Blog WhatsApp
Pilih bahasa anda
  • azərbaycan
  • Afrikaans
  • Bahasa Indonesia
  • Melayu
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • Filipino
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • العربية
  • فارسی
  • اردو
  • বাংলা
  • हिन्दी
  • ગુજરાતી
  • ಕನ್ನಡ
  • मराठी
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 简体中文
  • 繁體中文
  • 日本語
  • 한국어
  • WhatsApp Web
  • Ciri-ciri
  • Muat Turun
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Muat Turun
  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Berhubunglah

Blog WhatsApp

Memperkenalkan Pelekat Animasi, kod QR dan banyak lagi

WhatsApp telah digunakan dan disukai oleh lebih daripada 2 bilion pengguna di seluruh dunia. Walaupun fokus kami kekal pada penyediaan cara yang mudah, boleh dipercayai dan peribadi untuk pengguna bersembang dengan rakan dan keluarga - kami juga terus mendorong reka bentuk produk kami bagi memastikan WhatsApp tetap menjadi kaedah yang paling berguna untuk sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja untuk berhubung.

Hari ini, kami teruja untuk mengesahkan beberapa ciri baharu yang akan dilancarkan dalam beberapa minggu akan datang:

  • Pelekat animasi: Pelekat adalah salah satu cara untuk pengguna berkomunikasi di WhatsApp yang paling cepat berkembang, dengan berbilion-bilion pelekat dihantar setiap hari. Kami melancarkan pek pelekat animasi baharu yang lebih menyeronokkan dan ekspresif.
  • Kod QR: Kami menjadikan langkah menambahkan kenalan baharu lebih mudah dari sebelumnya. Sebaik sahaja anda bertemu dengan kenalan baharu, anda boleh mengimbas kod QR mereka untuk ditambahkan pada senarai kenalan anda. Tidak perlu lagi mengetik nombor mereka satu per satu.
  • Mod Gelap untuk WhatsApp Web dan Desktop: Tema Mod Gelap yang sangat popular kini boleh ditetapkan pada komputer anda.
  • Peningkatan kepada ciri panggilan video grup: Dengan kini sehingga 8 orang dapat menyertai panggilan video, kami menjadikannya mudah untuk anda memilih kenalan yang ingin anda tumpukan dengan membolehkan anda menekan dan menahan video kenalan tersebut untuk dimaksimumkan kepada skrin penuh. Kami juga menambahkan ikon video dalam sembang grup dengan 8 atau kurang orang, jadi anda boleh memulakan panggilan video grup dengan 1 ketikan mudah.
  • Status kini di KaiOS: Pengguna KaiOS kini dapat menikmati ciri popular yang membolehkan anda berkongsi pengemaskinian yang akan hilang selepas 24 jam.

Ciri-ciri ini akan dilancarkan kepada pengguna dalam beberapa minggu akan datang, dalam versi WhatsApp yang terbaharu.

1 Julai 2020
Tweet
Ciri Pembayaran pada WhatsApp untuk Individu dan Perniagaan Kecil di Brazil

Kami gembira mengumumkan bahawa mulai hari ini kami akan menyediakan ciri pembayaran digital pada WhatsApp untuk pengguna di Brazil. Pengguna akan dapat mengirim wang dengan selamat atau membuat pembelian daripada perniagaan tempatan tanpa meninggalkan sembang mereka.

Lebih daripada 10 juta perniagaan kecil dan mikro memainkan peranan penting dalam masyarakat Brazil. Sudah menjadi kebiasaan untuk pengguna menghantar zap kepada perniagaan untuk mendapatkan jawapan kepada pertanyaan. Sekarang, selain melihat katalog kedai, pelanggan juga akan dapat membuat pembayaran untuk produk. Membuatkan proses pembayaran lebih mudah dapat membantu membawa lebih banyak perniagaan ke dalam ekonomi digital, membuka peluang baharu untuk berkembang.

Di samping itu, kami membuatkan proses pengiriman wang kepada orang yang disayangi semudah menghantar mesej, yang kini menjadi satu ciri yang penting kerana individu kini berada dalam penjarakan sosial antara satu sama lain. Oleh sebab ciri pembayaran pada WhatsApp didayakan oleh Facebook Pay, pada masa akan datang kami ingin membolehkan individu dan perniagaan menggunakan maklumat kad yang sama pada seluruh kumpulan apl Facebook.

Kami telah membina ciri pembayaran dengan mengutamakan keselamatan. PIN enam digit khusus atau cap jari diperlukan untuk mengelakkan transaksi yang tidak dibenarkan. Sebagai permulaan, kami akan menyokong kad debit atau kredit daripada Banco do Brasil, Nubank dan Sicredi pada rangkaian Visa dan Mastercard -dan kami sedang bekerjasama dengan Cielo, pemproses pembayaran terkemuka di Brazil. Kami telah mewujudkan satu model terbuka untuk mengalu-alukan lebih banyak rakan kongsi pada masa hadapan.

Mengirim wang atau membuat pembelian di WhatsApp adalah percuma untuk orang ramai. Perniagaan akan membayar yuran pemprosesan untuk menerima pembayaran pelanggan, sama seperti pembayaran yang telah mereka buat sebelum ini apabila menerima transaksi kad kredit.

Ciri pembayaran pada WhatsApp akan mula dilancarkan kepada pengguna di seluruh Brazil mulai hari ini dan kami berharap dapat menyediakannya kepada semua pengguna pada masa hadapan.

15 Jun 2020
Tweet
Panggilan Video dan Suara Grup Kini Menyokong 8 Peserta

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan ramai antara kita terasing daripada rakan dan keluarga. Kesannya, kita melihat semakin ramai orang di seluruh dunia beralih kepada panggilan suara dan video pada WhatsApp berbanding sebelumnya. Panggilan grup sangat berguna dan pengguna kami telah meminta untuk berhubung dengan lebih ramai orang sekali gus. Mulai hari ini, kami menggandakan jumlah peserta yang boleh anda hubungi dalam panggilan video atau suara WhatsApp, daripada 4 kepada 8 orang pada satu masa.

Sepanjang bulan lalu, rata-rata pengguna menghabiskan lebih dari 15 bilion minit bercakap setiap hari pada panggilan WhatsApp, jauh melebihi hari biasa sebelum berlakunya pandemik. Sama seperti mesej bertulis, semua panggilan tersebut dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung. Kami telah membina panggilan grup yang membuatkannya tersedia untuk seberapa ramai pengguna yang mungkin, termasuk orang yang menggunakan peranti kelas bawah dan keadaan rangkaian yang perlahan.

Kami tahu bahawa orang mungkin menginginkan cara yang berbeza untuk berhubung semasa mereka berada di rumah, sebab itulah WhatsApp juga tersedia pada Portal — yang ramai pengguna telah memberitahu kami bahawa ia merupakan cara yang terbaik untuk berkongsi kehidupan mereka dengan keluarga semasa kuarantin.

Untuk mengakses had peserta baharu yang lebih ramai pada panggilan WhatsApp, semua peserta dalam panggilan perlu mengemas kini kepada versi WhatsApp terkini yang tersedia pada iPhone atau Android hari ini. Ajak rakan dan keluarga anda mengemas kini WhatsApp untuk mencubanya.

28 April 2020
Tweet
Kekal berhubung melalui Pelekat

Berbilion pelekat dihantar setiap hari melalui WhatsApp, membantu individu melahirkan perasaan dan ungkapan peribadi tanpa menaip sebarang perkataan. Sejak kami melancarkan pelekat 18 bulan lalu, ia telah menjadi salah satu cara individu berkomunikasi di WhatsApp yang berkembang dengan pantas.

Kami teruja untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam melancarkan pek pelekat "Bersama-sama di Rumah" yang akan membantu individu kekal berhubung sepanjang pandemik COVID-19 dan seterusnya. Pelekat seperti ini boleh jadi melucukan, mendidik dan universal. Merentasi segala bahasa, umur dan halangan lain.

Kami harap para pengguna suka menggunakan pelekat ini untuk bertanyakan khabar orang yang mereka sayangi, terutamanya mereka yang merasa tersisih, keseorangan dan takut. Pek ini menawarkan cara kreatif untuk mengingatkan individu supaya membasuh tangan mereka, mengekalkan penjarakan dan yang paling penting meraikan wira perubatan serta wira peribadi dalam hidup kita.

Pek pelekat "Bersama-sama di Rumah" kini tersedia dalam WhatsApp, dengan teks yang diterjemahkan dalam 9 bahasa - Arab, Indonesia, Itali, Jerman, Perancis, Portugis, Rusia, Sepanyol dan Turki.

21 April 2020
Tweet
Memastikan WhatsApp Peribadi dan Sulit

Dengan berbilion orang tidak dapat menemui rakan dan keluarga mereka secara bersemuka disebabkan oleh COVID-19, mereka semakin bergantung kepada WhatsApp untuk berkomunikasi. Orang ramai bercakap dengan doktor, guru dan orang tersayang yang diasingkan melalui WhatsApp semasa krisis ini. Itulah sebabnya semua mesej dan panggilan anda di WhatsApp disulitkan hujung ke hujung secara lalai untuk memberi anda ruang yang selamat untuk perbualan anda yang paling peribadi.

Tahun lepas, kami telah memperkenalkan pengguna kepada konsep mesej yang telah dimajukan berkali-kali. Mesej-mesej ini dilabelkan dengan anak panah berganda untuk menunjukkan ia tidak berasal daripada kenalan rapat. Pada hakikatnya, mesej ini adalah kurang peribadi berbanding dengan mesej biasa yang dihantar di WhatsApp. Kami kini memperkenalkan had supaya mesej ini hanya boleh dihantar kepada satu sembang pada satu masa.

Sebagai perkhidmatan pemesejan peribadi, kami telah mengambil beberapa langkah selama bertahun-tahun untuk membantu mengekalkan kemesraan perbualan. Sebagai contoh, sebelum ini kami telah menetapkan had pada mesej yang dimajukan untuk membataskan penyebaran maklumat. Pada masa tersebut, kami melihat penurunan sebanyak 25% dalam bilangan mesej yang dimajukan secara keseluruhan.

Adakah semua pemajuan tidak baik? Sudah tentu tidak. Kami tahu ramai pengguna memajukan maklumat yang berguna dan juga video lucu, mimik serta buah fikiran atau doa yang mereka dapati bermakna. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, orang ramai juga menggunakan WhatsApp untuk mengatur detik umum sebagai sokongan kepada petugas kesihatan barisan depan. Walau bagaimanapun, kami telah melihat peningkatan yang ketara dalam bilangan pemajuan yang menurut para pengguna, boleh menjadi keterlaluan dan boleh menyumbang kepada penyebaran maklumat salah. Kami percaya bahawa penting untuk kami memperlahankan penyebaran mesej ini agar WhatsApp kekal menjadi tempat perbualan peribadi.

Sebagai tambahan kepada perubahan ini, kami bekerjasama secara langsung dengan NGO dan kerajaan, termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan lebih daripada 20 kementerian kesihatan negara untuk membantu menghubungkan orang ramai dengan maklumat yang tepat. Bersama-sama, pihak berkuasa yang dipercayai ini telah menghantar beratus juta mesej secara terus kepada orang ramai yang meminta maklumat dan nasihat. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang usaha ini, serta cara melaporkan potensi mitos, tipu helah dan khabar angin kepada organisasi pemeriksa fakta, di Hab Maklumat Koronavirus kami.

Kami percaya bahawa sekarang orang semakin perlu berhubung secara peribadi. Pasukan kami bekerja keras untuk memastikan WhatsApp berfungsi dengan baik semasa krisis global yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kami akan terus mendengar maklum balas anda dan memperbaiki cara orang ramai boleh berkongsi maklumat antara satu sama lain di WhatsApp.

7 April 2020
Tweet
Mod gelap kini tersedia untuk iPhone dan Android

Kami teruja untuk mengemas kini WhatsApp dengan ciri yang paling diminta oleh para pengguna kami di mana-mana - mod gelap.

Mod gelap untuk WhatsApp menawarkan penampilan baharu dengan pengalaman biasa. Ia direka bentuk untuk mengurangkan ketegangan mata dalam persekitaran yang malap. Dan kami berharap ia akan menghindari saat janggal apabila telefon anda memancarkan cahaya di dalam bilik.

Semasa mereka bentuk mod gelap, kami telah meluangkan masa membuat penyelidikan dan mengkaji dengan memberikan tumpuan kepada dua bidang khusus:

Kebolehbacaan: Apabila memilih warna, kami ingin meminimumkan keletihan mata dan menggunakan warna yang hampir serupa dengan lalai sistem pada iPhone dan Android.

Hierarki Maklumat: Kami mahu membantu pengguna memberikan tumpuan kepada setiap skrin dengan mudah. Kami melakukan ini dengan menggunakan warna dan unsur reka bentuk lain bagi memastikan maklumat paling penting terserlah.

Pengguna yang menggunakan Android 10 dan iOS 13 boleh menggunakan mod gelap dengan mendayakannya dalam tetapan sistem. Pengguna yang menggunakan Android 9 dan lebih lama boleh pergi ke Tetapan WhatsApp > Sembang > Tema > pilih ‘Gelap’.

Kami berharap semua orang akan menyukai mod gelap, yang akan dikeluarkan dalam beberapa hari akan datang pada versi terkini WhatsApp.

3 Mac 2020
Tweet
Dua Bilion Pengguna - Menghubungkan Dunia Secara Peribadi

Kami teruja untuk berkongsi bahawa, pada hari ini, WhatsApp menyokong lebih daripada dua bilion pengguna di seluruh dunia.

Ibu dan bapa boleh berhubung dengan orang yang tersayang di mana-mana jua mereka berada. Adik-beradik boleh berkongsi saat-saat penting. Rakan sekerja boleh bekerjasama dan perniagaan boleh berkembang dengan berhubung dengan pelanggan mereka secara mudah.

Perbualan peribadi yang pernah seketika dahulu hanya dapat dilakukan secara bersemuka kini boleh dilakukan melalui jarak jauh dengan sembang segera dan panggilan video. Terdapat begitu banyak saat-saat penting dan istimewa yang berlaku di WhatsApp dan kami merendah diri dan berbangga untuk mencapai kejayaan ini.

Kita tahu bahawa semakin kita berhubung, lebih banyak yang perlu kita lindungi. Apabila kita menjalani lebih banyak kehidupan kita secara dalam talian, melindungi perbualan kita adalah lebih penting daripada sebelum ini.

Itulah sebabnya setiap mesej peribadi yang dihantar menggunakan WhatsApp dijamin dengan penyulitan hujung ke hujung secara lalai. Penyulitan kuat bertindak seperti kunci digital yang tidak dapat dipecahkan yang memastikan maklumat yang anda hantar melalui WhatsApp dijamin, membantu melindungi anda daripada penggodam dan penjenayah. Mesej hanya disimpan pada telefon anda dan tiada sesiapa yang boleh membaca mesej anda atau mendengar panggilan anda, begitu juga kami. Perbualan peribadi anda kekal antara anda.

Penyulitan kuat adalah keperluan dalam kehidupan moden. Kami tidak akan berkompromi tentang keselamatan kerana itu akan menjadikan orang kurang selamat. Untuk perlindungan yang lebih, kami bekerjasama dengan pakar keselamatan terkenal, menggunakan teknologi terkemuka industri untuk menghentikan penyalahgunaan serta menyediakan kawalan dan cara untuk melaporkan isu - tanpa mengorbankan privasi.

WhatsApp bermula dengan matlamat untuk mewujudkan perkhidmatan yang mudah, boleh dipercayai dan peribadi untuk digunakan oleh orang ramai. Hari ini kita tetap komited seperti ketika kami bermula, untuk membantu menghubungkan dunia secara peribadi dan untuk melindungi komunikasi peribadi dua bilion pengguna di seluruh dunia.

12 Februari 2020
Tweet
Memperkenalkan Katalog untuk Perniagaan Kecil

Orang suka bersembang di WhatsApp dengan perniagaan kecil kegemaran mereka. Tetapi tindakan bertukar berbilang mesej dan gambar untuk mendapatkan maklumat produk amat remeh. Dengan memperkenalkan katalog dalam apl WhatsApp Business, kami membuatkannya mudah untuk mengetahui tentang benda produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan.

Katalog adalah muka kedai mudah alih untuk perniagaan memaparkan dan berkongsi produk atau perkhidmatan mereka agar individu boleh dengan mudah melayari dan menemui sesuatu yang ingin mereka beli. Sebelum ini, perniagaan terpaksa menghantar gambar produk satu per satu dan berulang kali memberikan maklumat produk. Kini pelanggan boleh melihat katalog perniagaan terus daripada WhatsApp. Ini membuatkan pemilik perniagaan tampil lebih profesional dan dapat kekal berhubung dengan pelanggan dalam sembang tersebut tanpa perlu melayari laman web.

Contohnya Agradaya, sebuah perniagaan mampan yang menjual herba dan rempah ratus di Indonesia. Kami telah memberi pengasas Agradaya, Andhika Mahardika capaian awal kepada ciri katalog dan beliau memaklumkan kepada kami bahawa ini membuatkan pelanggan lebih mudah mengetahui tentang produk mereka, mengetahui harga dan melihat imej produk yang mereka tawarkan. Ini merupakan satu ciri penting untuk pengalaman pengguna yang lebih baik.

Untuk setiap item dalam katalog, sebuah perniagaan boleh menambahkan maklumat merangkumi harga, penerangan dan kod produk. WhatsApp mengehos katalog berikut untuk menjimat ruang storang yang berharga pada telefon pelanggan dan juga perniagaan.

Mencipta katalog menggunakan apl WhatsApp Business hanya mengambil beberapa langkah mudah. Tonton video ini untuk bermula:


Ciri katalog kini tersedia untuk perniagaan yang menggunakan apl WhatsApp Business pada Android dan iPhone di Brazil, Jerman, India, Indonesia, Mexico, U.K. dan A.S. Ia akan dikeluarkan ke seluruh dunia tidak lama lagi. Kami ingin mendengar cerita katalog membantu perniagaan kecil berhubung dengan pelanggan mereka dan berkembang.

7 November 2019

Tweet
Memperkenalkan Kunci Cap Jari untuk Android

Awal tahun ini, kami telah memperkenalkan ID Sentuh dan ID Muka untuk iPhone bagi memberikan lapisan keselamatan tambahan untuk pengguna WhatsApp. Hari ini, kami memperkenalkan sistem pengesahan yang serupa yang membenarkan anda membuka kunci apl menggunakan cap jari anda pada telefon Android yang disokong. Untuk mendayakannya, ketik Tetapan > Akaun > Privasi > Kunci cap jari. Hidupkan Buka kunci dengan cap jari dan sahkan cap jari anda.

31 Oktober 2019
Tweet
Tetapan Privasi Baharu untuk Grup

Grup WhatsApp kekal menghubungkan keluarga, rakan, rakan sekerja, rakan sekelas dan lain-lain. Dalam masa ramai yang menggunakan grup untuk perbualan penting, para pengguna telah meminta agar mereka diberikan lebih banyak kawalan atas penggunaan mereka. Hari ini, kami memperkenalkan tetapan privasi baharu dan sistem jemputan untuk membantu anda memutuskan individu yang boleh memasukkan anda ke grup.

Untuk mendayakan ia, pergi ke Tetapan dalam aplikasi anda, kemudian ketik Akaun > Privasi > Grup dan pilih salah satu daripada tiga opsyen: “Semua Orang,” “Kenalan Saya” atau “Kenalan Saya Kecuali.” “Kenalan Saya” bermaksud hanya pengguna yang ada pada buku alamat anda boleh memasukkan anda ke grup. “Kenalan Saya Kecuali” memberikan kawalan tambahan individu antara kenalan anda yang boleh memasukkan anda ke grup.

Dalam kes yang sedemikian, pentadbir yang tidak boleh memasukkan anda ke grup akan diprom untuk menghantar jemputan peribadi melalui sembang individu, memberi anda pilihan untuk menyertai grup tersebut. Anda mempunyai tiga hari untuk menerima jemputan tersebut sebelum ia tamat tempoh.

Dengan ciri baharu berikut, pengguna akan mempunyai lebih kawalan atas mesej grup yang mereka terima. Tetapan privasi baharu ini akan mula dikeluarkan kepada sesetengah pengguna bermula hari ini dan akan tersedia di seluruh dunia dalam hari-hari akan datang untuk mereka yang menggunakan WhatsApp versi terkini.

KEMAS KINI: Berdasarkan maklum balas daripada pengguna semasa keluaran awal kami, opsyen “Kenalan Saya Kecuali” kini menggantikan opsyen “Tiada Sesiapa”. Ini membenarkan anda untuk memilih sama ada untuk mengecualikan kenalan tertentu atau “pilih semua”. Pengemaskinian ini dikeluarkan kepada pengguna di seluruh dunia pada WhatsApp versi terkini.

Kemas Kini Terakhir: 5 November 2019

3 April 2019
Tweet
Halaman Selepas

WhatsApp

  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Muat Turun
  • WhatsApp Web
  • Perniagaan
  • Privasi

Syarikat

  • Perihal
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Berhubunglah
  • Blog
  • Cerita WhatsApp

Muat Turun

  • Mac/PC
  • Android
  • iPhone

Bantuan

  • Pusat Info
  • Twitter
  • Facebook
  • Koronavirus
2021 © WhatsApp LLC
Terma & Privasi