Ciri
CallingMessagingGroupsChannelsMeta AIStatusSecurityParental controls
PrivacyBlogAppsHelp CenterUntuk Perniagaan
Log In
Download
Muat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Panggilan Video dan Suara Kumpulan Kini Menyokong 8 Peserta

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan ramai antara kita terasing daripada rakan dan keluarga. Kesannya, kita melihat semakin ramai orang di seluruh dunia beralih kepada panggilan suara dan video pada WhatsApp berbanding sebelumnya. Panggilan grup sangat berguna dan pengguna kami telah meminta untuk berhubung dengan lebih ramai orang sekali gus. Mulai hari ini, kami menggandakan jumlah peserta yang boleh anda hubungi dalam panggilan video atau suara WhatsApp, daripada 4 kepada 8 orang pada satu-satu masa.

Sepanjang bulan lalu, rata-rata pengguna menghabiskan lebih dari 15 bilion minit bercakap setiap hari pada panggilan WhatsApp, jauh melebihi hari biasa sebelum berlakunya pandemik. Sama seperti mesej bertulis, semua panggilan tersebut dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung. Kami telah membina panggilan grup yang membuatkannya tersedia untuk seberapa ramai pengguna yang mungkin, termasuk orang yang menggunakan peranti kelas bawah dan keadaan rangkaian yang perlahan.

Kami tahu bahawa orang mungkin menginginkan cara yang berbeza untuk berhubung semasa mereka berada di rumah, sebab itulah WhatsApp juga tersedia pada Portal — yang ramai pengguna telah memberitahu kami bahawa ia merupakan cara yang terbaik untuk berkongsi kehidupan mereka dengan keluarga semasa kuarantin.

Untuk mengakses had peserta baharu yang lebih ramai pada panggilan WhatsApp, semua peserta dalam panggilan perlu mengemas kini kepada versi WhatsApp terkini yang tersedia pada iPhone atau Android hari ini. Ajak rakan dan keluarga anda mengemas kini WhatsApp untuk mencubanya.

28 April 2020

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun

Perkara yang kami lakukan

  • Ciri
  • Blog
  • Keselamatan
  • Untuk Perniagaan

Siapa kami

  • Perihal kami
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Privasi

Gunakan WhatsApp

  • Peranti mudah alih
  • Desktop
  • Tablet
  • WhatsApp Web

Perlukan bantuan?

  • Hubungi Kami
  • Pusat Bantuan
  • Aplikasi
  • Nasihat Keselamatan
Muat turun

2026 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar PrivasiSitemap
  • Afrikaans
  • azərbaycan
  • Bahasa Indonesia
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • Filipino
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Melayu
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • اردو
  • العربية
  • فارسی
  • मराठी
  • हिन्दी
  • বাংলা
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • ગુજરાતી
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • ಕನ್ನಡ
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 한국어
  • 日本語
  • 简体中文
  • 繁體中文(台灣)
  • 繁體中文(香港)