22 Oktober 2020
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melihat peningkatan yang ketara terhadap penggunaan aplikasi pemesejan untuk komunikasi peribadi, dan semakin ramai juga orang bergantung pada WhatsApp untuk menjalankan perniagaan.
Banyak cara lama yang melibatkan komunikasi antara individu dan perniagaan adalah tidak berkesan. Walaupun perniagaan membelanjakan berbilion dolar setiap tahun untuk mengurus panggilan telefon, e-mel dan SMS, pengguna tidak mahu menunggu lama dalam talian, disambungkan dari seorang ke seorang atau tertanya-tanya sama ada mesej mereka sudah diterima.
Pandemik global telah membuktikan bahawa perniagaan memerlukan cara yang cepat dan cekap dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan mereka dan membuat jualan. WhatsApp telah menjadi sumber yang ringkas dan mudah pada masa ini. Lebih daripada 175 juta orang menghantar mesej kepada akaun WhatsApp Business setiap hari. Kajian kami menunjukkan bahawa pengguna lebih suka menghantar mesej kepada perniagaan untuk mendapatkan bantuan dan mereka lebih berkemungkinan untuk membuat pembelian apabila mereka boleh berbuat sedemikian.
Namun, ada banyak lagi yang perlu kami bangunkan. Sejak dua tahun lalu, kami telah menyediakan aplikasi WhatsApp Business dan API WhatsApp Business untuk membantu perniagaan pelbagai saiz dalam mengurus sembang mereka. Kami telah mendengar maklum balas anda tentang perkara yang berkesan dan percaya WhatsApp boleh membantu menjadikan pemesejan cara yang terbaik bagi pengguna dan perniagaan untuk berhubung. Sebab itu, kami akan meningkatkan pelaburan kami dalam bahagian yang berikut:
Kami tahu bahawa kebanyakan pengguna akan terus menggunakan WhatsApp hanya untuk berkomunikasi dengan rakan dan keluarga, sebab itulah kami akan terus membangunkan ciri baharu yang hebat dan melindungi perbualan peribadi pengguna.
Kami percaya bahawa pengalaman tambahan di WhatsApp ini memenuhi keperluan ramai individu dan perniagaan di seluruh dunia. Kami teruja tentang perkara yang akan datang dan kami akan melancarkan perkhidmatan ini secara beransur-ansur dalam beberapa bulan akan datang.