18 Januari 2018
Orang ramai di seluruh dunia menggunakan WhatsApp untuk berhubung dengan perniagaan kecil yang mereka minati — daripada syarikat pakaian dalam talian di India kepada kedai alat ganti kereta di Brazil. Tetapi WhatsApp dibina untuk orang ramai dan kami mahu meningkatkan pengalaman perniagaan. Sebagai contoh, dengan memudahkan perniagaan memberikan respons kepada pelanggan, memisahkan mesej pelanggan dan peribadi, dan mencipta kehadiran rasmi.
Jadi hari ini kami melancarkan WhatsApp Business — aplikasi Android percuma untuk dimuat turun oleh perniagaan kecil. Aplikasi baharu kami akan memudahkan syarikat berhubung dengan pelanggan dan lebih mudah untuk 1.3 bilion pengguna kami bersembang dengan perniagaan yang penting bagi mereka. Begini caranya:
Orang ramai boleh terus menggunakan WhatsApp seperti biasa — tidak perlu memuat turun apa-apa yang baharu. Orang ramai akan terus mempunyai kawalan penuh ke atas mesej yang mereka terima, dengan keupayaan untuk menyekat sebarang nombor, termasuk perniagaan, serta melaporkan spam.
Lebih 80% perniagaan kecil di India dan Brazil menyatakan bahawa WhatsApp membantu mereka berkomunikasi dengan pelanggan dan mengembangkan perniagaan mereka hari ini (Sumber: kajian Morning Consult). WhatsApp Business akan memudahkan orang ramai berhubung dengan mereka, begitu juga sebaliknya, dengan cara yang pantas dan mudah.
WhatsApp Business tersedia hari ini dan boleh dimuat turun secara Percuma di Google Play di Indonesia, Itali, Mexico, U.K. dan A.S. Aplikasi ini akan dilancarkan di seluruh dunia dalam beberapa minggu akan datang. Ini hanyalah permulaan!