Ciri
CallingMessagingGroupsChannelsMeta AIStatusSecurityParental controls
PrivacyBlogAppsHelp CenterUntuk Perniagaan
Log In
Download
Muat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Memperkenalkan Pelekat Animasi, kod QR dan banyak lagi

WhatsApp telah digunakan dan disukai oleh lebih daripada 2 bilion pengguna di seluruh dunia. Walaupun fokus kami kekal pada penyediaan cara yang mudah, boleh dipercayai dan peribadi untuk pengguna bersembang dengan rakan dan keluarga - kami juga terus mendorong reka bentuk produk kami bagi memastikan WhatsApp tetap menjadi kaedah yang paling berguna untuk sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja untuk berhubung.

Hari ini, kami teruja untuk mengesahkan beberapa ciri baharu yang akan dilancarkan dalam beberapa minggu akan datang:

  • Pelekat animasi: Pelekat ialah salah satu cara orang ramai berkomunikasi di WhatsApp yang paling pesat berkembang, dengan berbilion-bilion pelekat dihantar setiap hari. Kami melancarkan pek pelekat animasi baharu yang lebih menyeronokkan dan ekspresif.
  • Kod QR: Kami menjadikan penambahan kenalan baharu semakin mudah. Sebaik sahaja anda bertemu dengan kenalan baharu, anda boleh mengimbas kod QR mereka untuk ditambahkan pada senarai kenalan anda. Tidak perlu lagi mengetik nombor mereka satu per satu.
  • Mod gelap untuk WhatsApp Web dan Desktop: Tema Mod Gelap yang sangat popular kini boleh ditetapkan pada komputer anda.
  • Penambahbaikan panggilan video Kumpulan: Kini, dengan hingga 8 orang dapat menyertai panggilan video, kami memudahkan anda memilih kenalan yang ingin anda fokuskan dengan membolehkan anda menekan dan menahan video peserta tersebut untuk dimaksimumkan kepada skrin penuh. Kami juga menambahkan ikon video dalam sembang Kumpulan dengan 8 atau kurang orang, jadi anda boleh memulakan panggilan video kumpulan dengan 1 ketikan mudah.
  • Status kini tiba di KaiOS: Pengguna KaiOS kini boleh menikmati ciri popular yang membolehkan anda berkongsi pengemaskinian yang hilang selepas 24 jam.

Ciri-ciri ini akan dilancarkan kepada pengguna dalam beberapa minggu akan datang, dalam versi WhatsApp terbaharu.

1 Julai 2020

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun

Perkara yang kami lakukan

  • Ciri
  • Blog
  • Keselamatan
  • Untuk Perniagaan

Siapa kami

  • Perihal kami
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Privasi

Gunakan WhatsApp

  • Peranti mudah alih
  • Desktop
  • Tablet
  • WhatsApp Web

Perlukan bantuan?

  • Hubungi Kami
  • Pusat Bantuan
  • Aplikasi
  • Nasihat Keselamatan
Muat turun

2026 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar PrivasiSitemap
  • Afrikaans
  • azərbaycan
  • Bahasa Indonesia
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • Filipino
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Melayu
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • اردو
  • العربية
  • فارسی
  • मराठी
  • हिन्दी
  • বাংলা
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • ગુજરાતી
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • ಕನ್ನಡ
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 한국어
  • 日本語
  • 简体中文
  • 繁體中文(台灣)
  • 繁體中文(香港)