27 September 2023
Pada persidangan tahunan Connect hari ini, Meta mengumumkan beberapa produk dan ciri AI yang akan tersedia di WhatsApp tidak lama lagi.
Kami diilhamkan oleh kemungkinan AI Generatif dan cara AI boleh membantu orang ramai menjadi lebih kreatif, produktif dan terhibur hanya dengan menghantar mesej. Dengan begitu banyak perbualan yang berlaku di WhatsApp, kami ingin membantu orang ramai di seluruh dunia mengakses teknologi yang baru muncul ini.
Sebagai permulaan, kami memperkenalkan tiga perkhidmatan AI baharu yang dikuasakan oleh Meta yang mewakili langkah pertama bagi perkara yang kami jangkakan sebagai laluan percubaan yang panjang untuk kita semua. Mulai hari ini, beberapa pengguna boleh mula menguji perkara berikut dalam sembang dengan rakan dan keluarga:
Bagi mereka yang baru mengenali keupayaan awal AI Generatif, kami telah menyusun beberapa asas tentang cara sistem ini berfungsi untuk melindungi privasi anda. Perkara penting yang perlu diketahui adalah bahawa mesej peribadi anda dengan rakan dan keluarga tidak boleh diakses. AI boleh membaca perkara yang dihantar, namun mesej peribadi anda kekal disulitkan hujung ke hujung, jadi tiada sesiapa pun, termasuk Meta, dapat melihat mesej tersebut.
Selain itu, kami berminat untuk membantu perniagaan meningkatkan kualiti dan kepantasan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka kepada orang ramai melalui AI pilihan mereka. Kami kini bekerja di sebalik tabir dengan beberapa rakan kongsi dan kami akan dapat mengupas perkara ini dalam beberapa bulan akan datang.
Kami akan memastikan semua orang dimaklumkan menerusi aplikasi sambil kami menyediakan alat ini kepada lebih ramai orang dalam lebih banyak bahasa. Kami sangat mengharapkan maklum balas anda dan mendengar tentang perkara yang anda cipta.