Langkau untuk ke kandungan
  • Halaman Utama
    • Mesej secara peribadiKekal berhubungBina komunitiLuahkan diri andaWhatsApp untuk perniagaan
  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
Muat Turun
Terma Perkhidmatan2023 © WhatsApp LLC
Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsApp
    • Mesej Secara Peribadi

      Penyulitan hujung ke hujung dan kawalan privasi.

    • Kekal berhubung

      Capai pelanggan anda di seluruh dunia.

    • Bina komuniti

      Perbualan kumpulan menjadi mudah.

    • Luahkan diri anda

      Nyatakan dengan pelekat, suara, GIF dan banyak lagi.

    • Perniagaan WhatsApp

      Hubungi pelanggan anda di mana-mana sahaja.

  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
WhatsApp WebMuat turun
WhatsApp Blog

Meninjau ke depan untuk WhatsApp

Hari ini, kami mengemas kini terma dan polisi privasi WhatsApp untuk kali pertama dalam masa empat tahun, sebagai sebahagian daripada pelan kami untuk menguji cara bagaimana orang berkomunikasi dengan perniagaan dalam bulan-bulan akan datang. Dokumen yang dikemas kini juga mencerminkan bahawa kami telah menyertai Facebook dan kami telah baru-baru ini memperkenalkan banyak ciri-ciri baru, seperti penyulitan hujung-ke-hujung, Panggilan WhatsApp, dan alat pemesejan seperti WhatsApp untuk web dan desktop. Anda boleh membaca dokumen lengkap di sini. Kami sedang memaklumkan semua orang di versi terkini yang disokong dari aplikasi kami mengenai kemas kini ini, dan anda akan ditanya untuk mengetik 'Setuju' untuk menyetujui terma yang dikemas kini.

Para pengguna menggunakan aplikasi kami setiap hari untuk kekal berhubungan dengan rakan-rakan dan orang-orang yang disayangi, dan ini tidak akan berubah. Tetapi, seperti yang telah kami umumkan awal tahun ini, kami ingin menerokai cara-cara untuk anda berkomunikasi dengan perniagaan yang penting untuk anda juga, sambil tetap memberikan anda pengalaman tanpa iklan sepanduk pihak ketiga dan spam. Sama ada ia maklumat mengenai transaksi palsu dari bank anda, atau dimaklumkan oleh syarikat penerbangan mengenai jadual penerbangan yang tertangguh, kebanyakan kami menerima maklumat ini dari tempat yang lain, termasuk mesej teks dan panggilan telefon. Kami ingin menguji ciri-ciri ini dalam bulan akan datang, tetapi perlu mengemas kini terma dan polisi privasi kami untuk melakukan sedemikian.

Kami juga mengemas kini dokumen-dokumen ini untuk menjelaskan bahawa kami telah mengeluarkan penyulitan hujung-ke-hujung. Apabila anda dan orang-orang yang anda mesej menggunakan versi WhatsApp yang terkini, mesej-mesej anda disulitkan secara lalai, bermakna hanya anda berdua sahaja yang boleh membaca mesej tersebut. Walaupun kami menyelaras lebih dengan Facebook dalam bulan-bulan akan datang, mesej-mesej anda yang disulitkan kekal peribadi dan tiada sesiapa yang boleh membacanya. Bukan WhatsApp, bukan Facebook, mahupun sesiapa yang lain. Kami tidak akan menyiarkan atau berkongsi nombor WhatsApp anda dengan orang lain, termasuk pada Facebook, dan kami masih tidak akan menjual, berkongsi, atau memberi nombor telefon anda kepada pengiklan.

Tetapi dengan menyelaras lebih dengan Facebook, kami akan dapat melakukan perkara seperti mengesan metrik asas mengenai kekerapan orang menggunakan perkhidmatan kami dan berjuang untuk mengatasi spam pada WhatsApp. Dan dengan menyambung nombor telefon anda dengan sistem Facebook, Facebook boleh menawarkan cadangan rakan-rakan yang lebih baik dan menunjukkan iklan yang lebih berkaitan jika anda mempunyai akaun dengan mereka. Sebagai contoh, anda mungkin melihat iklan daripada syarikat yang telah anda bekerja dengan, dan bukannya daripada seseorang yang anda tidak pernah dengar sebelum ini. Anda boleh pelajari lebih, termasuk bagaimana mengawal penggunaan data anda di sini.

Kepercayaan kami atas nilai komunikasi peribadi tidak boleh digoncang, dan kami kekal berkomited untuk memberikan anda pengalaman yang terpantas, paling mudah, dan paling dipercayai pada WhatsApp. Seperti selalu, kami mengharapkan maklum balas anda dan terima kasih kerana menggunakan WhatsApp.

25 Ogos 2016

TweetKongsi
Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsAppMuat turun
Perkara yang kami lakukanCiriBlogCeritaUntuk Perniagaan
Diri kamiPerihal kamiKerjayaPusat JenamaPrivasi
Gunakan WhatsAppAndroidiPhoneMac/PCWhatsapp Web
Perlukan bantuan?Hubungi KamiPusat BantuanKoronavirus
Muat turun

2023 © WhatsApp LLC

Terma Perkhidmatan