Ciri
CallingMessagingGroupsChannelsMeta AIStatusSecurityParental controls
PrivacyBlogAppsHelp CenterUntuk Perniagaan
Log In
Download
Muat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Mari terokai AI

Pada persidangan tahunan Connect hari ini, Meta mengumumkan beberapa produk dan ciri AI yang akan tersedia di WhatsApp tidak lama lagi.

Kami diilhamkan oleh kemungkinan AI Generatif dan cara AI boleh membantu orang ramai menjadi lebih kreatif, produktif dan terhibur hanya dengan menghantar mesej. Dengan begitu banyak perbualan yang berlaku di WhatsApp, kami ingin membantu orang ramai di seluruh dunia mengakses teknologi yang baru muncul ini.

Sebagai permulaan, kami memperkenalkan tiga perkhidmatan AI baharu yang dikuasakan oleh Meta yang mewakili langkah pertama bagi perkara yang kami jangkakan sebagai laluan percubaan yang panjang untuk kita semua. Mulai hari ini, beberapa pengguna boleh mula menguji perkara berikut dalam sembang dengan rakan dan keluarga:

  • Pelekat AI: Anda kini boleh mencipta pelekat tersuai yang mewakili pendapat atau idea yang sesuai untuk sembang anda.
  • Sembang AI: Dengan AI Meta, anda boleh bertanya apa-apa soalan untuk mengetahui lebih lanjut tentang topik atau cuba menyelesaikan perdebatan dalam sembang kumpulan anda, termasuk mendapatkan perspektif daripada pelbagai watak yang dicipta oleh Meta yang memberikan respons dengan cara yang menarik.
  • Penjanaan Imej Fotorealistik: Dengan menaip gesaan/bayangkan, AI membolehkan anda menjana imej untuk mewakili idea, tempat atau orang.

Bagi mereka yang baru mengenali keupayaan awal AI Generatif, kami telah menyusun beberapa asas tentang cara sistem ini berfungsi untuk melindungi privasi anda. Perkara penting yang perlu diketahui adalah bahawa mesej peribadi anda dengan rakan dan keluarga tidak boleh diakses. AI boleh membaca perkara yang dihantar, namun mesej peribadi anda kekal disulitkan hujung ke hujung, jadi tiada sesiapa pun, termasuk Meta, dapat melihat mesej tersebut.

Selain itu, kami berminat untuk membantu perniagaan meningkatkan kualiti dan kepantasan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka kepada orang ramai melalui AI pilihan mereka. Kami kini bekerja di sebalik tabir dengan beberapa rakan kongsi dan kami akan dapat mengupas perkara ini dalam beberapa bulan akan datang.

Kami akan memastikan semua orang dimaklumkan menerusi aplikasi sambil kami menyediakan alat ini kepada lebih ramai orang dalam lebih banyak bahasa. Kami sangat mengharapkan maklum balas anda dan mendengar tentang perkara yang anda cipta.

27 September 2023

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun

Perkara yang kami lakukan

  • Ciri
  • Blog
  • Keselamatan
  • Untuk Perniagaan

Siapa kami

  • Perihal kami
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Privasi

Gunakan WhatsApp

  • Peranti mudah alih
  • Desktop
  • Tablet
  • WhatsApp Web

Perlukan bantuan?

  • Hubungi Kami
  • Pusat Bantuan
  • Aplikasi
  • Nasihat Keselamatan
Muat turun

2026 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar PrivasiSitemap
  • Afrikaans
  • azərbaycan
  • Bahasa Indonesia
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • Filipino
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Melayu
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • اردو
  • العربية
  • فارسی
  • मराठी
  • हिन्दी
  • বাংলা
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • ગુજરાતી
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • ಕನ್ನಡ
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 한국어
  • 日本語
  • 简体中文
  • 繁體中文(台灣)
  • 繁體中文(香港)