16 Januari 2012
Kami telah menerima banyak e-mel dan soalan daripada anda tentang mesej surat berantai ini yang tersebar dalam rangkaian kami:
"WhatsApp akan membuatkan kami rugi tidak lama lagi. Satu-satunya cara aplikasi ini akan kekal percuma adalah jika anda merupakan pengguna yang kerap iaitu anda mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang yang sedang bersembang dengan anda. Untuk menjadi pengguna yang kerap, hantar mesej ini kepada 10 orang yang menerima (2 tanda) dan logo WhatsApp anda akan bertukar menjadi Merah sebagai simbol pengguna kerap."
Harap maklum bahawa ini ialah satu olokan dan tidak benar. Walaupun kami berbesar hati kerana tersenarai dalam Hoax Slayer, kami lebih suka mengusahakan ciri baharu yang hebat daripada membongkar kepalsuan cerita yang tidak berfaedah seperti ini.
KEMAS KINI: ini juga merupakan mesej olokan:
"Whatsapp akan ditutup pada 28 Jan. Mesej daripada Jim Balsamic (Ketua Pengarah Eksekutif Whatsapp) kami menerima penggunaan nama pengguna yang berlebihan di WhatsApp Messenger. Kami meminta agar semua pengguna memajukan mesej ini ke seluruh senarai kenalan mereka. Jika anda tidak memajukan mesej ini, kami akan menganggap akaun anda tidak sah dan akaun ini akan dipadamkan dalam tempoh 48 jam berikutnya. JANGAN abaikan mesej ini atau whatsapp tidak akan lagi mengecam pengaktifan anda. Jika anda ingin mengaktifkan semula akaun anda selepas dipadamkan, caj sebanyak 25.00 akan ditambahkan pada bil bulanan anda. Kami juga maklum tentang isu yang melibatkan kemas kini gambar tidak dipaparkan. Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini dan akan pulih secepat mungkin. Terima kasih atas kerjasama anda daripada pasukan Whatsapp"