29 September 2025

Sejak beberapa bulan lalu, kami terus menambahkan ciri dan kemas kini baharu pada WhatsApp. Ringkasan hari ini merangkumi keupayaan untuk menghantar foto Gerakan dan Langsung, cara baharu untuk mengolah kreativiti dengan Meta AI dan banyak lagi!
Foto Langsung dan Gerakan: Kini anda boleh berkongsi Foto Langsung (iOS) dan Foto Gerakan (Android) yang merakamkan kehidupan seperti sedia ada – lengkap dengan bunyi dan pergerakan – bermakna anda boleh berkongsi detik yang indah dengan rakan pada mana-mana platform.
Tema sembang baharu dengan Meta AI: Awal tahun ini kami telah memperkenalkan Tema Sembang sebagai cara untuk menyesuaikan sembang anda. Kini anda boleh menggunakan kuasa Meta AI untuk meningkatkan kreativiti anda dan membuat tema sembang tersuai anda sendiri. (Ciri Meta AI mungkin tidak tersedia untuk semua pengguna.)
Latar belakang baharu dengan Meta AI: Kini dengan AI, anda dapat mencipta latar belakang unik untuk panggilan video anda bagi menerapkan persekitaran kegemaran anda atau mencuba latar belakang baharu. Anda juga boleh menambahkan latar belakang AI semasa mengambil foto dan video secara terus dalam sembang.
Pek pelekat baharu: Kami telah memperkenalkan pek pelekat baharu untuk menjadikan sembang anda lebih ekspresif dan menyeronokkan. Muat turun pelekat daripada pek Fearless Bird, School Days atau Vacation yang mempunyai watak comel untuk mengungkapkan perasaan anda tanpa perlu berkata-kata.
Carian kumpulan yang lebih mudah: Nama sembang kumpulan kadangkala menjadi sangat kreatif sehingga sukar diingati. Kini, cuma cari seseorang yang anda kenali yang berada dalam kumpulan pada tab Sembang anda, kemudian kumpulan sepunya anda akan dipaparkan.
Pengimbasan dokumen pada Android: Kini anda boleh mengimbas, memangkas, menyimpan dan menghantar dokumen menerusi WhatsApp pada peranti Android (anda sudah boleh melakukan perkara ini pada iPhone).
Nantikan lebih banyak ciri dan kemas kini baharu tidak lama lagi!