23 Jun 2016
Selama lebih daripada setahun, orang ramai telah menggunakan Panggilan WhatsApp untuk berbual dengan rakan dan keluarga di seluruh dunia. Ini cara yang bagus untuk saling berhubung, terutamanya apabila berinteraksi dengan orang di negara lain, atau apabila menghantar mesej sahaja tidak mencukupi. Hari ini, lebih daripada 100 juta panggilan suara dibuat setiap hari di WhatsApp - iaitu melebihi 1,100 panggilan sesaat! Kami berbesar hati kerana ramai orang mendapati ciri ini berguna dan kami komited untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pada bulan-bulan mendatang.