30 November 2023
Awal tahun ini, kami melancarkan Kunci Sembang untuk membantu orang ramai melindungi perbualan mereka yang lebih sensitif. Hari ini kami melancarkan kod rahsia, iaitu cara tambahan untuk melindungi sembang dan menyukarkan lagi pencarian sembang itu jika seseorang mempunyai akses kepada telefon anda atau anda berkongsi telefon dengan orang lain.
Dengan kod rahsia, anda kini boleh menetapkan kata laluan unik berbeza daripada yang anda gunakan untuk membuka kunci telefon anda bagi memberi sembang terkunci anda lapisan privasi tambahan. Anda akan mempunyai pilihan untuk menyembunyikan folder Sembang Terkunci daripada senarai sembang anda supaya folder tersebut hanya boleh ditemukan dengan menaip kod rahsia anda dalam bar carian. Jika itu tidak sesuai dengan keperluan anda, anda masih boleh memilih untuk memaparkan folder dalam senarai sembang anda. Setiap kali terdapat sembang baharu yang ingin anda kunci, kini anda boleh menekan lama untuk mengunci sembang daripada melawati tetapan sembang itu.
Kami sangat gembira kerana komuniti kami menyukai Kunci Sembang, dan berharap kod rahsia menjadikan Kunci Sembang lebih berguna buat mereka. Kod rahsia mula dilancarkan hari ini, dan akan tersedia di seluruh dunia dalam beberapa bulan akan datang. Kami teruja untuk terus menerapkan lebih banyak fungsi pada Kunci Sembang bagi membantu orang ramai melindungi privasi mereka, jadi beritahu kami pendapat anda.