13 September 2023
Hari ini kami tidak sabar mahu melancarkan Saluran WhatsApp ke lebih 150 buah negara dan menyampaikan cara peribadi untuk menerima kemas kini yang penting buat anda. Kami mengalu-alukan ribuan organisasi, pasukan sukan, artis dan pemimpin pendapat yang boleh diikuti oleh orang ramai, secara terus dalam WhatsApp.
Jika anda masih baru menggunakan Saluran, matlamat kami adalah untuk membina perkhidmatan penyiaran yang paling peribadi. Saluran adalah berasingan daripada sembang anda dan orang yang anda pilih untuk ikuti tidak dapat dilihat oleh pengikut lain. Kami juga melindungi maklumat peribadi kedua-dua pihak pentadbir dan pengikut.
Kami menghargai semua maklum balas positif daripada permulaan awal kami di sepuluh buah negara. Semasa kami mengembangkan Saluran ke seluruh dunia, kami memperkenalkan kemas kini berikut:
Ini hanyalah permulaan dan kami akan terus menambah lebih banyak ciri dan mengembangkan Saluran berdasarkan maklum balas yang kami dapat daripada pengguna. Dalam beberapa bulan akan datang, kami juga akan membolehkan sesiapa sahaja mencipta saluran.
Jika anda ingin mendengar lebih lanjut tentang kemas kini produk secara terus daripada kami, kami kini juga telah melancarkan Saluran WhatsApp rasmi untuk memastikan anda mendapat maklumat terkini tentang ciri yang sedang kami bina.