7 Disember 2023
Kami memperkenalkan Lihat Sekali untuk foto dan video pada tahun 2021 untuk menambah satu lagi lapisan privasi pada mesej anda. Hari ini, kami teruja untuk mengumumkan bahawa anda kini boleh menghantar mesej suara yang akan hilang setelah didengar.
Untuk membacakan butiran kad kredit anda kepada rakan atau apabila anda merancang kejutan, kini anda juga boleh berkongsi maklumat sensitif melalui mesej suara tanpa perlu berasa risau. Untuk memastikan ketekalan foto dan video Lihat Sekali, mesej suara Lihat Sekali ditandai dengan jelas dengan ikon "sekali" dan hanya boleh dimainkan sekali sahaja.
Seperti semua mesej peribadi anda, WhatsApp melindungi mesej suara anda dengan penyulitan hujung ke hujung secara lalai, dan Lihat Sekali merupakan satu lagi contoh inovasi privasi berterusan kami.
Mesej suara Lihat Sekali dilancarkan secara global dalam beberapa hari akan datang dan kami menantikan maklum balas anda. Lihat maklumat lanjut tentang cara Lihat Sekali berfungsi di sini.