Hanya tahun lepas, kami telah berkongsi bahawa satu bilion orang di seluruh dunia menggunakan WhatsApp setiap bulan. Hari ini, kami teruja dan bangga untuk berkongsi bahawa satu bilion orang di seluruh dunia menggunakan WhatsApp setiap hari untuk kekal berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan mereka.
Sama ada ia untuk mengongsi foto dan video yang diperibadikan, menghubung melalui panggilan video, atau memaklumkan rakan-rakan mengenai aktiviti harian dengan Status, berhubung pada WhatsApp tidak pernah lebih mudah atau lebih peribadi. Kami berasa terhormat bahawa banyak orang sedang menggunakan ciri-ciri baru ini untuk berhubung antara satu sama lain dalam cara yang istimewa.
Saat kami merayakan pencapaian ini, kami berkomited lebih dari sebelumnya untuk membawa lebih banyak ciri-ciri berguna untuk dinikmati, sementara menyampaikan kepercayaan, kemudahan dan keselamatan yang anda harapkan daripada WhatsApp. Terima kasih atas sokongan anda.