4 April 2019
Salah satu permintaan yang kerap kami terima daripada pemilik perniagaan kecil adalah bahawa mereka mahu menggunakan aplikasi WhatApp Business pada peranti pilihan mereka.
Sekarang mereka boleh berbuat demikian.
Hari ini, kami memperkenalkan aplikasi WhatsApp Business untuk iOS. Seperti versi Android —yang sejak setahun yang lalu telah digunakan oleh berjuta-juta perniagaan di seluruh dunia — aplikasi WhatsApp Business untuk iOS boleh dimuat turun secara percuma daripada Apple App Store dan akan merangkumi ciri yang membantu perniagaan kecil berkomunikasi dengan para pelanggan. Ini termasuk:
Aplikasi WhatsApp Business tersedia hari ini dan boleh dimuat turun secara percuma daripada App Store di Brazil, Jerman, Indonesia, India, Mexico, U.K. dan A.S. Aplikasi itu akan dilancarkan di seluruh dunia dalam beberapa minggu akan datang.
Sama ada kedai gula-gula dalam talian di Ribeirão Preto, Brazil yang menjalankan 60 peratus daripada jualan melalui WhatsApp Business atau syarikat roti kulit kayu manis di Tijuana, Mexico yang menyatakan penghargaan terhadap WhatsApp Business kerana membolehkan mereka membuka lokasi kedua, pemilik perniagaan kecil di seluruh dunia menggunakan aplikasi tersebut untuk berkembang. Kami teruja membawakan aplikasi WhatsApp Business kepada perniagaan yang lebih kecil dan mendengar kisah baharu tentang cara aplikasi ini membantu mereka berjaya.