Pada bulan Januari tahun lepas, kami telah melancarkan aplikasi WhatsApp Business, dan kini lebih daripada lima juta perniagaan menggunakannya untuk menyokong pelanggan, mengembangkan perniagaan mereka dan berkhidmat untuk komuniti mereka di seluruh dunia. Kami teruja dengan bantuan yang telah kami berikan kepada berjuta perniagaan untuk berkembang. Contohnya di India, jenama kaca mata Glassic yang berasal dari Bengaluru telah memaklumkan kami bahawa 30 peratus daripada jualan baharunya terhasil melalui WhatsApp Business.
Bagi membantu merayai tahun pertama WhatsApp Business, kami mengumumkan bahawa sesetengah ciri paling popular kami kini boleh digunakan pada WhatsApp web dan desktop. Ciri-ciri ini termasuk:
Menggunakan ciri berikut di komputer membantu perniagaan menjimat masa dan memberi respons kepada pelanggan mereka dengan cepat. Kami teruja untuk terus mengembangkan WhatsApp Business dan memperkenalkan ciri baharu yang memudahkan pelanggan untuk mencari dan melibatkan diri dengan perniagaan yang penting untuk mereka.
Daripada emoji dan ciri kamera ke Status dan GIF animasi, kami sentiasa cuba menambah ciri baru yang membuatkan komunikasi dengan rakan dan keluarga di WhatsApp mudah dan menyeronokkan. Hari ini, kami teruja memperkenalkan cara baru untuk individu melahirkan perasaan mereka menggunakan pelekat.
Sama ada dengan pelekat cawan teh tersenyum atau pelekat hati yang patah menangis, pelekat membantu anda berkongsi perasaan anda dengan cara yang anda kadangkala tidak boleh nyatakan dengan perkataan. Sebagai permulaan, kami sedang melancarkan pek pelekat yang dicipta oleh pereka kami di WhatsApp serta pilihan pelekat daripada pereka pelekat lain.
Kami juga telah menambahkan sokongan untuk pek pelekat pihak ketiga bagi membenarkan pereka dan pembangun seluruh dunia mencipta pelekat untuk WhatsApp. Untuk berbuat demikian, kami telah menyertakan satu set API dan antara muka yang membenarkan anda untuk membina aplikasi pelekat yang menambah pelekat pada WhatsApp pada Android atau iOS. Anda boleh menyiarkan aplikasi pelekat anda seperti aplikasi lain di Gedung Google Play atau Gedung App Store, dan pengguna yang memuat turun dan memasang aplikasi anda boleh mula menghantar pelekat tersebut terus daripada WhatsApp. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang mencipta aplikasi pelekat untuk WhatsApp anda sendiri di sini.
Untuk menggunakan pelekat dalam sembang, hanya ketik butang pelekat baru dan pilih pelekat yang anda mahu kongsikan. Anda boleh menambah pek pelekat baru dengan mengetik ikon tambah.
Pelekat akan tersedia untuk Android dan iPhone dalam beberapa minggu akan datang. Kami harap anda akan menyukainya!
Untuk kali pertama, WhatsApp akan tersedia untuk JioPhone di seluruh India. WhatsApp telah membina versi baru untuk aplikasi pemesejan peribadinya untuk JioPhone, yang menjalankan sistem operasi KaiOS, untuk memberi orang cara yang mudah, boleh dipercayai dan selamat untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dan keluarga.
Aplikasi baru ini menawarkan yang terbaik akan WhatsApp termasuk pemesejan cepat dan boleh dipercayai, dan keupayaan untuk menghantar foto dan video - kesemuanya disulit hujung ke hujung. Ia juga adalah mudah untuk merakam dan menghantar mesej suara dengan cuma beberapa ketikan di papan kekunci. Untuk bermula, pengguna JioPhone hanya perlu mengesahkan nombor telefon mereka dan kemudian mereka boleh mula bersembang dengan pengguna WhatsApp yang lain secara peribadi atau dalam grup.
WhatsApp tersedia dalam AppStore JioPhone hari ini. Anda boleh memuat turun WhatsApp pada kedua-dua JioPhone dan JioPhone2 dengan melawati AppStore dan mengklik atas Muat turun.
Seperti yang telah kami umumkan tahun lepas, WhatsApp sedang membina alat-alat baru untuk membantu orang dan perniagaan untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Sejak kami telah melancarkan aplikasi WhatsApp Business, orang telah memberitahu kami bahawa ia adalah lebih cepat dan mudah untuk bersembang dengan perniagaan daripada membuat panggilan atau menghantar emel. Hari ini kami sedang mengembangkan sokongan kami untuk perniagaan yang memerlukan alat-alat yang lebih kuat untuk berkomunikasi dengan pelanggan mereka.
Di sini terdapat cara-cara orang boleh berhubung dengan sebuah perniagaan:
Dengan cara-cara ini, anda akan terus mempunyai kawalan penuh atas mesej-mesej yang anda terima. Perniagaan akan membayar untuk menghantar mesej tertentu, jadi mesej tersebut akan terpilih dan sembang anda tidak akan penuh dengan mesej mereka. Tambahan, mesej-mesej akan kekal disulit hujung ke hujung dan anda boleh menyekat sebarang perniagaan dengan hanya mengetik sebuah butang.
Kami akan membawa lebih banyak perniagaan ke WhatsApp pada masa akan datang. Untuk melakukan sedemikian, kami akan bekerja secara langsung dengan beberapa ratus perniagaan dan memilih beberapa perniagaan yang khusus dalam mengurus komunikasi pelanggan.
Jika anda berminat bagaimana perniagaan dapat mula menggunakan alat-alat ini, anda boleh mempelajari lebih di sini. Seperti biasa, kami akan berhati-hati mendengar semua maklum balas anda seturut dengan perkembangan alat-alat ini.
Kami telah membina WhatsApp sebagai aplikasi pemesejan peribadi - cara yang mudah, selamat dan boleh dipercayai untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Seiring dengan penambahan ciri baharu, kami telah berhati-hati untuk cuba memelihara perasaan kemesraan yang disukai oleh individu.
Beberapa tahun yang lalu kami telah menambahkan ciri pada WhatsApp yang membenarkan anda untuk memajukan mesej kepada berbilang sembang sekaligus.
Hari ini, kami melancarkan ujian untuk mengehadkan pemajuan mesej yang akan dikenakan kepada semua orang yang menggunakan WhatsApp. Di India - yang mana individu memajukan lebih banyak mesej, foto dan video berbanding dengan negara-negara lain di seluruh dunia - kami juga akan menguji dengan had yang lebih rendah, iaitu 5 sembang pada satu masa dan kami akan mengalih keluar butang maju cepat (quick forward) bersebelahan mesej media.
Kami percaya bahawa perubahan ini, yang akan kami terus nilaikan, akan membantu WhatsApp kekal seperti tujuan rekaan asal: aplikasi pemesejan peribadi.
Kami sangat mengambil berat atas keselamatan dan privasi anda maka sebab itulah WhatsApp disulitkan hujung ke hujung, dan kami akan terus meningkatkan aplikasi kami dengan ciri-ciri seperti ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman Tip Keselamatan WhatsApp.
KEMAS KINI: WhatsApp telah menilai ujian ini dengan meneliti dan mendengar maklum balas pengguna kami selama tempoh enam bulan. Pengehadan pemajuan mesej telah mengurangkan banyak mesej yang dimajukan di seluruh dunia. Bermula hari ini, semua pengguna yang menggunakan versi terkini WhatsApp hanya boleh memajukan lima sembang sahaja pada satu masa. Ini akan membantu WhatsApp memfokus pada pemesejan peribadi dengan kenalan rapat. Kami akan terus mendengar maklum balas pengguna tentang pengalaman mereka, dan dari semasa ke semasa, mencari cara baharu dalam menangani kandungan viral.
Kemas Kini Terakhir: 21 Januari 2019
Sejak beberapa tahun terakhir, orang telah menikmati membuat panggilan suara dan video di WhatsApp. Pengguna kami menggunakan lebih dari 2 bilion minit dalam panggilan setiap hari. Kami teruja untuk mengumumkan bahawa panggilan grup untuk suara dan video akan diperkenalkan dalam WhatsApp mulai hari ini.
Anda boleh membuat panggilan grup sehingga jumlah empat orang - pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Mulakan panggilan suara atau panggilan video dengan satu individu dan ketik butang baru "tambah peserta" di sudut kanan di atas untuk menambahkan lebih kenalan ke panggilan tersebut.
Panggilan grup sentiasa disulitkan hujung ke hujung, dan kami telah mereka panggilan untuk berfungsi dengan baik di seluruh dunia dalam keadaan rangkaian yang berbeza. Ciri ini sedang dilancarkan dalam aplikasi versi iPhone dan Android kami.
Mulai hari ini, WhatsApp akan menyatakan mesej mana yang diterima oleh anda telah dimajukan kepada anda. Konteks tambahan ini akan memudahkan bagi anda mengikuti sembang individu dan sembang grup. Ia juga membantu anda menentukan jika rakan anda atau saudara anda telah menulis mesej yang dihantar atau jika asal mesej tersebut adalah daripada orang lain. Untuk melihat label dimajukan ini, anda perlu mempunyai versi WhatsApp yang terkini yang disokong di telefon anda.
WhatsApp mengambil berat tentang keselamatan anda. Kami menggalakkan anda untuk berfikir sebelum mengongsi mesej yang telah dimajukan. Sebagai peringatan, anda boleh melaporkan spam atau menyekat seorang kenalan dan boleh sentiasa berhubung secara langsung dengan WhatsApp untuk bantuan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati Halaman Tip Keselamatan WhatsApp kami.
Beberapa bulan terakhir, kami telah menambahkan ciri-ciri baru yang dapat meningkatkan pengalaman grup. Sebahagian dari ciri ini termasuk deskripsi grup, ciri mesej terbaru yang ditujukan kepada anda, dan perlindungan untuk orang yang ditambah ke dalam grup berulang kali selepas mereka telah meninggalkan grup.
Hari ini, kami melancarkan tetapan grup baru di mana hanya pentadbir sahaja dapat menghantar mesej kepada sebuah grup. Salah satu cara orang menggunakan grup adalah untuk menerima pengumuman dan maklumat penting, termasuk ibu-bapa dan guru di sekolah, pusat komuniti, dan organisasi bukan untung. Kami telah memperkenalkan tetapan baru ini agar pentadbir boleh mempunyai alat-alat yang lebih baik untuk situasi-situasi seperti ini.
Untuk mendayakan tetapan ini, buka "Info Grup", kemudian ketik Tetapan Grup > Hantar Mesej dan pilih "Pentadbir Sahaja". Tetapan ini dilancarkan kepada semua pengguna di seluruh dunia yang berada pada aplikasi versi terbaru yang disokong.
Grup adalah sebahagian penting pengalaman WhatsApp, sama ada ia menghubungkan ahli-ahli keluarga merentas dunia atau rakan-rakan kekal berhubung selama bertahun. Terdapat juga orang seperti ibu bapa baru yang menyertai grup dalam WhatsApp untuk mencari sokongan, pelajar mengurus sesi pembelajaran, dan pemimpin bandar menyelaraskan usaha bantuan selepas bencana alam. Hari ini, kami mengongsi peningkatan yang telah kami buat untuk grup.
Apa yang Baru
Kami juga telah memperkenalkan perlindungan agar pengguna tidak boleh ditambah berulang kali kembali ke grup yang telah ditinggalkan. Ciri-ciri ini tersedia untuk pegguna Android dan iPhone. Kami berharap agar anda menikmati kemaskini baru ini!
Bulan depan, Kesatuan Eropah akan mengemaskini undang-undang privasinya untuk mempunyai ketelusan yang lebih banyak tentang cara maklumat orang digunakan dalam talian (online). WhatsApp sedang mengemaskini Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi di mana undang-undang yang dikenali sebagai General Data Protection Regulation (GDPR) akan berkuatkuasa.
Kami tidak meminta hak-hak baru untuk mengutip maklumat peribadi dengan kemaskini ini. Tujuan kami hanya untuk menjelaskan bagaimana kami menggunakan dan melindungi maklumat terhad yang kami memiliki tentang anda. Terdapat beberapa perkara yang ingin kami tekankan:
WhatsApp amat menghargai tentang privasi dan keselamatan anda. Setiap mesej dan panggilan dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung agar tidak ada seorang pun, termasuk WhatsApp, dapat membaca atau mendengar perbualan anda. Dalam minggu-minggu akan datang, anda akan dapat memuat turun dan melihat data terhad yang kami mengutip. Ciri ini akan dilancarkan kepada semua pengguna di seluruh dunia pada versi aplikasi yang terbaru. Untuk mempelajari lebih, klik di sini.
Kami menghargai maklum balas anda dan terima kasih kerana menggunakan WhatsApp!