Blog WhatsApp

Daripada emoji dan ciri kamera ke Status dan GIF animasi, kami sentiasa cuba menambah ciri baru yang membuatkan komunikasi dengan rakan dan keluarga di WhatsApp mudah dan menyeronokkan. Hari ini, kami teruja memperkenalkan cara baru untuk individu melahirkan perasaan mereka menggunakan pelekat.

Sama ada dengan pelekat cawan teh tersenyum atau pelekat hati yang patah menangis, pelekat membantu anda berkongsi perasaan anda dengan cara yang anda kadangkala tidak boleh nyatakan dengan perkataan. Sebagai permulaan, kami sedang melancarkan pek pelekat yang dicipta oleh pereka kami di WhatsApp serta pilihan pelekat daripada pereka pelekat lain.

Kami juga telah menambahkan sokongan untuk pek pelekat pihak ketiga bagi membenarkan pereka dan pembangun seluruh dunia mencipta pelekat untuk WhatsApp. Untuk berbuat demikian, kami telah menyertakan satu set API dan antara muka yang membenarkan anda untuk membina aplikasi pelekat yang menambah pelekat pada WhatsApp pada Android atau iOS. Anda boleh menyiarkan aplikasi pelekat anda seperti aplikasi lain di Gedung Google Play atau Gedung App Store, dan pengguna yang memuat turun dan memasang aplikasi anda boleh mula menghantar pelekat tersebut terus daripada WhatsApp. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang mencipta aplikasi pelekat untuk WhatsApp anda sendiri di sini.

Untuk menggunakan pelekat dalam sembang, hanya ketik butang pelekat baru dan pilih pelekat yang anda mahu kongsikan. Anda boleh menambah pek pelekat baru dengan mengetik ikon tambah.

Pelekat akan tersedia untuk Android dan iPhone dalam beberapa minggu akan datang. Kami harap anda akan menyukainya!

Untuk kali pertama, WhatsApp akan tersedia untuk JioPhone di seluruh India. WhatsApp telah membina versi baru untuk aplikasi pemesejan peribadinya untuk JioPhone, yang menjalankan sistem operasi KaiOS, untuk memberi orang cara yang mudah, boleh dipercayai dan selamat untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dan keluarga.

Aplikasi baru ini menawarkan yang terbaik akan WhatsApp termasuk pemesejan cepat dan boleh dipercayai, dan keupayaan untuk menghantar foto dan video - kesemuanya disulit hujung ke hujung. Ia juga adalah mudah untuk merakam dan menghantar mesej suara dengan cuma beberapa ketikan di papan kekunci. Untuk bermula, pengguna JioPhone hanya perlu mengesahkan nombor telefon mereka dan kemudian mereka boleh mula bersembang dengan pengguna WhatsApp yang lain secara peribadi atau dalam grup.

WhatsApp tersedia dalam AppStore JioPhone hari ini. Anda boleh memuat turun WhatsApp pada kedua-dua JioPhone dan JioPhone2 dengan melawati AppStore dan mengklik atas Muat turun.

Seperti yang telah kami umumkan tahun lepas, WhatsApp sedang membina alat-alat baru untuk membantu orang dan perniagaan untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Sejak kami telah melancarkan aplikasi WhatsApp Business, orang telah memberitahu kami bahawa ia adalah lebih cepat dan mudah untuk bersembang dengan perniagaan daripada membuat panggilan atau menghantar emel. Hari ini kami sedang mengembangkan sokongan kami untuk perniagaan yang memerlukan alat-alat yang lebih kuat untuk berkomunikasi dengan pelanggan mereka.

Di sini terdapat cara-cara orang boleh berhubung dengan sebuah perniagaan:

  • Minta maklumat yang berguna: Apabila anda memerlukan pengesahan penghantaran atau pas masuk, anda boleh memberi nombor mudah alih anda kepada sebuah perniagaan di laman web mereka, di aplikasi mereka, atau di gedung mereka untuk menghantar anda maklumat di WhatsApp.
  • Mulakan perbualan: Anda mungkin akan melihat butang klik-untuk-sembang di laman web atau iklan Facebook untuk menghantar mesej cepat kepada perniagaan.
  • Dapatkan sokongan: Beberapa perniagaan mungkin menyediakan sokongan masa nyata di WhatsApp untuk menjawab pertanyaan mengenai produk mereka atau membantu anda menyelesaikan masalah.

Dengan cara-cara ini, anda akan terus mempunyai kawalan penuh atas mesej-mesej yang anda terima. Perniagaan akan membayar untuk menghantar mesej tertentu, jadi mesej tersebut akan terpilih dan sembang anda tidak akan penuh dengan mesej mereka. Tambahan, mesej-mesej akan kekal disulit hujung ke hujung dan anda boleh menyekat sebarang perniagaan dengan hanya mengetik sebuah butang.

Kami akan membawa lebih banyak perniagaan ke WhatsApp pada masa akan datang. Untuk melakukan sedemikian, kami akan bekerja secara langsung dengan beberapa ratus perniagaan dan memilih beberapa perniagaan yang khusus dalam mengurus komunikasi pelanggan.

Jika anda berminat bagaimana perniagaan dapat mula menggunakan alat-alat ini, anda boleh mempelajari lebih di sini. Seperti biasa, kami akan berhati-hati mendengar semua maklum balas anda seturut dengan perkembangan alat-alat ini.

Kami telah membina WhatsApp sebagai aplikasi peribadi untuk bermesej - cara yang mudah, selamat dan boleh dipercayai untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Seiring dengan tambahan-tambahan baru, kami telah berhati-hati untuk cuba memelihara perasaan keintiman yang disukai oleh orang-orang.

Beberapa tahun yang lalu kami telah menambahkan ciri ke WhatsApp yang membenarkan anda untuk memajukan mesej ke berbilang sembang sekaligus.

Hari ini, kami sedang melancarkan ujian untuk mengehadkan pemajuan mesej yang akan digunakan untuk semua orang yang menggunakan WhatsApp. Di India - di mana orang-orang memajukan lebih banyak mesej, foto, dan video berbanding dengan negara-negara lain di seluruh dunia - kami juga akan menguji had yang lebih rendah, iaitu 5 sembang pada satu masa dan kami akan mengeluarkan butang maju cepat (quick forward) di sebelah mesej media.

Kami percaya bahawa perubahan-perubahan ini, yang kami akan terus menelitinya, akan membantu WhatsApp kekal sebagai rekaan asal: aplikasi mesej peribadi.

Kami sangat berkomited atas keselamatan dan privasi anda, oleh kerana itu, WhatsApp disulitkan hujung ke hujung, dan kami akan terus meningkatkan aplikasi kami dengan ciri-ciri seperti ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman Tip Keselamatan WhatsApp.

Sejak beberapa tahun terakhir, orang telah menikmati membuat panggilan suara dan video di WhatsApp. Pengguna kami menggunakan lebih dari 2 bilion minit dalam panggilan setiap hari. Kami teruja untuk mengumumkan bahawa panggilan grup untuk suara dan video akan diperkenalkan dalam WhatsApp mulai hari ini.

Anda boleh membuat panggilan grup sehingga jumlah empat orang - pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Mulakan panggilan suara atau panggilan video dengan satu individu dan ketik butang baru "tambah peserta" di sudut kanan di atas untuk menambahkan lebih kenalan ke panggilan tersebut.

Panggilan grup sentiasa disulitkan hujung ke hujung, dan kami telah mereka panggilan untuk berfungsi dengan baik di seluruh dunia dalam keadaan rangkaian yang berbeza. Ciri ini sedang dilancarkan dalam aplikasi versi iPhone dan Android kami.

Mulai hari ini, WhatsApp akan menyatakan mesej mana yang diterima oleh anda telah dimajukan kepada anda. Konteks tambahan ini akan memudahkan bagi anda mengikuti sembang individu dan sembang grup. Ia juga membantu anda menentukan jika rakan anda atau saudara anda telah menulis mesej yang dihantar atau jika asal mesej tersebut adalah daripada orang lain. Untuk melihat label dimajukan ini, anda perlu mempunyai versi WhatsApp yang terkini yang disokong di telefon anda.

WhatsApp mengambil berat tentang keselamatan anda. Kami menggalakkan anda untuk berfikir sebelum mengongsi mesej yang telah dimajukan. Sebagai peringatan, anda boleh melaporkan spam atau menyekat seorang kenalan dan boleh sentiasa berhubung secara langsung dengan WhatsApp untuk bantuan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati Halaman Tip Keselamatan WhatsApp kami.

Beberapa bulan terakhir, kami telah menambahkan ciri-ciri baru yang dapat meningkatkan pengalaman grup. Sebahagian dari ciri ini termasuk deskripsi grup, ciri mesej terbaru yang ditujukan kepada anda, dan perlindungan untuk orang yang ditambah ke dalam grup berulang kali selepas mereka telah meninggalkan grup.

Hari ini, kami melancarkan tetapan grup baru di mana hanya pentadbir sahaja dapat menghantar mesej kepada sebuah grup. Salah satu cara orang menggunakan grup adalah untuk menerima pengumuman dan maklumat penting, termasuk ibu-bapa dan guru di sekolah, pusat komuniti, dan organisasi bukan untung. Kami telah memperkenalkan tetapan baru ini agar pentadbir boleh mempunyai alat-alat yang lebih baik untuk situasi-situasi seperti ini.

Untuk mendayakan tetapan ini, buka "Info Grup", kemudian ketik Tetapan Grup > Hantar Mesej dan pilih "Pentadbir Sahaja". Tetapan ini dilancarkan kepada semua pengguna di seluruh dunia yang berada pada aplikasi versi terbaru yang disokong.

Grup adalah sebahagian penting pengalaman WhatsApp, sama ada ia menghubungkan ahli-ahli keluarga merentas dunia atau rakan-rakan kekal berhubung selama bertahun. Terdapat juga orang seperti ibu bapa baru yang menyertai grup dalam WhatsApp untuk mencari sokongan, pelajar mengurus sesi pembelajaran, dan pemimpin bandar menyelaraskan usaha bantuan selepas bencana alam. Hari ini, kami mengongsi peningkatan yang telah kami buat untuk grup.

Apa yang Baru

  • Deskripsi grup: Deskripsi pendek yang ditemui di bawah info grup yang membenarkan anda untuk menetapkan tujuan, garis panduan, atau topik untuk grup. Apabila orang baru menyertai sebuah grup, deskripsi ini akan tertunjuk di bahagian atas sembang.
  • Kawalan pentadbir: Dalam tetapan grup, kini terdapat kawalan yang membenarkan pentadbir untuk mengehadkan siapa yang dapat mengubah subjek, ikon dan deskripsi grup.
  • Mesej terbaru tertuju untuk anda: Apabila anda tidak aktif selama beberapa saat di grup, anda dapat dengan cepat mengejar mesej-mesej ketinggalan yang menyebut atau membalas anda dengan mengetik butang @ baru yang muncul di sudut kanan di bawah sembang.
  • Cari peserta: Cari sesiapa dalam grup dengan mencari untuk peserta dalam halaman info grup.
  • Kini pentadbir boleh mengeluarkan kebenaran pentadbir untuk peserta grup lain, dan pencipta grup tidak boleh lagi dikeluarkan daripada grup yang telah mereka cipta.

Kami juga telah memperkenalkan perlindungan agar pengguna tidak boleh ditambah berulang kali kembali ke grup yang telah ditinggalkan. Ciri-ciri ini tersedia untuk pegguna Android dan iPhone. Kami berharap agar anda menikmati kemaskini baru ini!

Bulan depan, Kesatuan Eropah akan mengemaskini undang-undang privasinya untuk mempunyai ketelusan yang lebih banyak tentang cara maklumat orang digunakan dalam talian (online). WhatsApp sedang mengemaskini Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi di mana undang-undang yang dikenali sebagai General Data Protection Regulation (GDPR) akan berkuatkuasa.

Kami tidak meminta hak-hak baru untuk mengutip maklumat peribadi dengan kemaskini ini. Tujuan kami hanya untuk menjelaskan bagaimana kami menggunakan dan melindungi maklumat terhad yang kami memiliki tentang anda. Terdapat beberapa perkara yang ingin kami tekankan:

  • WhatsApp di Eropah: WhatsApp telah menubuhkan satu entiti di dalam Kesatuan Eropah untuk menyediakan perkhidmatan anda di sana dan untuk memenuhi piawai baru yang tinggi dalam hal ketelusan mengenai cara kami melindungi privasi pengguna kami.
  • Perkongsian data: Pada masa ini, kami tidak mengongsi maklumat akaun untuk meningkatkan pengalaman produk dan iklan anda di Facebook. Sebagaimana yang telah kami katakan sebelum ini, kami ingin bekerja dengan lebih dekat dengan syarikat-syarikat Facebook yang lain pada masa depan dan kami akan memaklumkan anda saat terdapat perkembangan dalam pelan kami.
  • Tetap selamat pada WhatsApp: Apabila kami menerima laporan pengguna yang buruk yang menghantar mesej yang tidak diinginkan - seperti SPAM atau kandungan yang kasar/menghina - sama ada pada WhatsApp atau Facebook, kami mengongsi maklumat dan mengambil tindakan, termasuk menyekat mereka di kedua-dua perkhidmatan tersebut. Anda boleh mempelajari lebih mengenai cara kekal selamat pada WhatsApp dengan menyemak tip-tip keselamatan ini.

WhatsApp amat menghargai tentang privasi dan keselamatan anda. Setiap mesej dan panggilan dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung agar tidak ada seorang pun, termasuk WhatsApp, dapat membaca atau mendengar perbualan anda. Dalam minggu-minggu akan datang, anda akan dapat memuat turun dan melihat data terhad yang kami mengutip. Ciri ini akan dilancarkan kepada semua pengguna di seluruh dunia pada versi aplikasi yang terbaru. Untuk mempelajari lebih, klik di sini.

Kami menghargai maklum balas anda dan terima kasih kerana menggunakan WhatsApp!

Orang di seluruh dunia menggunakan WhatsApp untuk berhubung dengan perniagaan kecil yang penting untuk mereka - dari syarikat pakaian dalam talian di India ke stor bahagian auto di Brazil. Akan tetapi, WhatsApp telah dibina untuk orang, dan kami ingin meningkatkan pengalaman perniagaan. Sebagai contoh, dengan memudahkan bagi perniagaan untuk membalas kepada pelanggan, mengasingkan pelanggan dan mesej-mesej peribadi, dan mencipta kewujudan rasmi.

Maka, pada hari ini, kami melancarkan WhatsApp Business - aplikasi Android yang percuma untuk dimuat turun bagi perniagaan kecil. Aplikasi baru kami akan mempermudahkan untuk syarikat-syarikat berhubung dengan pelanggan dan menjadikannya lebih senang bagi 1.3 bilion pengguna kami untuk bersembang dengan perniagaan yang penting untuk mereka. Berikut caranya:

  • Profil Perniagaan: Membantu pelanggan anda mencari maklumat penting seperti deskripsi perniagaan, emel atau alamat stor dan laman web.
  • Alat-alat Pemesejan: Menjimatkan masa dengan alat-alat pemesejan pintar - balas cepat yang menyediakan balasan cepat untuk pertanyaan yang kerap ditanya, mesej salam yang memperkenalkan pelanggan kepada perniagaan anda, dan mesej berada di luar yang memberitahu pelanggan anda bahawa anda sibuk.
  • Statistik Pemesejan: Semak metrik mudah seperti jumlah mesej yang dibaca untuk menganalisis keberkesanannya.
  • WhatsApp Web: Hantar dan terima mesej dengan WhatsApp Business pada desktop anda.
  • Jenis Akaun: Orang akan mengetahui apabila mereka berkomunikasi dengan sebuah perniagaan kerana anda akan disenaraikan sebagai Akaun Perniagaan. Seiring berjalannya waktu, beberapa perniagaan akan mempunyai Akaun Diluluskan setelah diluluskan bahawa nombor telefon akaun tersebut sepadan dengan nombor telefon perniagaan.

Orang boleh terus menggunakan WhatsApp seperti biasa - tidak perlu untuk memuat turun apa-apa yang baru. Orang akan terus mempunyai kawalan sepenuhnya atas mesej-mesej yang mereka terima, dengan keupayaan untuk menyekat sebarang nombor, termasuk perniagaan, dan juga melaporkannya sebagai spam.

Lebih daripada 80% perniagaan kecil di India dan Brazil mengatakan bahawa WhatsApp membantu mereka berdua untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan mengembangkan perniagaan mereka hari ini (Sumber: kajian Morning Consult). WhatsApp Business akan memudahkan bagi orang untuk berhubung dengan perniagaan dan sebaliknya, dalam cara yang cepat dan senang.

WhatsApp Business tersedia hari ini dan percuma untuk dimuat turun pada Google Play di Indonesia, Itali, Mexico, U.K. dan Amerika Syarikat. Aplikasi ini akan dilancarkan kepada negara-negara lain dalam minggu-minggu yang akan datang.