Ciri
CallingMessagingGroupsChannelsMeta AIStatusSecurityParental controls
PrivacyBlogAppsHelp CenterUntuk Perniagaan
Log In
Download
Muat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Tingkatkan Sembang Kumpulan WhatsApp Anda Dengan Tag Ahli Baharu, Pelekat Teks Baharu dan Banyak Lagi

Tahun baharu ialah waktu terbaik untuk menaik taraf sembang kumpulan anda. Sembang kumpulan pada WhatsApp memudahkan anda kekal berhubung dengan orang dalam kehidupan anda, tanpa mengira peranti yang mereka miliki – sama ada untuk berkongsi azam Tahun Baharu, membuat persiapan sambutan istimewa yang bakal tiba atau merancang strategi untuk memenangi liga bola sepak anda.

Hari ini, kami memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan anda kekal berhubung dan mengekspresikan diri dalam sembang kumpulan dengan lebih baik.

Tag ahli: Semua orang memainkan pelbagai peranan dan kadangkala konteks tambahan diperlukan dalam sembang kumpulan. Kini anda boleh menambahkan tag peranan diri anda yang memaklumkan kumpulan tentang peranan anda dan tag ini boleh disesuaikan untuk setiap kumpulan yang anda sertai. Maka, anda boleh menggunakan “Ayah Anna” dalam satu kumpulan manakala “Penjaga Gol” dalam kumpulan lain.

Pelekat teks: Untuk mesej yang ingin anda tonjolkan, kini anda boleh menukar mana-mana perkataan menjadi pelekat dengan menaip teks anda dalam Carian Pelekat. Anda juga boleh menambahkan pelekat yang baru dicipta terus dalam pek pelekat anda, tanpa perlu menghantar pelekat tersebut dalam sembang terlebih dahulu.

Peringatan acara: Kini apabila anda mencipta dan menghantar acara dalam sembang kumpulan, anda boleh menetapkan peringatan awal tersuai untuk orang yang anda jemput. Fungsi ini memastikan semua orang ingat untuk menghadiri parti yang anda anjurkan atau menyertai panggilan tepat pada waktu, bergantung pada jenis acara.

Kemas kini baharu ini merupakan sebahagian daripada pelbagai ciri hebat yang telah kami perkenalkan sepanjang tahun untuk mengeratkan hubungan kumpulan – seperti perkongsian fail besar hingga 2 GB, media HD, perkongsian skrin, sembang suara dan banyak lagi. Kami percaya bahawa WhatsApp menawarkan pengalaman sembang kumpulan terbaik dan kami komited untuk terus menambah baik WhatsApp.

7 Januari 2026

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun

Perkara yang kami lakukan

  • Ciri
  • Blog
  • Keselamatan
  • Untuk Perniagaan

Siapa kami

  • Perihal kami
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Privasi

Gunakan WhatsApp

  • Peranti mudah alih
  • Desktop
  • Tablet
  • WhatsApp Web

Perlukan bantuan?

  • Hubungi Kami
  • Pusat Bantuan
  • Aplikasi
  • Nasihat Keselamatan
Muat turun

2026 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar PrivasiSitemap
  • Afrikaans
  • azərbaycan
  • Bahasa Indonesia
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • Filipino
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Melayu
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • اردو
  • العربية
  • فارسی
  • मराठी
  • हिन्दी
  • বাংলা
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • ગુજરાતી
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • ಕನ್ನಡ
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 한국어
  • 日本語
  • 简体中文
  • 繁體中文(台灣)
  • 繁體中文(香港)