5 Januari 2023
Selamat Tahun Baru kepada semua yang menggunakan WhatsApp! Kami sedar bahawa sama seperti kami yang meraikan permulaan tahun 2023 melalui teks atau panggilan peribadi, terdapat ramai orang yang terus dinafikan keupayaan untuk menghubungi orang tersayang kerana penutupan Internet.
Untuk membantu, hari ini kami melancarkan sokongan proksi untuk pengguna WhatsApp di seluruh dunia. Maksudnya, kami memberikan kuasa kepada orang ramai untuk mengekalkan akses kepada WhatsApp jika sambungan mereka disekat atau terganggu.
Pemilihan proksi membolehkan anda bersambung ke WhatsApp melalui pelayan yang disediakan oleh sukarelawan dan organisasi di seluruh dunia yang berdedikasi dalam membantu orang ramai berkomunikasi dengan bebas. Jika anda mempunyai keupayaan untuk membantu orang lain berhubung, anda boleh belajar cara menyediakan proksi di sini.
Sambungan melalui proksi mengekalkan tahap privasi dan keselamatan yang tinggi yang disediakan oleh WhatsApp. Mesej peribadi anda masih akan dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung — memastikan kerahsiaan mesej antara anda dengan orang yang anda berkomunikasi dan tidak boleh dilihat oleh sesiapa pun, sama ada pelayan proksi, WhatsApp mahupun Meta.
Harapan kami untuk tahun 2023 ialah penutupan internet ini tidak akan berlaku. Gangguan sama seperti yang kita lihat di Iran selama berbulan-bulan menafikan hak asasi manusia dan menghalang orang daripada menerima bantuan segera. Walaupun sekiranya penutupan ini berterusan, kami berharap penyelesaian ini membantu orang ramai di mana-mana sahaja yang memerlukan komunikasi yang selamat dan boleh dipercayai.
Pilihan ini kini tersedia dalam menu tetapan untuk semua orang yang menjalankan versi terkini aplikasi kami. Maklumat lanjut tentang cara menggunakan ciri ini boleh didapati di sini.