Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsAppBlog
WHATSAPP WEB
CIRI
MUAT TURUN
KESELAMATAN
PUSAT BANTUAN

Pilih bahasa anda

  • azərbaycan

  • Afrikaans

  • Bahasa Indonesia

  • Melayu

  • català

  • čeština

  • dansk

  • Deutsch

  • eesti

  • English

  • español

  • français

  • Gaeilge

  • hrvatski

  • italiano

  • Kiswahili

  • latviešu

  • lietuvių

  • magyar

  • Nederlands

  • norsk bokmål

  • o‘zbek

  • Filipino

  • polski

  • Português (Brasil)

  • Português (Portugal)

  • română

  • shqip

  • slovenčina

  • slovenščina

  • suomi

  • svenska

  • Tiếng Việt

  • Türkçe

  • Ελληνικά

  • български

  • қазақ тілі

  • македонски

  • русский

  • српски

  • українська

  • עברית

  • العربية

  • فارسی

  • اردو

  • বাংলা

  • हिन्दी

  • ગુજરાતી

  • ಕನ್ನಡ

  • मराठी

  • ਪੰਜਾਬੀ

  • தமிழ்

  • తెలుగు

  • മലയാളം

  • ไทย

  • 简体中文

  • 繁體中文(台灣)

  • 繁體中文(香港)

  • 日本語

  • 한국어

  • Muat Turun

  • Ciri-ciri

  • Keselamatan

  • Pusat Info

  • Berhubunglah

Blog WhatsApp

Reaksi, Perkongsian Fail 2GB, 512 Kumpulan

Seperti yang kami umumkan pada bulan lepas bersama visi kami untuk Komuniti di WhatsApp, kami kini sedang membina untuk organisasi, perniagaan, dan kumpulan rapat yang lain supaya mampu berkomunikasi secara selamat dan melaksanakan kesemuanya di WhatsApp. Maklum balas yang kami terima setakat ini adalah sangat positif dan kami tidak sabar untuk menyediakan pelbagai ciri baharu kepada orang ramai.

Kami teruja untuk berkongsi bahawa reaksi emoji kini tersedia pada versi aplikasi yang terkini. Reaksi adalah menyeronokkan, pantas dan turut mengurangkan bebanan lebihan dalam kumpulan. Kami akan terus mempertingkatkan ciri tersebut dengan menambah kepelbagaian ekspresi yang lebih meluas pada masa akan datang.

Tambahan lagi, anda kini boleh menghantar fail sesama WhatsApp dengan saiz sehingga 2GB pada suatu masa, dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung. Ini merupakan penambahan daripada had 100MB sebelum ini dan kami percaya penambahan ini akan membantu dalam kolaborasi antara kumpulan perniagaan kecil dan sekolah. Kami syorkan agar menggunakan WiFi untuk fail yang lebih besar dan kami akan paparkan pembilang semasa memuat naik atau memuat turun untuk memaklumkan anda akan tempoh masa yang diperlukan bagi pemindahan.

Salah satu daripada permintaan teratas yang kami sering terima ialah pilihan untuk menambah lebih ramai orang ke dalam sembang, maka kini kami akan melancarkan secara berperingkat kebolehan untuk menambah sehingga 512 orang ke dalam sesuatu kumpulan. Membina komuniti yang peribadi dan selamat memerlukan usaha dan kami percaya peningkatan dalam siri ini akan membantu orang ramai dan kumpulan kekal rapat antara satu sama lain.

Kami berharap orang ramai akan menikmati kemas kini ini dan kami menantikan untuk berkongsi lebih banyak lagi sepanjang tahun ini.

5 Mei, 2022

TweetKongsi

Perkongsian Visi Kami untuk Komuniti di WhatsApp

Hari ini kami teruja untuk berkongsi visi kami untuk ciri baharu yang akan kami tambahkan ke dalam WhatsApp yang dipanggil Komuniti. Sejak WhatsApp dilancarkan pada tahun 2009, kami telah menumpukan pada cara komunikasi yang paling hampir dengan perbualan secara bersemuka apabila orang ingin bercakap dengan individu atau sekumpulan kawan atau ahli keluarga. Kami juga sering mendengar pandangan orang yang menggunakan WhatsApp untuk berhubung dan menyelaras di dalam sesebuah komuniti.

Organisasi seperti sekolah, kelab tempatan, dan organisasi tanpa untung kini bergantung kepada WhatsApp untuk berhubung secara terjamin dan melaksanakan urusan — terutamanya apabila pandemik telah memaksa kita mencari kaedah yang kreatif untuk bekerja bersama walaupun terpisah. Daripada maklum balas yang kami terima, kami fikir banyak yang boleh kami lakukan untuk memudahkan orang mengurus perbualan yang sibuk ini di kalangan kumpulan sedemikian.

Di sinilah Komuniti memainkan peranan. Komuniti di WhatsApp akan membolehkan penyatuan kumpulan yang berbeza di bawah satu bumbung dengan struktur yang memberi kemudahan dan berkesan bagi pengguna. Menerusi cara tersebut, orang boleh menerima kemas kini yang dihantar kepada seluruh Komuniti dan dengan mudah menyusun perbualan kumpulan lebih kecil berkenaan perkara yang mustahak pada mereka. Komuniti juga akan mengandungi peralatan baharu yang berkuasa untuk pentadbir, termasuk mesej pengumuman yang dihantar kepada semua orang serta kawalan terhadap kumpulan yang boleh disertakan.

Kami fikir Komuniti akan memudahkan guru besar sekolah menyatukan kesemua ibu bapa di sekolah untuk berkongsi kemas kini penting dan membuat kumpulan berkenaan kelas, aktiviti ekstrakurikulum, atau keperluan sukarela tertentu.

Kami juga akan melaksanakan beberapa penambahbaikan kepada cara kumpulan berfungsi di WhatsApp — sama ada kumpulan tersebut adalah sebahagian daripada Komuniti atau tidak. Kami fikir perkara ini akan membantu orang berkongsi dengan cara yang baharu dan mengurangkan bebanan lebihan dalam sembang yang lebih besar. Ciri ini akan dilancarkan dalam minggu-minggu yang akan datang maka orang ramai boleh mula mencuba ciri ini walaupun sebelum Komuniti tersedia.

  • Reaksi - Reaksi emoji akan tersedia di WhatsApp supaya orang boleh berkongsi pendapat mereka dengan mudah tanpa membanjiri sembang dengan mesej baharu.
  • Dipadamkan Pentadbir - Pentadbir kumpulan akan dibolehkan untuk mengalih keluar mesej yang menyeleweng atau bermasalah daripada sembang semua orang.
  • Perkongsian Fail – Kami akan mempertingkatkan perkongsian fail untuk menyokong sehingga 2 gigabit supaya orang ramai boleh berkolaborasi untuk projek dengan mudah.
  • Panggilan Suara Lebih Besar – Kami akan memperkenalkan panggilan suara satu ketik sehingga 32 orang dengan reka bentuk baharu untuk waktu-waktu apabila bercakap secara langsung adalah lebih baik berbanding bersembang.

Komuniti sememangnya peribadi, maka sebab itu kami akan terus melindungi mesej dengan penyulitan hujung ke hujung. Teknologi keselamatan ini kini lebih diperlukan untuk melindungi privasi dan keselamatan orang ramai. Kumpulan yang erat — sekolah, ahli kumpulan keagamaan, malah perniagaan — amat menginginkan dan memerlukan kemampuan untuk bersembang secara selamat dan terjamin tanpa WhatsApp memantau setiap patah perkataan mereka. Anda boleh membaca secara lanjut tentang cara pendekatan privasi dan keselamatan kami untuk Komuniti di sini.

Sementara aplikasi lain sedang membina sembang untuk ratusan ribu orang, kami memilih untuk menumpukan sokongan kepada kumpulan yang menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita. Tempoh permulaan Komuniti di WhatsApp dan pembangunan ciri sokongan akan menjadi tumpuan utama kami untuk tahun yang akan datang. Kami tidak sabar untuk menyerahkan Komuniti kepada orang ramai dan menantikan maklum balas mereka.

14 April 2022

TweetKongsi

Kami Sedang Membuat Pemesejan Suara Menjadi Lebih Baik

Semasa kami melancarkan pemesejan suara buat pertama kali pada 2013, kami sedar bahawa ia akan mengubah cara orang berhubung. Dengan mengekalkan reka bentuk yang ringkas, kami telah memudahkan rakaman serta pengiriman mesej suara semudah dan seringkas seperti menulis teks. Setiap hari di WhatsApp, pengguna kami mengirim secara purata 7 bilion mesej suara, kesemuanya dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung supaya ia kekal peribadi dan selamat pada setiap masa.

Hari ini, kami teruja untuk mengumumkan ciri baharu yang membuatkan pengalaman mesej suara di WhatsApp lebih baik. Ciri ini merangkumi:

  • Main Semula di Luar Sembang: Dengarkan mesej suara di luar sembang supaya anda boleh melaksanakan berbilang tugas atau baca serta balas kepada mesej yang lain.
  • Jeda/Sambung Semula Rakaman: Apabila merakamkan mesej suara, anda kini boleh jeda rakaman dan sambung semula apabila bersedia, sekiranya anda terganggu atau perlu memikirkan sesuatu.
  • Pembayang Bentuk Gelombang: Memaparkan gambaran visual akan bunyi pada mesej suara untuk membantu anda ikuti rakaman.
  • Pratonton Draf: Dengarkan mesej suara anda sebelum menghantarnya.
  • Ingati Main Semula: Sekiranya anda jeda ketika mendengarkan mesej suara, anda boleh main semula pada detik jeda ketika kembali pada sembang.
  • Main Semula Cepat pada Mesej Dimajukan: Mainkan mesej suara pada kelajuan 1.5x atau 2x untuk mendengar mesej dengan lebih cepat pada kedua-dua mesej biasa dan mesej dimajukan.

Mesej suara telah mempercepatkan dan memudahkan orang untuk berbual dengan lebih ekspresif. Menunjukkan emosi atau keseronokan menerusi suara dalah lebih semula jadi berbanding teks, dan dalam kebanyakan keadaan, mesej suara merupakan bentuk perhubungan pilihan di WhatsApp. Ciri ini mudah digunakan oleh sesiapa sahaja - bagi ahli keluarga anda yang kurang gemar menaip, untuk rakan anda yang suka bercerita, rakan sebaya yang memerlukan kata sokongan, atau apabila anda mahu mendengar suara pasangan anda pada penghujung hari yang meletihkan.

Kami teruja bagi pengguna untuk mencuba ciri baharu ini apabila ia dilancarkan pada minggu-minggu yang akan datang.

30 Mac, 2022

TweetKongsi

Kawalan dan Privasi Lanjut dengan Mesej Menghilang Lalai dan Tempoh Masa Berbilang

Misi kami ialah untuk menghubungkan dunia secara peribadi. Semakin banyak perbincangan kita bertukar daripada bersemuka kepada digital, kita mengakui bahawa wujudnya keajaiban tertentu apabila kita duduk bersembang dengan seseorang secara bersemuka, berkongsi fikiran dengan yakin, dan menyedari bahawa anda berdua berbicara secara peribadi dan hadir dalam detik itu. Kebebasan untuk bersikap jujur dan terbuka, maklum bahawa perbualan tidak dirakam atau tersimpan di suatu tempat selama-lamanya.

Menentukan tempoh sesuatu mesej seharusnya terletak di tangan anda. Telah menjadi kebiasaan kepada kita untuk meninggalkan salinan digital tentang segala yang kita taipkan tanpa kita menghiraukannya. Perkara ini seolah-olah menyamai penulis nota yang mengekori kita ke mana-mana sahaja, mencatatkan rekod kekal tentang segala yang telah kita ucapkan. Sebab itu kami memperkenalkan mesej menghilang tahun lepas, dan baru-baru ini, cara untuk foto dan video menghilang sebaik sahaja ia dilihat sekali.

Hari ini kami teruja untuk menyediakan kepada pengguna kami pilihan lanjut untuk mengawal mesej mereka dan tempoh masa mesej tersebut akan kekal, dengan mesej menghilang lalai dan tempoh masa berbilang.

Pengguna WhatsApp kini mempunyai pilihan untuk mendayakan mesej menghilang secara lalai bagi semua sembang baharu. Apabila didayakan, semua sembang satu dengan satu yang anda atau orang lain mulakan akan ditetapkan untuk menghilang mengikut tempoh yang anda pilih, dan kami telah sertakan pilihan baharu apabila sembang kumpulan dicipta, ia membolehkan anda mendayakan ciri tersebut bagi kumpulan-kumpulan yang anda cipta. Ciri baharu ini ialah pilihan dan tidak akan mengubah atau memadamkan mana-mana sembang anda yang sedia ada.

Kami juga akan menambahkan dua tempoh masa baharu bagi mesej menghilang: 24 jam dan 90 hari, di samping pilihan sedia ada iaitu 7 hari.

Bagi mereka yang memilih untuk mendayakan mesej menghilang lalai, kami akan paparkan mesej dalam sembang anda yang memberitahu orang bahawa ini merupakan pilihan lalai yang anda telah pilih. Perkara ini akan menjelaskan bahawa tindakan ini bukanlah berbentuk peribadi - Ia merupakan cara yang anda pilih untuk berkomunikasi dengan semua orang di WhatsApp selepas ini. Walaupun begitu, sekiranya anda perlu mengekalkan sesuatu perbualan, mudah saja untuk anda menukar kembali sesuatu sembang.

Hidup berjauhan daripada keluarga dan sahabat handai selama lebih setahun telah menjelaskan bahawa walaupun kita tidak dapat bercakap secara bersemuka, tidak semestinya kita harus korbankan privasi perbualan peribadi kita. Kami percayai bahawa mesej menghilang berserta dengan penyulitan hujung ke hujung merupakan dua ciri penting yang menentukan erti kata perkhidmatan pemesejan peribadi hari ini, dan membawa kami selangkah lebih dekat kepada penghayatan perbualan secara peribadi.

Untuk memulakan, pergi ke tetapan Privasi dan pilih 'Pemasa Mesej Lalai'. Anda boleh ketahui dengan lebih lanjut di sini.

6 Disember 2021

TweetKongsi

Sandaran yang disulitkan hujung ke hujung di WhatsApp

WhatsApp dibina berdasarkan idea yang mudah: Perkara yang anda kongsikan dengan rakan dan keluarga anda kekal antara anda dengan penerima. Lima tahun yang lalu, kami telah menambahkan penyulitan hujung ke hujung secara lalai, yang pada hari ini, melindungi lebih 100 bilion mesej sehari yang merentas di antara lebih 2 bilion pengguna.

Walaupun mesej disulitkan hujung ke hujung yang anda hantar dan terima tersimpan pada peranti anda, ramai orang juga menghendaki cara untuk menyandarkan sembang mereka sekiranya mereka kehilangan telefon mereka. Mulai hari ini, kami menyediakan pilihan lapisan keselamatan tambahan untuk melindungi sandaran yang tersimpan pada Google Drive atau iCloud dengan penyulitan hujung ke hujung. Tidak ada perkhidmatan pemesejan global lain pada skala ini yang menyediakan tahap keselamatan begini untuk mesej, media, mesej suara, panggilan video dan sandaran sembang milik pengguna mereka.

Kini anda boleh menjamin keselamatan sandaran anda yang disulitkan hujung ke hujung sama ada dengan menggunakan kata laluan pilihan anda atau kunci penyulitan 64 digit yang hanya anda sahaja yang tahu. WhatsApp mahupun pembekal perkhidmatan sandaran anda tidak akan boleh membaca sandaran anda atau mengakses kunci yang diperlukan untuk membukanya.

Dengan jumlah pengguna yang melebihi 2 bilion, kami teruja untuk menyediakan lebih banyak pilihan kepada orang ramai bagi melindungi privasi mereka. Kami akan melancarkan ciri ini secara berperingkat kepada mereka yang mempunyai versi WhatsApp yang terkini. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang cara untuk melindungi sandaran sembang anda dengan penyulitan hujung ke hujung pada iOS dan Android di sini, serta maklumat lanjut tentang cara kami membinanya di sini.

TweetKongsi

Membawa Sembang Bersama Anda

Mesej WhatsApp anda adalah milik anda. Sebab itu mesej WhatsApp peribadi anda dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung dan sebab itu juga kami menyediakan cara untuk menghilangkannya secara automatik daripada sembang anda.

Salah satu daripada permintaan yang paling kerap ialah kebolehan untuk memindahkan sejarah sembang daripada satu sistem operasi kepada yang lain apabila bertukar telefon. Kami telah bekerja keras bersama dengan pengilang sistem operasi dan peranti untuk membinanya secara terjamin dan boleh dipercayai.

Kami teruja untuk mula melancarkan kebolehan bagi memindahkan sejarah WhatsApp anda daripada iOS kepada Android. Perkara ini berlaku tanpa keperluan untuk menghantar mesej anda kepada WhatsApp ketika proses tersebut dan merangkumi mesej suara, foto dan video. Untuk permulaan, ciri ini tersedia pada sebarang peranti Samsung yang menggunakan Android 10 atau lebih tinggi, dan akan tersedia pada lebih banyak peranti Android tidak lama lagi.

Apabila anda menyediakan peranti yang baharu, anda akan diberikan pilihan untuk memindahkan sembang anda daripada peranti anda yang lama kepada yang baharu secara selamat. Proses ini akan memerlukan kabel USB-C ke Lightning. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Semua ini hanyalah permulaan. Kami berharap dapat menyediakan pilihan ini kepada lebih ramai orang untuk menukar antara platform pilihan mereka dan membawa bersama sembang mereka secara selamat.

2 September 2021

TweetKongsi

Foto dan Video Lihat Sekali di WhatsApp

Walaupun mengambil foto atau video menerusi telefon sudah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita, tidak semua yang kita kongsi perlu menjadi rakaman digital kekal. Pada kebanyakan telefon, dengan hanya mengambil foto akan mengambil tempat dalam gulungan kamera anda selamanya.

Oleh sebab itu hari ini kami akan melancarkan ciri baharu foto dan video Lihat Sekali yang akan hilang daripada ruang sembang setelah ia dibuka, memberikan pengguna lebih kawalan terhadap privasi mereka.

Sebagai contoh, anda mungkin menghantar foto Lihat Sekali akan busana yang sedang anda cuba di kedai, tindak balas daripada detik keseronokan sementara, atau sesuatu yang sensitif seperti kata laluan Wi-Fi.

Sama seperti semua mesej peribadi yang anda hantar pada WhatsApp, media Lihat Sekali dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung supaya WhatsApp tidak boleh melihatnya. Ia juga akan ditandakan dengan ikon '"satu kali" yang baharu dengan jelas.

Setelah media tersebut dilihat, mesej tersebut akan dipaparkan sebagai "telah dibuka" bagi mengelak sebarang kekeliruan tentang perkara yang telah berlaku di dalam sembang pada ketika itu.

Kami akan melancarkan ciri tersebut kepada semua orang bermula minggu ini dan mengalu-alukan maklum balas tentang cara menghantar media yang peribadi dan menghilang.

Anda boleh baca dengan lebih lanjut tentang cara untuk mencubanya di sini.

3 Ogos 2021

TweetKongsi

Jangan terlepas panggilan kumpulan

Pada waktu ramai antara kita berjauhan, tiada yang lebih baik daripada berkumpul menerusi panggilan kumpulan bersama rakan dan keluarga, dan tiada yang lebih mengecewakan daripada menyedari bahawasanya anda terlepas detik yang istimewa.

Dengan kepopularan panggilan kumpulan yang terus meningkat, kami sedang berusaha untuk menambah baik pengalaman bagi pengguna kami - sambil sentiasa memastikan keselamatan serta privasi penyulitan hujung ke hujung.

Hari ini kami ingin memperkenalkan kemampuan untuk menyertai panggilan kumpulan, walaupun setelah ia bermula. Panggilan yang boleh disertai mengurangkan beban dalam menjawab panggilan kumpulan apabila ia bermula, dan membawakan kespontanan dan kemudahan perbualan berhadapan kepada panggilan kumpulan di WhatsApp.

Antara perbualan terhebat berlaku pada waktu yang anda tidak jangkakan. Kini, sekiranya seseorang dalam kumpulan anda terlepas panggilan apabila telefon berdering, mereka masih boleh menyertainya pada bila-bila masa yang mereka mahu. Anda juga boleh keluar dan masuk semula asalkan panggilan tersebut masih berlangsung.

Kami juga telah menciptakan skrin maklumat panggilan supaya anda boleh melihat mereka yang sudah berada di dalam panggilan, dan mereka yang telah dijemput namun belum turut serta. Dan sekiranya anda menekan 'abaikan', anda boleh turut serta kemudian daripada tab panggilan di WhatsApp.

Panggilan boleh disertai akan dilancarkan mulai hari ini dan kami berharap orang ramai mula mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada pengalaman baharu ini.

Anda boleh baca dengan lanjut tentang cara untuk mencubanyadi sini.

19 Julai 2021

TweetKongsi

CDC Spanish Language Vaccine Finder on WhatsApp

We’re honored by the opportunity to support the U.S. government’s sprint to get more Americans vaccinated for COVID-19 before the July 4 holiday, or as soon as they are able to do so.

People of all backgrounds rely on WhatsApp, though we know WhatsApp plays a particularly strong role with Spanish speaking communities in the United States. This new Spanish-language vaccine finder the CDC developed makes it easy to find a location to get the shot, order a free ride to get there, and get information.

It’s amazing what can be done with just a simple text messaging service. Throughout the last year we’ve worked with over 150 governments and health organizations, like WHO and now the CDC, to help counter misinformation, provide updates, and get people vaccinated to end this pandemic. Please help us spread the word to someone you know by tapping https://wa.me/18336361122?text=hola.


Localizador de vacunas de los CDC en WhatsApp disponible en español

Es un honor para nosotros tener la oportunidad de apoyar al gobierno de Estados Unidos en su carrera por lograr que una mayor parte de la ciudadanía se vacune contra el COVID-19 antes de la celebración del 4 de julio, o tan pronto como les sea posible.

Si bien personas de todos los orígenes confían en WhatsApp, sabemos que esta aplicación juega un papel particularmente importante en la comunidad hispanohablante de Estados Unidos. Con el nuevo localizador de vacunas que desarrollaron los Centros para el Control y la Prevención de Enfermedades (CDC, por sus siglas en inglés) y que está disponible en español, será más fácil buscar un lugar donde vacunarse, solicitar un traslado gratuito al centro de vacunación y recibir información.

Es increíble lo que se puede lograr con un simple servicio de mensajería de texto. Durante el último año, trabajamos con más de 150 gobiernos y organizaciones de salud, como la Organización Mundial de la Salud (OMS) y ahora los CDC, para ayudar a contrarrestar la desinformación, ofrecer actualizaciones y lograr que las personas se vacunen para terminar con esta pandemia. Por favor, visita el siguiente enlace y ayúdanos a difundir el mensaje entre tus contactos: https://wa.me/18336361122?text=hola.

June 21, 2021

TweetKongsi

Pengalaman Baharu untuk Menjadikan Pemesejan Perniagaan Lebih Cepat dan Lebih Mudah

Dengan lebih ramai orang beralih ke sembang dengan perniagaan di WhatsApp, hari ini di F8 Refresh, kami mengumumkan kemas kini bagi API WhatsApp Business yang membolehkan perniagaan bermula dengan lebih cepat dan untuk orang ramai bersembang dengan mudah bersama perniagaan ini.

Mulakan dengan lebih cepat di WhatsApp

Kami telah mengurangkan masa yang diperlukan bagi perniagaan untuk beroperasi secara normal daripada beberapa minggu kepada hanya lima minit. Sama ada perniagaan ingin bekerjasama dengan penyedia penyelesaian perniagaan atau untuk mendapat sokongan terus daripada Facebook pada masa hadapan, penambahbaikan ini akan memudahkan perniagaan sederhana dan yang lebih besar untuk mempunyai perbualan pelanggan di WhatsApp.

Terima Maklumat Tambahan daripada Perniagaan

Oleh kerana semakin banyak perniagaan masuk ke WhatsApp, kami telah meningkatkan cara perniagaan berkomunikasi dengan pelanggan mereka. Sebagai contoh, perniagaan sering mempunyai had untuk menghantar pemberitahuan pada masa tertentu, yang menjadikannya sukar untuk membuat susulan dengan pelanggan di luar jangka masa 24 jam. Jadi sekarang kami menyokong lebih banyak jenis mesej -- untuk memaklumkan kepada orang ramai apabila item sudah ada dalam stok, sebagai contoh. Kami juga mendapati bahawa kemas kini berkala daripada pihak berkuasa kesihatan tentang tindak balas terhadap wabak adalah bermanfaat dan kami ingin menyediakan perkhidmatan seperti ini kepada lebih banyak jenis perbualan.

Beri respons kepada Perniagaan dengan Cara Baharu

Kami juga melancarkan ciri pemesejan baharu yang dapat membantu orang ramai untuk mengendalikan perniagaan dengan lebih cepat. Senarai mesej baharu memaparkan menu sehingga 10 pilihan supaya orang ramai tidak perlu lagi menaip respons mereka. Butang balas membolehkan orang ramai untuk membuat pilihan dengan cepat daripada tiga pilihan hanya dengan ketikan cepat yang dapat ditentukan oleh perniagaan terlebih dahulu melalui akaun API WhatsApp Business mereka.

Seperti biasa, sembang tetap dalam kawalan pengguna. Orang ramai masih perlu menghubungi untuk memulakan perbualan atau meminta perniagaan menghubungi mereka melalui WhatsApp. Dengan kemas kini ini, kami juga menyediakan cara baharu bagi orang ramai untuk memberi maklum balas yang lebih ketara tentang pengalaman yang mereka lalui jika mereka mempunyai alasan untuk menyekat perniagaan.

Kami mahu WhatsApp menjadi cara yang paling mudah dan peribadi bagi orang ramai dan perniagaan untuk berhubung, dan kami teruja dengan pengalaman baharu yang kami cipta untuk meningkatkan pemesejan perniagaan.

2 Jun 2021

TweetKongsi
Halaman Selepas

WHATSAPP

Ciri-ciri

Keselamatan

Muat Turun

WhatsApp Web

Perniagaan

Privasi

SYARIKAT

Perihal

Kerjaya

Pusat Jenama

Berhubunglah

Blog

Cerita WhatsApp

MUAT TURUN

Mac/PC

Android

iPhone

BANTUAN

Pusat Info

Twitter

Facebook

Koronavirus

2022 © WhatsApp LLC

Terma & Privasi