29 Ogos 2023
Awal tahun ini, kami memperkenalkan aplikasi WhatsApp untuk desktop Windows yang baharu dan kami kini membawakan pengalaman dipertingkat yang sama kepada pengguna Mac.
Dengan aplikasi WhatsApp untuk Mac yang baharu, anda kini boleh membuat panggilan kumpulan daripada Mac anda buat kali pertama, berhubung dengan seramai 8 orang dalam panggilan video dan seramai 32 orang dalam panggilan audio. Kini anda boleh menyertai panggilan kumpulan selepas dimulakan, melihat sejarah panggilan anda dan memilih untuk menerima pemberitahuan panggilan masuk walaupun semasa aplikasi ditutup.
Aplikasi ini direka bentuk semula supaya serasi dengan pengguna Mac, membantu anda menyelesaikan lebih banyak tugas dengan lebih pantas apabila menggunakan WhatsApp pada skrin besar. Anda kini boleh berkongsi fail dengan cara seret dan lepas ke dalam sembang secara mudah, serta boleh melihat lebih banyak sejarah sembang anda.
Seperti semasa menggunakan WhatsApp pada sebarang peranti, WhatsApp untuk Mac memastikan mesej dan panggilan peribadi anda kekal sulit merentasi peranti dengan penyulitan hujung ke hujung. Cuba sendiri aplikasi baharu ini yang tersedia untuk dimuat turun daripada WhatsApp.com dan akan datang ke App Store tidak lama lagi.