7 Ogos 2013
Kami menghabiskan banyak masa di WhatsApp untuk memikirkan cara kami dapat menjadikan komunikasi lebih mudah dan kami tahu tiada wadah lain untuk mendengar suara rakan atau ahli keluarga. Jadi, hari ini kami akan memperkenalkan ciri baharu yang mencetuskan keterujaan: Mesej Suara.
Kami mengeluarkan Mesej Suara pada semua platform kami secara serentak. Kami bekerja keras untuk memastikan bahawa peranti iPhone dan Android mempunyai ciri Mesej Suara yang berfungsi dengan sempurna dan kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan pengguna BlackBerry, Nokia dan Windows Phone turut dapat menikmati pengalaman Pemesejan Suara yang beraneka dan unggul.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Mesej Suara dan cara ciri ini berfungsi, tonton video yang kami hasilkan:
http://www.youtube.com/watch?v=i3I_7H1mByA
Anda turut boleh membaca Soalan Lazim kami jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Mesej Suara bagi telefon khusus anda.
Kami berharap anda akan menyukai Mesej Suara sebagaimana keterujaan kami membangunkan ciri ini.