Reaksi pada WhatsApp semakin baik dengan papan kekunci emoji penuh termasuk pemilih warna kulit. Kami teruja untuk memperkenalkan lebih banyak cara bagi pengguna meluahkan perasaan mereka sambil bersembang dengan keluarga dan rakan.
Hari ini kami teruja untuk berkongsi visi kami untuk ciri baharu yang akan kami tambahkan ke dalam WhatsApp yang dipanggil Komuniti. Sejak WhatsApp dilancarkan pada tahun 2009, kami telah menumpukan pada cara komunikasi yang paling hampir dengan perbualan secara bersemuka apabila orang ingin bercakap dengan individu atau sekumpulan kawan atau ahli keluarga. Kami juga sering mendengar pandangan orang yang menggunakan WhatsApp untuk berhubung dan menyelaras dalam sesebuah komuniti.
Semasa kami melancarkan pemesejan suara buat kali pertama pada 2013, kami sedar bahawa ciri ini akan mengubah cara orang berhubung. Dengan mengekalkan reka bentuk yang ringkas, kami telah memudahkan rakaman serta pengiriman mesej suara semudah dan seringkas seperti menulis teks. Setiap hari di WhatsApp, pengguna kami mengirim secara purata 7 bilion mesej suara, kesemuanya dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung supaya kekal peribadi dan selamat pada setiap masa.
Misi kami ialah untuk menghubungkan dunia secara peribadi. Semakin banyak perbincangan kita bertukar daripada bersemuka kepada digital, kita mengakui bahawa wujudnya keajaiban tertentu apabila kita duduk bersembang dengan seseorang secara bersemuka, berkongsi fikiran dengan yakin, dan menyedari bahawa anda berdua berbicara secara peribadi dan hadir dalam detik itu. Kebebasan untuk bersikap jujur dan terbuka, maklum bahawa perbualan tidak dirakam atau tersimpan di suatu tempat selama-lamanya.
WhatsApp dibina berdasarkan idea yang mudah: Perkara yang anda kongsikan dengan rakan dan keluarga anda kekal antara anda dengan penerima. Lima tahun yang lalu, kami telah menambahkan penyulitan hujung ke hujung secara lalai, yang pada hari ini, melindungi lebih 100 bilion mesej sehari yang dihantar sesama lebih 2 bilion pengguna.
Mesej WhatsApp anda ialah milik anda. Itulah sebabnya mesej WhatsApp peribadi anda dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung dan sebab itu juga kami menyediakan cara untuk menghilangkan ciri ini daripada sembang anda secara automatik.
Walaupun mengambil foto atau video menerusi telefon sudah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita, tidak semua yang kita kongsi perlu menjadi rakaman digital kekal. Pada kebanyakan telefon, foto yang diambil akan memenuhi gulungan kamera anda secara kekal.
Pada waktu ramai antara kita berjauhan, tiada yang lebih indah daripada berkumpul menerusi panggilan kumpulan bersama rakan dan keluarga, dan anda pasti kecewa jika terlepas detik yang istimewa ini.
We’re honored by the opportunity to support the U.S. government’s sprint to get more Americans vaccinated for COVID-19 before the July 4 holiday, or as soon as they are able to do so.