5 November 2026

Kami menerima maklum balas orang ramai bahawa mereka mahukan kedai sehenti untuk mencipta dan menyelaraskan acara, termasuk menjemput rakan yang tiada pada WhatsApp. Sama ada keluarga, rakan baharu atau rakan karib anda, detik terbaik berlaku apabila anda bersama secara bersemuka. Kami sedang melancarkan pengemaskinian untuk membantu anda merancang perjumpaan anda yang seterusnya dengan lebih mudah.
Dengan Acara pada WhatsApp, jemputan anda kini boleh menjangkau semua orang, malah rakan yang tidak mempunyai akaun WhatsApp – tepat pada masanya untuk pertemuan musim cuti. Ciptakan acara, tambahkan foto muka depan, kongsikan pautan dan mereka boleh melihat butiran serta RSVP tanpa memuat turun aplikasi.
Kami juga memperkenalkan Halaman Utama Acara baharu yang akan menjadi pusat sehenti anda untuk mencipta dan menghantar jemputan tersuai serta mengurus RSVP. Pastikan semua orang mempunyai kefahaman yang sama dengan peringatan tersuai dan pilihan untuk menambahkan seorang teman. Navigasi kepada Tetapan dan pilih Acara untuk melihat senarai lengkap acara terdahulu dan akan datang, termasuk acara yang telah anda cipta atau dijemput di satu tempat.
Kami membina jemputan Acara dengan mementingkan privasi: nombor telefon anda tidak ditunjukkan kepada tetamu yang anda tidak kenali dan tetamu tanpa akaun WhatsApp hanya akan melihat alamat acara selepas mereka RSVP. Seperti biasa, mesej dan panggilan peribadi anda kekal sulit dan disulitkan hujung ke hujung.
Acara yang dikemas kini akan dilancarkan kepada semua orang dalam beberapa minggu akan datang.