5 Mei, 2022
Reaksi pada WhatsApp semakin baik dengan papan kekunci emoji penuh termasuk pemilih warna kulit. Kami teruja untuk memperkenalkan lebih banyak cara bagi pengguna meluahkan perasaan mereka sambil bersembang dengan keluarga dan rakan.
Seperti yang kami umumkan pada bulan lepas bersama visi kami untuk Komuniti di WhatsApp, kami kini sedang membina untuk organisasi, perniagaan, dan kumpulan rapat yang lain supaya mampu berkomunikasi secara selamat dan melaksanakan kesemuanya di WhatsApp. Maklum balas yang kami terima setakat ini adalah sangat positif dan kami tidak sabar untuk menyediakan pelbagai ciri baharu kepada orang ramai.
Kami teruja untuk berkongsi bahawa reaksi emoji kini tersedia pada versi aplikasi yang terkini. Reaksi adalah menyeronokkan, pantas dan turut mengurangkan bebanan lebihan dalam kumpulan. Kami akan terus mempertingkatkan ciri tersebut dengan menambah kepelbagaian ekspresi yang lebih meluas pada masa akan datang.
Tambahan lagi, anda kini boleh menghantar fail sesama WhatsApp dengan saiz sehingga 2GB pada suatu masa, dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung. Ini merupakan penambahan daripada had 100MB sebelum ini dan kami percaya penambahan ini akan membantu dalam kolaborasi antara kumpulan perniagaan kecil dan sekolah. Kami syorkan agar menggunakan WiFi untuk fail yang lebih besar dan kami akan paparkan pembilang semasa memuat naik atau memuat turun untuk memaklumkan anda akan tempoh masa yang diperlukan bagi pemindahan.
Salah satu daripada permintaan teratas yang kami sering terima ialah pilihan untuk menambah lebih ramai orang ke dalam sembang, maka kini kami akan melancarkan secara berperingkat kebolehan untuk menambah sehingga 512 orang ke dalam sesuatu kumpulan. Membina komuniti yang peribadi dan selamat memerlukan usaha dan kami percaya peningkatan dalam siri ini akan membantu orang ramai dan kumpulan kekal rapat antara satu sama lain.
Kami berharap orang ramai akan menikmati kemas kini ini dan kami menantikan untuk berkongsi lebih banyak lagi sepanjang tahun ini.
Pengemaskinian Terakhir: 11 Julai 2022