30 Mac 2022
Semasa kami melancarkan pemesejan suara buat kali pertama pada 2013, kami sedar bahawa ciri ini akan mengubah cara orang berhubung. Dengan mengekalkan reka bentuk yang ringkas, kami telah memudahkan rakaman serta pengiriman mesej suara semudah dan seringkas seperti menulis teks. Setiap hari di WhatsApp, pengguna kami mengirim secara purata 7 bilion mesej suara, kesemuanya dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung supaya kekal peribadi dan selamat pada setiap masa.
Hari ini, kami teruja untuk mengumumkan ciri baharu yang menambah baik pengalaman mesej suara di WhatsApp. Ini termasuk:
Mesej suara telah mempercepat dan memudahkan orang berbual dengan lebih ekspresif. Pengungkapan emosi atau keterujaan menerusi suara adalah lebih sejadi berbanding teks, dan dalam kebanyakan keadaan, mesej suara merupakan bentuk perhubungan pilihan di WhatsApp. Ciri ini mudah digunakan oleh sesiapa sahaja - bagi ahli keluarga anda yang kurang gemar menaip, untuk rakan anda yang suka bercerita, rakan sebaya yang memerlukan kata-kata semangat, atau apabila anda mahu mendengar suara pasangan anda pada penghujung hari yang meletihkan.
Kami teruja mahu melihat pengguna mencuba ciri baharu ini apabila dilancarkan pada minggu-minggu yang akan datang.