22 Mei 2023
Sekiranya anda membuat kesilapan atau mengubah fikiran, anda kini boleh menyunting mesej yang telah anda hantar.
Daripada membetulkan kesalahan ejaan mudah hingga menambahkan konteks tambahan pada mesej, kami teruja untuk memberi anda lebih banyak kawalan ke atas sembang anda. Anda hanya perlu menekan lama pada mesej yang dihantar dan memilih 'Sunting' daripada menu selama lima belas minit selepas itu.
Mesej yang disunting akan memaparkan 'disunting' pada mesej, maka orang yang menerima mesej daripada anda akan menyedari pembetulan itu tanpa menunjukkan sejarah suntingan. Seperti semua mesej, media dan panggilan peribadi, mesej anda dan suntingan yang anda buat dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung.
Ciri ini telah mula dilancarkan kepada pengguna di seluruh dunia dan akan tersedia kepada semua orang dalam beberapa minggu akan datang.