24 April 2018
Bulan depan, Kesatuan Eropah akan mengemas kini undang-undang privasi untuk mensyaratkan ketelusan yang lebih besar mengenai cara maklumat orang ramai digunakan dalam talian. WhatsApp sedang mengemas kini Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi kami, iaitu undang-undang yang dikenali sebagai Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) berkuat kuasa.
Kami tidak meminta hak baharu untuk mengumpulkan maklumat peribadi menerusi kemas kini ini. Matlamat kami hanyalah untuk menerangkan cara kami menggunakan dan melindungi maklumat terhad yang kami ada tentang anda. Terdapat beberapa perkara yang ingin kami tekankan:
WhatsApp sangat mengambil berat tentang privasi dan keselamatan anda. Setiap mesej dan panggilan dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung supaya tiada sesiapa, walaupun WhatsApp, boleh membaca atau mendengar perbualan anda. Pada minggu-minggu akan datang, anda akan dapat memuat turun dan melihat data terhad yang kami kumpulkan. Ciri ini akan dilancarkan kepada semua pengguna di seluruh dunia pada versi terkini aplikasi tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut, klik di sini.
Kami mengalu-alukan maklum balas anda dan terima kasih kerana menggunakan WhatsApp!