebulan, dengan 100 juta pengguna aktif ditambahkan dalam empat bulan lepas sahaja. Ini bukan kiraan mereka yang hanya berdaftar untuk WhatsApp - ini adalah nombor orang yang aktif menggunakan perkhidmatan setiap bulan.

Apabila kami mengatakan bahawa anda menjadikannya kenyataan, kami memang memaksudkannya. WhatsApp hanya mempunyai 50 pekerja, dan kebanyakan kami adalah jurutera. Kami telah mencapai tahap ini tanpa membayar sebarang dollar atas iklan yang disasarkan atau kempen pemasaran yang besar. Kami berada di sini kerana semua pengguna yang berkongsi cerita WhatsApp dengan rakan sekerja, rakan-rakan, dan orang yang disayangi - cerita yang kami gemar mendengar.

Terdapat seorang wanita dari New Zealand yang telah berpindah ke Afrika Selatan untuk melengkapkan PhDnya. Seminggu sebelum dia berancang untuk pulang ke negaranya, dia telah bertemu dengan jejaka impiannya. Walaupun mereka tinggal jauh beribu batu, dia memberitahu kami bahawa WhatsApp memampukan mereka untuk berasa lebih dekat dari sebelumnya.

Kami juga mendengar daripada seorang wanita Inggeris yang menjalankan kegiatan amal di Uganda. Dia memberitahu kami bahawa pasukannya menggunakan WhatsApp untuk menghantar laporan harian, foto, dan video mengenai kanak-kanak yang mereka membantu, yang dia berkongsi untuk membina sokongan bagi organisasinya di seluruh dunia.

Doktor-doktor di India menggunakan WhatsApp untuk menghantar dengan segera gambar elektrokardiogram pesakit yang telah mengalami serangan jantung, menjimatkan masa yang berharga dan mungkin juga menyelamatkan kehidupan. Di pergunungan di Madrid, penyelamat menggunakan WhatsApp untuk mengesan dan menyelamatkan pengembara berjalan kaki. Dan hari ini, saat saya mengikuti perkembangan krisis di Ukraine, tempat di mana saya dilahirkan dan tinggal sehingga usia enam belas tahun, saya berharap agar cerita hebat WhatsApp yang seterusnya akan jadi tentang orang menggunakan perkhidmatan ini untuk meluahkan perasaan mereka dan membela hak-hak asas mereka.

Tujuan kami dalam mencipta WhatsApp adalah untuk memberikan kuasa kepada orang melalui teknologi dan komunikasi, tanpa mengira siapa mereka, atau di mana mereka tinggal. Kami ingin meningkatkan taraf kehidupan orang dalam cara yang kecil. Jadi, terima kasih kerana menjadikannya satu kenyataan. Terima kasih kerana berkongsi cerita anda, dan tolong, terus kirimkan cerita anda - kami tidak sabar-sabar mendengar untuk apa anda menggunakan WhatsApp selanjutnya.

Kami meluangkan banyak masa di WhatsApp berfikir bagaimana perjalinan hubungan dapat dilakukan dengan lebih senang, dan kami tahu bahawa tiada pengganti untuk mendengar suara seorang rakan atau ahli keluarga. Jadi, hari ini kami sangat teruja untuk memperkenalkan ciri baru iaitu: Mesej Suara.

Kami mengeluarkan Mesej Suara pada semua platform kami sekaligus. Kami telah bekerja keras untuk memastikan bahawa peranti iPhone dan Android mempunyai fungsi Mesej Suara yang berjalan dengan sempurna, dan kami telah berusaha lebih untuk memastikan bahawa pengguna-pengguna BlackBerry, Nokia dan Windows Phone dapat menikmati pengalaman Mesej Suara yang sama kaya dan kuat.

Untuk mempelajari lebih mengenai Mesej Suara dan cara ia bekerja, sila lihat video yang kami buat ini:

Anda juga boleh membaca artikel Soalan lazim kami jika anda ingin mempelajari lebih mengenai Mesej Suara untuk telefon khusus milik anda:

http://www.whatsapp.com/faq/link/voice_messaging.php

Kami berharap agar anda menikmati Mesej Suara sebanyak kami menikmati membinanya.

Today we released a new version of WhatsApp for iPhone. This is our first update this year and it brings a few major changes we're excited to tell you about.

First, we are updating our business model for new iPhone users going forward. As you know, we used to charge iPhone users a $.99 one time payment, while Android and other platforms had free service for the first year and paid $0.99 a year after that. From now on, we've simplified our business model so that all users on all platforms will enjoy their first year of WhatsApp service for free, and only pay $.99 per year after that. We feel that this model will allow us to become the communications service of the 21st century, and provide you the best way to stay in touch with your friends and family with no ads getting in the way. The good news for all current iPhone users is that WhatsApp will be free of charge for the rest of your life.

Second, we've added an option to backup your message history to iCloud. We spent the last six months working to make iCloud backup as simple and user friendly as possible. On your iPhone, go into 'WhatsApp Settings > Chat Settings > Chat Backup' if you want to back up your conversation history. When you reinstall the app, you will be prompted to restore from iCloud during the initialization process.

Third, since we're engineers at heart, we've introduced developer hooks into WhatsApp. We've had many other iOS developers ask us for API hooks to make interfacing with WhatsApp easy. Now you can do that. Learn more here.

That's all folks. We hope you will enjoy this new release.

Many people are asking why we've stopped supporting the iPhone 3G. It's because Apple has stopped supporting old iOS versions and old iPhones in their most recent version 4.5 of Xcode, which is the tool (the only tool) that engineers use to make iPhone apps.

The iPhone 3G has a special place for me in my heart - it was the first smartphone I bought in January of 2009 and it was the first phone on which we started developing WhatsApp just a month later.

Then as now, however, we must follow Apple's lead on all things related to the iPhone. Their pace of innovation has a price of forced obsolescence.

FIGHTCLUBQUOTE

Saya dan Brian telah bersama-sama menghabiskan 20 tahun di Yahoo!, bekerja keras untuk memastikan laman ini terus berjalan. Dan ya, bekerja keras untuk menjual iklan, kerana itulah yang dilakukan oleh Yahoo!. Ia mengumpulkan data, menyediakan halaman dan menjual iklan.

Kami menyaksikan bagaimana Yahoo! telah diambil alih oleh Google dalam saiz dan pencapaian... penjual iklan yang lebih cekap dan menguntungkan. Mereka mengetahui apa yang anda sedang mencari, jadi mereka dapat mengumpulkan data anda dengan lebih cekap dan menjual iklan yang lebih baik.

Hari ini, syarikat-syarikat mengetahui hampir segalanya mengenai anda, rakan-rakan anda, minat anda, dan mereka menggunakan kesemuanya untuk menjual iklan.

Tiga tahun yang lalu, ketika kami duduk bersama dan memulai semua perkara yang kami lakukan, kami ingin membuat sesuatu yang bukan sekadar menjual iklan. Kami ingin meluangkan masa kami untuk membina perkhidmatan yang ingin digunakan oleh orang kerana ia berfungsi dan menjimatkan duit dan memudahkan kehidupan mereka dalam cara yang kecil. Kami tahu bahawa kami dapat mengenakan caj secara langsung kepada orang jika kami melakukan semua perkara tersebut. Kami tahu bahawa kami dapat melakukan apa yang kebanyakan orang berazam untuk melakukan setiap hari: mengelakkan iklan.

Tiada sesiapa yang bangun daripada tidur dan teruja untuk melihat lebih banyak iklan, tiada sesiapa yang pergi tidur memikirkan tentang iklan yang akan mereka melihat esok. Kami tahu bahawa orang teruja pergi tidur memikirkan dengan siapa mereka bersembang pada hari itu (dan kecewa dengan siapa mereka tidak dapat bersembang). Kami ingin WhatsApp untuk menjadi produk yang menjadikan anda terjaga... dan produk yang anda cari pada sebelah pagi. Tiada sesiapa yang akan terjaga daripada tidur dan beria-ia untuk melihat iklan.

Iklan bukan sahaja mengganggu estetika, tetapi menghina kecerdasan anda dan menjejaskan pemikiran anda. Di semua syarikat yang menjual iklan, sebahagian ketara pasukan kejuruteraan mereka menghabiskan masa mereka untuk mentala perlombongan data, menulis kod yang lebih baik untuk mengumpulkan semua data peribadi anda, menaik taraf pelayan yang menyimpan semua data dan memastikan kesemuanya sedang dilog, dikumpul semak, dihiris, dibungkus dan dihantar keluar... Dan akhirnya, hasil daripada semua itu adalah satu sepanduk iklan yang sedikit berbeza pada pelayar anda atau pada pelayar telefon anda.

Ingat, apabila pengiklanan terbabit, anda, para pengguna adalah produk.

Di WhatsApp, jurutera kami menghabiskan masa mereka membaiki pepijat, menambahkan ciri-ciri baru dan menyempurnakan semua selok-belok dalam tugas kami untuk membawa pemesejan yang kaya, berpatutan, dan dapat dipercayai pada semua telefon di dunia. Itulah produk dan semangat kami. Data anda langsung tidak terbabit. Kami tidak berminat dengan semua itu.

Apabila orang menanyai kami mengapa kami mengenakan caj untuk WhatsApp, kami mengatakan "Sudahkah anda mempertimbangkan alternatifnya?"