Langkau untuk ke kandungan
  • Halaman utama
    • Hantar mesej secara peribadiKekal berhubungBerhubung dalam kumpulanLuahkan diri andaWhatsApp untuk perniagaan
  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Muat turun
Muat turun
Terma & Dasar Privasi2025 © WhatsApp LLC
Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsApp
    • Mesej secara peribadi

      Penyulitan hujung ke hujung dan kawalan privasi.

    • Kekal berhubung

      Mesej dan panggilan secara percuma* di seluruh dunia.

    • Berhubung dalam kumpulan

      Pemesejan kumpulan menjadi mudah.

    • Luahkan diri anda

      Nyatakan dengan pelekat, suara, GIF dan banyak lagi.

    • WhatsApp perniagaan

      Hubungi pelanggan anda di mana-mana sahaja.

  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Aplikasi
Log masukMuat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Kami Sedang Menambah Baik Pemesejan Suara

Semasa kami melancarkan pemesejan suara buat kali pertama pada 2013, kami sedar bahawa ciri ini akan mengubah cara orang berhubung. Dengan mengekalkan reka bentuk yang ringkas, kami telah memudahkan rakaman serta pengiriman mesej suara semudah dan seringkas seperti menulis teks. Setiap hari di WhatsApp, pengguna kami mengirim secara purata 7 bilion mesej suara, kesemuanya dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung supaya kekal peribadi dan selamat pada setiap masa.

Hari ini, kami teruja untuk mengumumkan ciri baharu yang menambah baik pengalaman mesej suara di WhatsApp. Ini termasuk:

  • Main Semula di Luar Sembang: Dengarkan mesej suara di luar sembang supaya anda boleh melaksanakan berbilang tugas atau membaca serta membalas mesej yang lain.
  • Jeda/Sambung Semula Rakaman: Semasa merakamkan mesej suara, anda kini boleh menjeda rakaman dan menyambung semula apabila bersedia, sekiranya anda terganggu atau perlu memikirkan sesuatu.
  • Pembayang Bentuk Gelombang: Memaparkan gambaran visual bagi bunyi pada mesej suara untuk membantu anda mengikuti rakaman.
  • Pratonton Draf: Dengarkan mesej suara anda sebelum dihantar.
  • Ingati Main Semula: Sekiranya anda menjeda ketika mendengarkan mesej suara, anda boleh main semula pada detik jeda ketika kembali pada sembang.
  • Main Semula Cepat pada Mesej Dimajukan: Mainkan mesej suara pada kelajuan 1.5x atau 2x untuk mendengar mesej dengan lebih cepat pada kedua-dua mesej biasa dan mesej dimajukan.

Mesej suara telah mempercepat dan memudahkan orang berbual dengan lebih ekspresif. Pengungkapan emosi atau keterujaan menerusi suara adalah lebih sejadi berbanding teks, dan dalam kebanyakan keadaan, mesej suara merupakan bentuk perhubungan pilihan di WhatsApp. Ciri ini mudah digunakan oleh sesiapa sahaja - bagi ahli keluarga anda yang kurang gemar menaip, untuk rakan anda yang suka bercerita, rakan sebaya yang memerlukan kata-kata semangat, atau apabila anda mahu mendengar suara pasangan anda pada penghujung hari yang meletihkan.

Kami teruja mahu melihat pengguna mencuba ciri baharu ini apabila dilancarkan pada minggu-minggu yang akan datang.

30 Mac 2022

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun
Perkara yang kami lakukan
CiriBlogKeselamatanUntuk Perniagaan
Diri kami
Perihal kamiKerjayaPusat JenamaPrivasi
Gunakan WhatsApp
AndroidiPhoneMac/PCWhatsApp Web
Perlukan bantuan?
Hubungi KamiPusat BantuanAplikasiNasihat Keselamatan
Muat turun

2025 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar Privasi
Sitemap