15 Mei 2023
Keghairahan kami adalah mencari cara baharu bagi memastikan mesej anda peribadi dan dilindungi. Hari ini, kami berasa teruja untuk membawakan kepada anda ciri baharu yang kami panggil Kunci Sembang, yang membolehkan anda melindungi perbualan intim anda di sebalik satu lagi lapisan keselamatan.
Penguncian sembang akan mengeluarkan bebenang tersebut daripada peti masuk dan diletakkan di sebalik folder tersendiri yang hanya boleh diakses dengan kata laluan atau biometrik peranti anda, seperti cap jari. Ini juga secara automatik turut menyembunyikan kandungan sembang itu dalam pemberitahuan.
Kami berpendapat ciri ini sesuai untuk orang yang perlu berkongsi telefon mereka dengan ahli keluarga dari masa ke masa atau sewaktu orang lain memegang telefon anda pada saat sembang istimewa terpapar. Anda boleh mengunci sembang dengan mengetik nama perseorangan atau kumpulan dan memilih pilihan kunci. Untuk mendedahkan sembang ini, tarik peti masuk anda perlahan-lahan dan masukkan kata laluan atau biometrik telefon anda.
Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, kami akan menambah lebih banyak pilihan untuk Kunci Sembang, termasuk mengunci peranti pasangan dan mencipta kata laluan tersuai bagi sembang anda supaya anda boleh menggunakan kata laluan unik yang berbeza daripada kata laluan yang anda gunakan untuk telefon anda.
Beritahu rakan anda tentang Kunci Sembang yang sedang dilancarkan sekarang.
Sambil kami terus membaharui aplikasi, hari ini kami berkongsi beberapa ciri baharu yang datang ke WhatsApp yang kami harap akan menjadikan sembang lebih produktif dan menyeronokkan.
Kemas kini baharu pada Tinjauan
Kami memperkenalkan tiga kemas kini baharu untuk tinjauan bagi membantu kumpulan mengumpulkan maklumat dan membuat keputusan bersama-sama.
Memajukan dengan Kapsyen
Berkongsi foto di WhatsApp ialah salah satu cara paling mudah untuk memastikan rakan dan keluarga sentiasa maklum tentang kehidupan anda dan keupayaan untuk memajukan media bermakna anda boleh berkongsi semula imej dengan cepat daripada satu kumpulan sambungan kepada yang lain. Tetapi kadangkala anda mungkin tidak mempunyai masa untuk menambah konteks sebelum seseorang memberikan respons.
Kini apabila anda memajukan media yang mempunyai kapsyen, anda mempunyai pilihan untuk menyimpan, memadam atau menulis semula sepenuhnya untuk memberikan maklumat tambahan apabila berkongsi foto antara sembang. Anda juga boleh menambah kapsyen pada foto dan video apabila anda memajukan perkara tersebut.
Berkongsi Dokumen dengan Kapsyen
Sama seperti semasa berkongsi imej atau video, dokumen yang anda kongsi mungkin memerlukan sedikit penjelasan. Sama ada semasa menghantar artikel akhbar atau dokumen kerja, kini anda mempunyai pilihan untuk menambah kapsyen sebelum berkongsi.
Kemas kini ini telah mula dilancarkan kepada pengguna secara global dan akan tersedia untuk semua orang dalam beberapa minggu akan datang.
Tahun lepas, kami memperkenalkan keupayaan bagi para pengguna di seluruh dunia untuk menghantar mesej dengan lancar merentasi semua peranti mereka*, sambil mengekalkan tahap privasi dan keselamatan yang sama.
Hari ini, kami menambah baik lagi tawaran berbilang peranti kami dengan memperkenalkan keupayaan untuk menggunakan akaun WhatsApp yang sama pada berbilang telefon.
Ciri yang sangat diminta oleh pengguna, kini anda boleh memautkan telefon anda sebagai salah satu peranti hingga empat peranti tambahan, sama seperti semasa anda memautkan WhatsApp pada pelayar web, tablet dan desktop. Setiap telefon yang dipautkan bersambung ke WhatsApp secara bebas, memastikan mesej peribadi, media dan panggilan anda disulitkan dari hujung ke hujung, serta jika peranti utama anda tidak aktif untuk tempoh yang lama, kami akan mengelog anda keluar secara automatik daripada semua peranti pasangan.
Memautkan telefon sebagai peranti pasangan menjadikan pemesejan lebih mudah. Sekarang anda boleh bertukar antara telefon tanpa mendaftar keluar dan meneruskan sembang di tempat anda berhenti. Atau jika anda pemilik perniagaan kecil, pekerja tambahan kini boleh membalas kepada pelanggan terus daripada telefon mereka di bawah akaun WhatsApp Business yang sama.
Kemas kini ini telah mula dilancarkan kepada pengguna di seluruh dunia dan akan tersedia kepada semua orang dalam beberapa minggu lagi.
Selain itu, dalam beberapa minggu lagi, kami akan memperkenalkan cara alternatif dan lebih mudah untuk memautkan ke peranti pasangan. Kini anda boleh memasukkan nombor telefon anda di WhatsApp Web untuk menerima kod sekali sahaja, yang boleh anda gunakan pada telefon anda untuk mendayakan pemautan peranti dan bukan lagi perlu mengimbas kod QR. Kami berharap untuk memperkenalkan ciri ini kepada lebih banyak peranti pasangan pada masa hadapan.
* Dalam Bahasa Inggeris
Dengan Mesej Menghilang perbualan tidak perlu disimpan selama-lamanya – sama seperti perbincangan secara peribadi. Walaupun lapisan privasi tambahan ini melindungi mesej daripada jatuh ke tangan yang salah, kadangkala terdapat nota suara atau maklumat penting yang anda ingin simpan sekali-sekala.
Hari ini kami memperkenalkan "Simpan dalam Sembang," supaya anda boleh meneruskan teks yang anda perlukan untuk kemudian hari, dengan kuasa besar istimewa untuk pengirim. Kami percaya jika anda telah menghantar mesej tersebut, anda boleh memilih sama ada orang lain yang ada dalam sembang dapat menyimpan mesej tersebut untuk kemudian hari.
Untuk menjadikan pilihan ini berfungsi, pengirim akan dimaklumkan apabila seseorang menyimpan mesej tersebut dan pengirim akan mempunyai hak mutlak untuk keputusan tersebut. Jika anda telah memutuskan agar mesej anda tidak boleh disimpan oleh orang lain, keputusan anda adalah muktamad, orang lain tidak boleh menyimpan mesej tersebut dan mesej itu akan dipadamkan apabila pemasa luput. Dengan cara ini, keputusan akhir agar mesej yang anda hantar dilindungi terletak di tangan anda.
Mesej yang telah anda simpan di WhatsApp anda akan dicatat dengan ikon penanda halaman dan anda boleh melihat mesej ini, disusun mengikut sembang, dalam folder Mesej Disimpan.
Kami berharap orang ramai menikmati kemas kini baharu ini dan fleksibiliti untuk menyimpan mesej yang mereka perlukan. Fungsi ini akan dilancarkan secara global dalam beberapa minggu lagi.
Apabila kami berkongsi perkara yang kami usahakan di sini, pada kebiasaannya adalah mengenai ciri atau produk baharu yang kami bina. Hari ini kami menulis tentang perkembangan yang membimbangkan di United Kingdom yang semua orang perlu tahu.
Kerajaan UK sedang mempertimbangkan undang-undang baharu yang membuka pintu untuk cuba memaksa syarikat teknologi memecahkan penyulitan hujung ke hujung pada perkhidmatan pemesejan peribadi. Undang-undang tersebut memberikan kuasa kepada pegawai yang bukan dipilih untuk melemahkan privasi berbilion orang di seluruh dunia.
Kami rasa tiada mana-mana syarikat, kerajaan atau orang yang harus diberikan kuasa untuk membaca mesej peribadi anda dan kami akan terus mempertahankan teknologi penyulitan ini. Kami berbangga untuk berdiri bersama syarikat teknologi lain dalam industri untuk kami menolak bahagian yang bertentangan dengan undang-undang ini yang akan menjadikan orang ramai di UK dan di seluruh dunia kurang selamat.
—
Kepada sesiapa sahaja yang mementingkan keselamatan dan privasi di internet.
Sebagai perkhidmatan komunikasi yang disulitkan hujung ke hujung, kami menggesa Kerajaan UK menangani risiko yang ditimbulkan oleh Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian kepada privasi dan keselamatan semua orang. Masih belum terlambat untuk memastikan Rang Undang-undang itu sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk melindungi penyulitan hujung ke hujung dan menghormati hak privasi manusia.
Di seluruh dunia, perniagaan, individu dan kerajaan menghadapi ancaman berterusan daripada tipu daya dalam talian, penipuan dan kecurian data. Penjenayah dan negara bermusuhan secara rutin mencabar keselamatan infrastruktur kritikal kami. Penyulitan hujung-ke-hujung ialah salah satu pertahanan yang paling kukuh terhadap ancaman ini dan apabila institusi penting semakin bergantung pada teknologi internet untuk menjalankan operasi teras, risikonya harus menjadi rendah.
Seperti yang digubal pada masa ini, Rang Undang-undang itu boleh memecahkan penyulitan hujung ke hujung, membuka pintu kepada pengawasan rutin, umum dan sembarangan terhadap mesej peribadi rakan, ahli keluarga, pekerja, eksekutif, wartawan, aktivis hak asasi manusia dan juga ahli politik itu sendiri, yang akan secara asasnya menjejaskan keupayaan setiap orang untuk berkomunikasi dengan selamat.
Rang Undang-undang tidak memberikan perlindungan yang jelas untuk penyulitan dan jika dilaksanakan seperti yang tertulis, boleh memberi kuasa kepada OFCOM untuk cuba memaksa pengimbasan proaktif mesej peribadi pada perkhidmatan komunikasi yang disulitkan hujung ke hujung - membatalkan tujuan penyulitan hujung ke hujung sebagai akibat dan menjejaskan privasi semua pengguna.
Ringkasnya, Rang Undang-undang tersebut menimbulkan ancaman yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap privasi, keselamatan dan jaminan setiap warga UK dan orang yang berkomunikasi dengan mereka di seluruh dunia, sambil mendorong kemungkinan kerajaan yang bermusuhan untuk berusaha untuk merangka undang-undang yang sama.
Penyokong mengatakan bahawa mereka menghargai kepentingan penyulitan dan privasi sambil mendakwa bahawa mereka mungkin mengawasi mesej semua orang tanpa menjejaskan penyulitan hujung ke hujung. Hakikatnya adalah bahawa perkara ini tidak mungkin terjadi.
Kami bukan satu-satunya entiti yang berkongsi kebimbangan mengenai Rang Undang-undang UK. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memberi amaran bahawa usaha Kerajaan UK untuk mengenakan syarat pintu belakang bagi membentuk "perubahan paradigma yang menimbulkan pelbagai masalah serius dengan akibat yang mengerikan".
Malah Kerajaan UK sendiri telah mengakui bahawa risiko privasi yang ditimbulkan oleh teks Rang Undang-undang tersebut, tetapi telah mengatakan "niat"nya bukan untuk Rang Undang-undang itu ditafsirkan dengan cara ini.
Pembekal global produk dan perkhidmatan yang disulitkan hujung ke hujung tidak boleh melemahkan keselamatan produk dan perkhidmatan mereka agar sesuai dengan kerajaan masing-masing. Tidak boleh ada "internet British," atau versi penyulitan hujung ke hujung yang khusus untuk UK.
Kerajaan UK mesti memikirkan semula Rang Undang-undang dengan segera, membuat semakan untuk menggalakkan syarikat menawarkan lebih privasi dan keselamatan kepada para penduduk, bukan sebaliknya. Melemahkan penyulitan, menjejaskan privasi dan memperkenalkan pengawasan besar-besaran terhadap komunikasi peribadi orang ramai bukanlah cara untuk maju ke hadapan.
Ditandatangani oleh mereka yang mengambil berat tentang memastikan perbualan kita selamat:
Matthew Hodgson, Ketua Pegawai Eksekutif, Element
Alex Linton, Pengarah, OPTF/Session
Meredith Whittaker, Presiden, Signal
Martin Blatter, Ketua Pegawai Eksekutif, Threema
Ofir Eyal, Ketua Pegawai Eksekutif, Viber
Will Cathcart, Ketua Jabatan WhatsApp di Meta
Alan Duric, Ketua Pegawai Teknologi, Wire
Di WhatsApp, kami percaya bahawa mesej anda haruslah sulit dan selamat seperti perbualan secara bersemuka. Melindungi mesej peribadi anda dengan penyulitan hujung ke hujung lalai ialah asas keselamatan itu, dan kami tidak akan berhenti membina ciri baharu untuk memberi anda lapisan privasi tambahan dan lebih kawalan ke atas mesej anda.
Banyak kerja ini berlaku di belakang tabir tanpa anda perlu melakukan apa-apa. Hari ini, kami teruja untuk memberitahu anda tentang beberapa ciri keselamatan tambahan yang akan kami tambahkan dalam beberapa bulan akan datang.
Lindungi Akaun: Jika anda perlu menukar akaun WhatsApp anda ke peranti baharu – kami ingin memastikan bahawa itu benar-benar anda. Mulai sekarang, kami mungkin meminta anda mengesahkan pada peranti lama anda bahawa anda ingin mengambil langkah ini sebagai semakan keselamatan tambahan. Ciri ini boleh membantu bagi memberitahu anda tentang percubaan yang tidak dibenarkan untuk mengalihkan akaun anda ke peranti lain.
Penentusahan Peranti: Perisian hasad peranti mudah alih ialah salah satu ancaman terbesar terhadap privasi dan keselamatan orang ramai pada hari ini kerana perisian hasad dapat menceroboh telefon anda tanpa keizinan anda dan menggunakan WhatsApp anda untuk menghantar mesej yang tidak diingini. Untuk membantu kami mencegah perkara ini, kami telah menambah semakan untuk membantu dalam mengesahkan akaun anda - tanpa memerlukan tindakan daripada anda - dan melindungi anda dengan lebih baik sekiranya peranti anda terjejas. Ini membolehkan anda terus menggunakan WhatsApp tanpa gangguan. Ketahui dengan lebih mendalam dari segi teknikal di sini.*
Kod Keselamatan Automatik: Pengguna kami yang amat mementingkan keselamatan sentiasa dapat memanfaatkan ciri penentusahan kod keselamatan kami, yang membantu kami memastikan anda berbual dengan penerima yang dikehendaki. Anda boleh menyemak perkara ini secara manual dengan pergi ke tab penyulitan di bawah maklumat kenalan. Untuk menjadikan proses ini lebih mudah dan lebih senang diakses oleh semua orang, kami melancarkan ciri keselamatan berdasarkan proses yang dipanggil "Ketelusan Utama" yang membolehkan anda menentusahkan secara automatik bahawa anda mempunyai sambungan yang selamat. Maksudnya, apabila anda mengklik pada tab penyulitan, anda akan dapat menentusahkan dengan segera bahawa perbualan peribadi anda adalah selamat. Bagi mereka yang berminat untuk mendalami dari segi teknikal, klik di sini.*
Ini ialah tiga cara tambahan kami membantu anda melindungi akaun. Walaupun terdapat banyak perkara yang boleh kami lakukan untuk memudahkan keselamatan untuk semua orang, terdapat dua ciri yang hanya boleh anda hidupkan: penentusahan dua langkah dan penggunaan sandaran disulitkan hujung ke hujung. Jika anda sudah menggunakan kedua-duanya, sila beritahu rakan anda tentang perkara tersebut supaya lebih ramai orang boleh mendapat manfaat daripada lapisan keselamatan ini.
Kami berharap orang ramai menikmati peningkatan keselamatan yang ditawarkan oleh ciri ini dan kami juga tidak sabar untuk mengumumkan lebih banyak kemas kini tidak lama lagi.
*Dalam Bahasa Inggeris
Starting today people across Brazil will be able to pay their local small business right within a WhatsApp chat. This seamless and secure checkout experience will be a game-changer for people and small businesses looking to buy and sell on WhatsApp without having to go to a website, open another app or pay in person. We’re rolling out today to a small number of businesses and will be available to many more in the coming months.
In Brazil you can search for a business, browse goods and services, add them to your cart, and make a payment all with just a few taps. We’re excited to finally unlock this ability for people and businesses right within a chat.
It’s now possible to pay for goods and services using Mastercard and Visa debit, credit and pre-paid cards issued by the numerous banks participating in the service. Small businesses using the WhatsApp Business app can link a supported payment partner – such as Cielo, Mercado Pago or Rede – and create an order within the app to securely accept payments from their customers.
Just like every feature in WhatsApp, payments are designed to be secure. Card numbers are encrypted and securely stored, and people are required to create a Payment PIN and use it for each payment. We also offer customer support to ensure help is available, if needed.
We’re excited to hear how this service helps people and small businesses in Brazil connect on WhatsApp, and look forward to bringing it to more types of businesses and countries in the future.
WhatsApp bermula dengan aplikasi mudah alih dan asas tersebut kekal kukuh seperti biasa. Tetapi dengan ratusan juta orang menggunakan WhatsApp pada komputer dan tablet, kami menumpukan usaha untuk menjadikan pengalaman pemesejan dan panggilan merentas peranti lebih baik.
Hari ini, kami memperkenalkan aplikasi WhatsApp serba baharu untuk Windows, tersedia untuk dimuat turun di sini.
Aplikasi desktop Windows baharu dimuatkan dengan lebih pantas dan dibina dengan antara muka yang biasa digunakan oleh pengguna WhatsApp dan Windows. Anda boleh mengehoskan panggilan video kumpulan hingga 8 orang dan panggilan audio hingga 32 orang. Kami akan terus menaikkan had ini dari semasa ke semasa supaya anda sentiasa kekal berhubung dengan rakan, keluarga dan rakan sekerja.
WhatsApp ialah platform terbesar yang menyediakan pengalaman disulitkan hujung ke hujung sepenuhnya yang membolehkan komunikasi rentas platform antara telefon mudah alih, komputer, tablet dan banyak lagi. Ini bermakna mesej peribadi, media dan panggilan anda sentiasa disulitkan hujung ke hujung merentas semua peranti anda.
Sejak memperkenalkan keupayaan berbilang peranti yang baharu, kami telah mendapat maklum balas dan membuat penambahbaikan termasuk pemautan peranti yang lebih pantas dan penyegerakan yang lebih baik merentas peranti, serta ciri baharu seperti pratonton pautan dan pelekat.
Sambil kami terus meningkatkan bilangan peranti yang menyokong WhatsApp, kami baru sahaja memperkenalkan pengalaman beta WhatsApp baharu untuk tablet Android. Kami juga turut melancarkan aplikasi baharu yang lebih pantas untuk desktop Mac yang kini berada pada peringkat awal beta.
Kami berharap untuk membawa WhatsApp ke lebih banyak peranti pada masa hadapan.
Pada tahun lalu, kami melancarkan Komuniti untuk membantu orang ramai memanfaatkan sepenuhnya kumpulan mereka di WhatsApp. Sejak dilancarkan, kami ingin membina lebih banyak alat untuk pentadbir dan pengguna. Hari ini, kami teruja untuk melancarkan beberapa perubahan baharu yang telah kami cipta bagi menjadikan kumpulan lebih mudah diurus untuk pentadbir dan lebih mudah dinavigasi untuk semua orang.
Kawalan baharu untuk pentadbir
Memandangkan semakin ramai orang menyertai komuniti, kami ingin memberi pentadbir kumpulan lebih kawalan ke atas privasi kumpulan mereka, jadi kami telah membina alat mudah yang memberi pentadbir keupayaan untuk memutuskan orang yang boleh menyertai kumpulan. Apabila pentadbir memilih untuk berkongsi pautan jemputan kumpulan mereka, atau menjadikan kumpulan mereka boleh disertai dalam komuniti, mereka kini mempunyai lebih kawalan ke atas orang yang boleh menyertai. Kumpulan ialah tempat untuk orang berbual mesra dan penting bagi pentadbir dapat menentukan dengan mudah orang yang boleh dan tidak boleh menyertai.
Melihat kumpulan bersama dengan mudah
Dengan pertumbuhan Komuniti dan kumpulan mereka yang lebih besar, kami ingin memudahkan anda mengetahui kumpulan bersama yang anda ada dengan seseorang. Sama ada anda cuba mengingati nama kumpulan yang anda tahu anda sertai bersama dengan seseorang atau anda mahu melihat kumpulan yang anda sertai, anda kini boleh membuat carian nama kenalan secara mudah untuk melihat kumpulan bersama anda.
Ciri ini akan mula dilancarkan secara global dalam beberapa minggu akan datang, sementara kami terus membina alat baharu bagi menjadikan kumpulan sebagai pengalaman terbaik untuk pentadbir dan ahli.
Status ialah cara popular untuk berkongsi kemas kini dalam tempoh singkat dengan rakan dan kenalan rapat di WhatsApp. Status akan hilang dalam masa 24 jam dan mungkin termasuk foto, video, GIF, teks dan banyak lagi. Sama seperti sembang dan panggilan peribadi anda, status WhatsApp anda dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung supaya anda boleh berkongsi secara peribadi dan selamat.
Kami teruja untuk menambah satu set ciri baharu pada status di WhatsApp yang memudahkan anda menyatakan diri anda dan berhubung dengan orang lain.
Setiap status yang anda kongsi mungkin tidak selalunya sesuai untuk semua kenalan anda. Kami memberi anda fleksibiliti untuk mengemas kini tetapan privasi bagi setiap status supaya anda boleh memilih orang yang boleh melihat status anda setiap kali anda membuat kemas kini. Pemilihan penonton terkini anda akan disimpan dan digunakan sebagai lalai untuk status anda yang seterusnya.
Kami memperkenalkan keupayaan untuk merakam dan berkongsi mesej suara hingga 30 saat pada status WhatsApp. Status suara boleh digunakan untuk menghantar lebih banyak kemas kini peribadi, terutamanya jika anda berasa lebih selesa menyatakan diri anda dengan bercakap daripada menaip.
Kami menambah reaksi status bagi menyediakan cara yang cepat dan mudah untuk membalas kemas kini status daripada rakan dan kenalan rapat anda. Ini ialah ciri #1 yang dikehendaki oleh pengguna berikutan pelancaran Reaksi pada tahun lepas. Kini anda boleh membalas sebarang status dengan cepat dengan meleret ke atas dan mengetik pada satu daripada lapan emoji. Anda sudah tentu masih boleh membalas status dengan teks, mesej suara, pelekat dan banyak lagi.
Dengan gelang profil status baharu, anda tidak akan terlepas status daripada orang tersayang. Gelang ini akan muncul di sekeliling gambar profil kenalan anda apabila mereka berkongsi kemas kini status. Gelang akan kelihatan dalam senarai sembang, senarai peserta kumpulan dan maklumat hubungan.
Kini apabila anda menyiarkan pautan pada status anda, anda akan melihat pratonton visual kandungan pautan secara automatik, sama seperti semasa anda menghantar mesej. Pratonton visual menjadikan status anda kelihatan lebih baik dan memberikan gambaran yang lebih baik tentang pautan itu kepada kenalan anda sebelum mereka mengklik.
Kemas kini ini telah mula dilancarkan kepada pengguna secara global dan akan tersedia untuk semua orang dalam beberapa minggu akan datang. Kami berharap orang ramai akan menikmati ciri status baharu ini tidak lama lagi.