Walaupun WhatsApp terkenal kerana membawa pemesejan peribadi dan selamat kepada pengguna di seluruh dunia, semakin ramai orang menggunakan WhatsApp sebagai cara untuk berhubung dengan panggilan suara dan video. Sebab itu sepanjang tahun ini kami telah melancarkan beberapa penambahbaikan untuk membuat panggilan di WhatsApp, untuk berhubung dengan insan tersayang, rakan sekerja dan komuniti anda dengan selamat.
Kami telah memperkenalkan ciri baharu untuk berhubung dengan lebih baik sebagai satu kumpulan semasa panggilan:
32 orang membuat panggilan: Sama seperti panggilan suara, anda kini boleh melakukan panggilan video pada telefon bimbit anda dengan hingga 32 orang, empat kali ganda bilangan berbanding dengan sebelum ini
Hantar mesej atau bisukan panggilan peserta: Menekan lama pada peserta akan membesarkan suapan video atau audio dan membolehkan anda membisukan atau menghantar mesej kepada mereka secara berasingan sambil memastikan panggilan berterusan
Pautan panggilan: Sama ada membuat panggilan saat akhir atau merancang lebih awal, anda boleh menjemput orang ke dalam panggilan berkumpulan dengan berkongsi pautan panggilan
Kami juga telah membuat perubahan reka bentuk untuk pengalaman panggilan yang lebih lancar:
Bentuk gelombang berwarna-warni: Kini anda boleh melihat dengan mudah orang yang bercakap jika kamera mereka dimatikan
Pemberitahuan sepanduk dalam panggilan: Lihat apabila seseorang yang baharu menyertai panggilan berkumpulan
Gambar dalam Gambar pada iOS: Kini dalam ujian beta dan dilancarkan pada tahun baharu, lakukan pelbagai tugas dengan mudah semasa membuat panggilan kerana ada skrin video dalam panggilan yang diminimumkan
Seperti biasa, semua panggilan di WhatsApp disulitkan hujung ke hujung secara lalai untuk melindungi privasi dan keselamatan orang ramai.
Kami akan terus membuat penambahbaikan pada tahun hadapan sambil terus menyokong panggilan peribadi berkualiti tinggi di WhatsApp di mana-mana sahaja anda berada.