21 Mac 2023
Pada tahun lalu, kami melancarkan Komuniti untuk membantu orang ramai memanfaatkan sepenuhnya kumpulan mereka di WhatsApp. Sejak dilancarkan, kami ingin membina lebih banyak alat untuk pentadbir dan pengguna. Hari ini, kami teruja untuk melancarkan beberapa perubahan baharu yang telah kami cipta bagi menjadikan kumpulan lebih mudah diurus untuk pentadbir dan lebih mudah dinavigasi untuk semua orang.
Kawalan baharu untuk pentadbir
Memandangkan semakin ramai orang menyertai komuniti, kami ingin memberi pentadbir kumpulan lebih kawalan ke atas privasi kumpulan mereka, jadi kami telah membina alat mudah yang memberi pentadbir keupayaan untuk memutuskan orang yang boleh menyertai kumpulan. Apabila pentadbir memilih untuk berkongsi pautan jemputan kumpulan mereka, atau menjadikan kumpulan mereka boleh disertai dalam komuniti, mereka kini mempunyai lebih kawalan ke atas orang yang boleh menyertai. Kumpulan ialah tempat untuk orang berbual mesra dan penting bagi pentadbir dapat menentukan dengan mudah orang yang boleh dan tidak boleh menyertai.
Melihat kumpulan bersama dengan mudah
Dengan pertumbuhan Komuniti dan kumpulan mereka yang lebih besar, kami ingin memudahkan anda mengetahui kumpulan bersama yang anda ada dengan seseorang. Sama ada anda cuba mengingati nama kumpulan yang anda tahu anda sertai bersama dengan seseorang atau anda mahu melihat kumpulan yang anda sertai, anda kini boleh membuat carian nama kenalan secara mudah untuk melihat kumpulan bersama anda.
Ciri ini akan mula dilancarkan secara global dalam beberapa minggu akan datang, sementara kami terus membina alat baharu bagi menjadikan kumpulan sebagai pengalaman terbaik untuk pentadbir dan ahli.