Langkau untuk ke kandungan
  • Halaman Utama
    • Mesej secara peribadiKekal berhubungBina komunitiLuahkan diri andaWhatsApp untuk perniagaan
  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
Muat Turun
Dasar Terma & Privasi2023 © WhatsApp LLC
Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsApp
    • Mesej secara peribadi

      Penyulitan hujung ke hujung dan kawalan privasi.

    • Kekal berhubung

      Mesej dan panggilan secara percuma* di seluruh dunia.

    • Bina komuniti

      Perbualan kumpulan menjadi mudah.

    • Luahkan diri anda

      Nyatakan dengan pelekat, suara, GIF dan banyak lagi.

    • WhatsApp Business

      Hubungi pelanggan anda di mana-mana sahaja.

  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
WhatsApp WebMuat turun
WhatsApp Blog

Mencipta Pengalaman Baharu untuk Orang Ramai dan Perniagaan di WhatsApp

Hari ini pada acara Perbualan global kami di Mumbai, kami memperkenalkan beberapa ciri baharu yang akan membantu dalam mempercepat cara menyelesaikan urusan dengan perniagaan dalam sembang WhatsApp.

Pengalaman Sembang Lebih Pantas dengan Flows

Kami melancarkan Flows supaya perniagaan boleh menawarkan lebih banyak pengalaman seperti memilih tempat duduk kereta api, memesan makanan atau menempah janji temu anda dengan cepat tanpa meninggalkan sembang anda. Dengan Flows, perniagaan akan dapat menyediakan pelbagai menu dan borang boleh suai yang menyokong keperluan yang berbeza. Kami akan menyediakan Flows kepada perniagaan di seluruh dunia menggunakan Platform WhatsApp Business dalam beberapa minggu akan datang.

Pilih Perkhidmatan Pembayaran anda

Kami memudahkan urusan melengkapkan pembelian secara terus dalam sembang. Mulai hari ini, orang ramai di India boleh menambah item pada troli mereka dan menghantar pembayaran menggunakan kaedah pilihan mereka daripada semua aplikasi UPI, kad debit dan kredit yang disokong serta banyak lagi. Kami teruja untuk bekerjasama dengan rakan kongsi Razorpay dan PayU untuk membuat pembayaran bagi sesuatu urusan yang semudah menghantar mesej.

Perniagaan Meta Verified di WhatsApp

Kami membolehkan perniagaan menerima penentusahan daripada Meta, yang membantu anda mengetahui bahawa anda sedang bersembang dengan perniagaan yang betul. Untuk menjadi Meta Verified, perniagaan akan mempamerkan kesahihan mereka kepada Meta dan sebagai balasan, menerima akan lencana ditentusahkan, sokongan akaun dipertingkat dan perlindungan penyamaran. Untuk perniagaan yang berminat untuk mendaftar, Meta Verified disertakan dengan ciri premium tambahan termasuk keupayaan mencipta halaman WhatsApp tersuai yang mudah ditemukan melalui carian web dan sokongan berbilang peranti supaya berbilang pekerja boleh memberikan respons kepada pelanggan. Kami akan mula menguji Meta Verified tidak lama lagi dengan perniagaan kecil menggunakan aplikasi WhatsApp Business sebelum diperkenalkan kepada perniagaan pada Platform WhatsApp Business pada masa hadapan.

Kami teruja untuk terus membina ciri hebat untuk perniagaan bagi meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan tawaran lain yang disediakan oleh mereka kepada orang ramai, dan tidak sabar-sabar mahu mendengar cara kemas kini baharu ini membantu dalam menjalinkan sambungan, membina hubungan dan menyelesaikan lebih banyak perkara.

20 September 2023

TweetKongsi

Saluran WhatsApp Akan Menjadi Global

Hari ini kami tidak sabar mahu melancarkan Saluran WhatsApp ke lebih 150 buah negara dan menyampaikan cara peribadi untuk menerima kemas kini yang penting buat anda. Kami mengalu-alukan ribuan organisasi, pasukan sukan, artis dan pemimpin pendapat yang boleh diikuti oleh orang ramai, secara terus dalam WhatsApp.

Jika anda masih baru menggunakan Saluran, matlamat kami adalah untuk membina perkhidmatan penyiaran yang paling peribadi. Saluran adalah berasingan daripada sembang anda dan orang yang anda pilih untuk ikuti tidak dapat dilihat oleh pengikut lain. Kami juga melindungi maklumat peribadi kedua-dua pihak pentadbir dan pengikut.

Kami menghargai semua maklum balas positif daripada permulaan awal kami di sepuluh buah negara. Semasa kami mengembangkan Saluran ke seluruh dunia, kami memperkenalkan kemas kini berikut:

  • Direktori Dipertingkat - kini anda boleh mencari saluran untuk diikuti yang ditapis secara automatik mengikut negara anda. Anda juga boleh melihat saluran yang baharu, paling aktif dan popular berdasarkan bilangan pengikut.
  • Reaksi - anda boleh bertindak balas menggunakan emoji untuk memberikan maklum balas dan melihat kiraan jumlah reaksi. Cara anda bereaksi tidak akan ditunjukkan kepada pengikut.
  • Penyuntingan - tidak lama lagi, pentadbir akan dapat membuat perubahan pada Kemas Kini mereka hingga 30 hari, apabila kami memadamkan perubahan itu secara automatik daripada pelayan kami.
  • Pemajuan - setiap kali anda memajukan Kemas Kini ke sembang atau kumpulan, kemas kini tersebut akan menyertakan pautan kembali ke saluran supaya orang ramai boleh mengetahui dengan lebih lanjut.

Ini hanyalah permulaan dan kami akan terus menambah lebih banyak ciri dan mengembangkan Saluran berdasarkan maklum balas yang kami dapat daripada pengguna. Dalam beberapa bulan akan datang, kami juga akan membolehkan sesiapa sahaja mencipta saluran.

Jika anda ingin mendengar lebih lanjut tentang kemas kini produk secara terus daripada kami, kami kini juga telah melancarkan Saluran WhatsApp rasmi untuk memastikan anda mendapat maklumat terkini tentang ciri yang sedang kami bina.

13 September 2023

TweetKongsi

Aplikasi WhatsApp untuk Mac baharu; kini dengan panggilan kumpulan

Awal tahun ini, kami memperkenalkan aplikasi WhatsApp untuk desktop Windows yang baharu dan kami kini membawakan pengalaman dipertingkat yang sama kepada pengguna Mac.

Dengan aplikasi WhatsApp untuk Mac yang baharu, anda kini boleh membuat panggilan kumpulan daripada Mac anda buat kali pertama, berhubung dengan seramai 8 orang dalam panggilan video dan seramai 32 orang dalam panggilan audio. Kini anda boleh menyertai panggilan kumpulan selepas dimulakan, melihat sejarah panggilan anda dan memilih untuk menerima pemberitahuan panggilan masuk walaupun semasa aplikasi ditutup.

Aplikasi ini direka bentuk semula supaya serasi dengan pengguna Mac, membantu anda menyelesaikan lebih banyak tugas dengan lebih pantas apabila menggunakan WhatsApp pada skrin besar. Anda kini boleh berkongsi fail dengan cara seret dan lepas ke dalam sembang secara mudah, serta boleh melihat lebih banyak sejarah sembang anda.

Seperti semasa menggunakan WhatsApp pada sebarang peranti, WhatsApp untuk Mac memastikan mesej dan panggilan peribadi anda kekal sulit merentasi peranti dengan penyulitan hujung ke hujung. Cuba sendiri aplikasi baharu ini yang tersedia untuk dimuat turun daripada WhatsApp.com dan akan datang ke App Store tidak lama lagi.

29 Ogos 2023

TweetKongsi

Memperkenalkan Mesej Video Segera

Mesej suara di WhatsApp mengubah cara orang ramai berkomunikasi dengan menyediakan saluran yang cepat dan selamat untuk berkongsi suara anda. Kami berasa teruja untuk membangunkan ciri ini dengan mesej video segera baharu. Kini anda boleh merakam dan berkongsi video peribadi pendek secara terus melalui sembang.

Mesej video ialah ciri masa sebenar untuk membalas sembang dengan apa-apa yang ingin anda katakan dan tunjukkan dalam tempoh 60 saat. Kami berpendapat ini akan menjadi cara yang menyeronokkan untuk berkongsi detik dengan semua emosi yang ditunjukkan melalui video, sama ada mengucapkan selamat hari jadi kepada seseorang, bergelak ketawa atau mengkhabarkan berita baik.

Menghantar mesej video adalah semudah menghantar mesej suara. Hanya ketik untuk bertukar kepada mod video dan tahan untuk merakam video. Anda juga boleh meleret ke atas untuk mengunci dan merakam video bebas tangan. Video akan dimainkan secara automatik dalam keadaan bisu apabila dibuka dalam sembang dan mengetik pada video akan menghidupkan bunyi. Mesej video dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung untuk memastikan mesej anda selamat.

Mesej video telah mula dilancarkan dan akan tersedia untuk semua orang dalam beberapa minggu akan datang.

27 Julai 2023

TweetKongsi

Ciri Privasi Baharu: Senyapkan Pemanggil Tidak Diketahui dan Semakan Privasi

Usaha melindungi privasi mesej anda kekal sebagai pemacu di sebalik ciri yang kami bangunkan di WhatsApp. Walaupun Penyulitan hujung ke hujung ialah asas untuk memastikan panggilan dan mesej anda selamat, kami terus menambah lebih banyak lapisan privasi termasuk Kunci Sembang yang dilancarkan baru-baru ini bagi melindungi sembang sensitif di sebalik kata laluan, Mesej Menghilang yang lenyap, penyekatan tangkapan skrin untuk Lihat Sekali, serta keupayaan untuk memastikan kerahsiaan kehadiran dalam talian anda.

Hari ini, kami teruja untuk menambah dua kemas kini baharu pada senarai yang semakin bertambah ini: Senyapkan Pemanggil Tidak Diketahui dan Semakan Privasi, yang kini tersedia kepada pengguna.

Senyapkan Pemanggil Tidak Diketahui dibuat untuk memberi anda privasi dan kawalan sepenuhnya ke atas panggilan masuk anda. Ciri ini membantu penyaringan spam, komplot penipuan dan panggilan secara automatik daripada orang yang tidak dikenali bagi meningkatkan perlindungan. Panggilan ini tidak akan berdering pada telefon anda, tetapi akan kelihatan dalam senarai Panggilan anda, sekiranya panggilan itu daripada seseorang yang penting.

Untuk menghebahkan usaha ini, kami memperkenalkan Semakan Privasi bagi memastikan semua orang tahu tentang pilihan perlindungan di WhatsApp.

Ciri langkah demi langkah ini membimbing anda tentang tetapan privasi yang penting untuk membantu anda memilih tahap perlindungan yang betul, semuanya di satu tempat. Langkah memilih 'Mulakan semakan' dalam tetapan Privasi anda akan membawa anda meneliti berbilang lapisan privasi yang mengukuhkan keselamatan mesej, panggilan dan maklumat peribadi anda.

Langkah melindungi komunikasi peribadi anda adalah penting kerana kami tahu setiap orang memerlukan ruang yang selamat untuk berkomunikasi. Kami membawa mesej ini ke seluruh dunia melalui cara baharu untuk menyampaikan sebab ciri ini sangat penting. Mulai minggu ini, kami menggalakkan agar orang ramai saling bertanya khabar dengan selamat menerusi mesej peribadi supaya rakan dan orang tersayang tahu bahawa mereka mempunyai ruang yang selamat untuk meluahkan perasaan.

20 Jun 2023

TweetKongsi

Memperkenalkan Saluran WhatsApp. Cara Peribadi untuk Mengikuti Perkara Yang Penting

Hari ini kami teruja untuk memperkenalkan Saluran: cara yang mudah, boleh dipercayai dan peribadi untuk menerima kemas kini penting daripada orang dan organisasi, terus dalam WhatsApp. Kami sedang membina Saluran dalam tab baharu yang digelar Kemas Kini - iaitu ruang anda akan menemukan Status dan saluran yang anda pilih untuk ikuti - berasingan daripada sembang anda dengan keluarga, rakan dan komuniti.

Saluran ialah alat siaran sehala untuk pentadbir menghantar teks, foto, video, pelekat dan tinjauan. Untuk membantu anda memilih saluran untuk diikuti, kami sedang membina direktori yang boleh dicari yang membolehkan anda menemukan hobi, pasukan sukan, kemas kini daripada pegawai tempatan dan banyak lagi. Anda juga boleh pergi ke saluran daripada pautan jemputan yang dihantar dalam sembang, e-mel atau disiarkan dalam talian.

Kami bercita-cita untuk membina perkhidmatan penyiaran paling peribadi yang tersedia. Langkah ini bermula dengan melindungi maklumat peribadi kedua-dua pentadbir dan pengikut. Sebagai pentadbir saluran, nombor telefon dan foto profil anda tidak akan dipaparkan kepada pengikut. Begitu juga, tindakan mengikuti saluran tidak akan mendedahkan nombor telefon anda kepada pentadbir atau pengikut lain. Orang yang anda pilih untuk ikuti ialah pilihan anda dan bersifat peribadi.

Sama seperti cara kami membina pemesejan, kami percaya bahawa kemas kini Saluran tidak perlu dikekalkan. Jadi kami hanya akan menyimpan sejarah saluran pada pelayan kami selama 30 hari dan kami akan menambah cara supaya kemas kini menghilang dengan lebih pantas daripada peranti pengikut. Pentadbir turut akan mempunyai pilihan untuk menyekat tangkapan skrin dan pemajuan daripada saluran mereka.

Akhir sekali, kami akan membolehkan pentadbir memutuskan orang yang dapat mengikuti saluran mereka dan sama ada mereka menghendaki saluran mereka boleh ditemukan dalam direktori ataupun tidak. Memandangkan matlamat Saluran adalah untuk mencapai penonton yang luas, maka saluran tidak disulitkan hujung ke hujung secara lalai. Kami berpendapat mungkin ada beberapa kes saluran yang disulitkan dari hujung ke hujung kepada penonton terhad yang mungkin wajar, seperti organisasi tanpa untung atau kesihatan dan kami juga sedang meneroka ini sebagai pilihan masa hadapan.

Untuk memulakan Saluran, kami teruja untuk bekerjasama dengan tokoh global terkemuka dan organisasi terpilih di Colombia dan Singapura, iaitu tempat Saluran akan tersedia untuk kali pertama, bagi membina, mempelajari dan menyesuaikan pengalaman. Kami akan membawa Saluran ke lebih banyak negara dan keupayaan untuk sesiapa sahaja mencipta saluran dalam beberapa bulan akan datang.

Kami juga percaya terdapat peluang untuk menyokong pentadbir dengan menyediakan laluan untuk mereka membina perniagaan pada saluran mereka menggunakan perkhidmatan pembayaran kami yang sentiasa berkembang serta keupayaan untuk mempromosikan saluran tertentu dalam direktori bagi meningkatkan kesedaran.

Secara umum, pemesejan peribadi dalam kalangan rakan, keluarga dan komuniti akan terus menjadi cara orang ramai menggunakan WhatsApp dan itu akan sentiasa menjadi keutamaan kami. Pembinaan saluran merupakan langkah besar yang diminta oleh pengguna kami untuk dilaksanakan selama bertahun-tahun. Kami berpendapat sudah tiba masanya untuk memperkenalkan alat penyiaran yang ringkas, boleh dipercayai dan peribadi dan kami berharap anda menikmati penggunaan ciri ini pada bulan dan tahun akan datang.

8 Jun 2023

TweetKongsi

Kini anda boleh menyunting mesej WhatsApp anda

Sekiranya anda membuat kesilapan atau mengubah fikiran, anda kini boleh menyunting mesej yang anda telah hantar.

Daripada membetulkan kesalahan ejaan mudah hingga menambahkan konteks tambahan pada mesej, kami teruja untuk memberi anda lebih banyak kawalan ke atas sembang anda. Anda hanya perlu menekan lama pada mesej yang dihantar dan memilih 'Sunting' daripada menu selama lima belas minit selepas itu.

Mesej yang disunting akan memaparkan 'disunting' pada mesej, maka orang yang menerima mesej daripada anda akan menyedari pembetulan itu tanpa menunjukkan sejarah suntingan. Seperti semua mesej, media dan panggilan peribadi, mesej anda dan suntingan yang anda buat dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung.

Ciri ini telah mula dilancarkan kepada pengguna di seluruh dunia dan akan tersedia kepada semua orang dalam beberapa minggu akan datang.

22 Mei 2023

TweetKongsi

Kunci Sembang: Menjadikan perbualan intim anda lebih peribadi

Keghairahan kami adalah mencari cara baharu bagi memastikan mesej anda peribadi dan dilindungi. Hari ini, kami berasa teruja untuk membawakan kepada anda ciri baharu yang kami panggil Kunci Sembang, yang membolehkan anda melindungi perbualan intim anda di sebalik satu lagi lapisan keselamatan.

Penguncian sembang akan mengeluarkan bebenang tersebut daripada peti masuk dan diletakkan di sebalik folder tersendiri yang hanya boleh diakses dengan kata laluan atau biometrik peranti anda, seperti cap jari. Ini juga secara automatik turut menyembunyikan kandungan sembang itu dalam pemberitahuan.

Kami berpendapat ciri ini sesuai untuk orang yang perlu berkongsi telefon mereka dengan ahli keluarga dari masa ke masa atau sewaktu orang lain memegang telefon anda pada saat sembang istimewa terpapar. Anda boleh mengunci sembang dengan mengetik nama perseorangan atau kumpulan dan memilih pilihan kunci. Untuk mendedahkan sembang ini, tarik peti masuk anda perlahan-lahan dan masukkan kata laluan atau biometrik telefon anda.

Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, kami akan menambah lebih banyak pilihan untuk Kunci Sembang, termasuk mengunci peranti pasangan dan mencipta kata laluan tersuai bagi sembang anda supaya anda boleh menggunakan kata laluan unik yang berbeza daripada kata laluan yang anda gunakan untuk telefon anda.

Beritahu rakan anda tentang Kunci Sembang yang sedang dilancarkan sekarang.

15 Mei 2023

TweetKongsi

Kemas kini baharu untuk Tinjauan dan perkongsian dengan kapsyen di WhatsApp

Sambil kami terus membaharui aplikasi, hari ini kami berkongsi beberapa ciri baharu yang datang ke WhatsApp yang kami harap akan menjadikan sembang lebih produktif dan menyeronokkan.

Kemas kini baharu pada Tinjauan

Kami memperkenalkan tiga kemas kini baharu untuk tinjauan bagi membantu kumpulan mengumpulkan maklumat dan membuat keputusan bersama-sama.

  • Cipta tinjauan undian tunggal: Apabila anda memerlukan jawapan yang pasti, kami memperkenalkan pilihan untuk pencipta tinjauan bagi membenarkan orang ramai mengundi sekali sahaja. Hanya matikan 'benarkan berbilang jawapan' semasa mencipta tinjauan.
  • Cari tinjauan dalam sembang anda: Pada kebiasaannya tinjauan tidak akan dijawab serta-merta dan mungkin sukar untuk mencari tinjauan dalam sembang pada masa akan datang. Kini, anda boleh menapis mesej mengikut tinjauan, sama seperti yang boleh anda lakukan untuk foto, video atau pautan. Pada skrin 'Sembang', tekan 'Cari' dan kemudian 'Tinjauan' untuk mencari senarai semua keputusan.
  • Kekal maklum tentang keputusan tinjauan: Anda kini akan menerima pemberitahuan apabila orang ramai mengundi pada tinjauan anda, supaya anda boleh mengikuti perkembangan respons terkini dengan mudah.

Memajukan dengan Kapsyen

Berkongsi foto di WhatsApp ialah salah satu cara paling mudah untuk memastikan rakan dan keluarga sentiasa maklum tentang kehidupan anda dan keupayaan untuk memajukan media bermakna anda boleh berkongsi semula imej dengan cepat daripada satu kumpulan sambungan kepada yang lain. Tetapi kadangkala anda mungkin tidak mempunyai masa untuk menambah konteks sebelum seseorang memberikan respons.

Kini apabila anda memajukan media yang mempunyai kapsyen, anda mempunyai pilihan untuk menyimpan, memadam atau menulis semula sepenuhnya untuk memberikan maklumat tambahan apabila berkongsi foto antara sembang. Anda juga boleh menambah kapsyen pada foto dan video apabila anda memajukan perkara tersebut.

Berkongsi Dokumen dengan Kapsyen

Sama seperti semasa berkongsi imej atau video, dokumen yang anda kongsi mungkin memerlukan sedikit penjelasan. Sama ada semasa menghantar artikel akhbar atau dokumen kerja, kini anda mempunyai pilihan untuk menambah kapsyen sebelum berkongsi.

Kemas kini ini telah mula dilancarkan kepada pengguna secara global dan akan tersedia untuk semua orang dalam beberapa minggu akan datang.

4 Mei 2023

TweetKongsi
Halaman Seterusnya
Muat Turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsAppMuat Turun
Perkara yang kami lakukanCiriBlogKeselamatanUntuk Perniagaan
Diri kamiPerihal kamiKerjayaPusat JenamaPrivasi
Gunakan WhatsAppAndroidiPhoneMac/PCWhatsApp Web
Perlukan bantuan?Hubungi KamiPusat BantuanKoronavirusNasihat Keselamatan
Muat Turun

2023 © WhatsApp LLC

Dasar Terma & Privasi