Ciri
CallingMessagingGroupsChannelsMeta AIStatusSecurityParental controls
PrivacyBlogAppsHelp CenterUntuk Perniagaan
Log In
Download
Muat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Jangan terlepas panggilan kumpulan lagi

Pada waktu ramai antara kita berjauhan, tiada yang lebih indah daripada berkumpul menerusi panggilan kumpulan bersama rakan dan keluarga, dan anda pasti kecewa jika terlepas detik yang istimewa ini.

Memandangkan panggilan kumpulan kian popular, kami sedang berusaha menambah baik pengalaman pengguna kami - sambil memastikan keselamatan serta privasi penyulitan hujung ke hujung.

Hari ini kami ingin memperkenalkan keupayaan untuk menyertai panggilan kumpulan, walaupun sesi sudah bermula. Panggilan yang boleh disertai mengurangkan beban dalam menjawab panggilan kumpulan apabila sesi bermula, dan membawakan kespontanan dan kemudahan perbualan secara bersemuka ke dalam panggilan kumpulan di WhatsApp.

Sesetengah perbualan menarik berlaku pada waktu yang anda tidak jangkakan. Kini, sekiranya seseorang dalam kumpulan anda terlepas panggilan ketika telefon berdering, mereka masih boleh menyertai pada bila-bila masa yang mereka mahu. Anda juga boleh keluar dan masuk semula asalkan panggilan tersebut masih berlangsung.

Kami juga telah mencipta skrin maklumat panggilan supaya anda boleh melihat hadirin dalam panggilan, dan mereka yang telah dijemput namun belum turut serta. Dan sekiranya anda menekan 'abaikan', anda boleh turut serta kemudian daripada tab panggilan di WhatsApp.

Panggilan boleh disertai akan dilancarkan mulai hari ini dan kami berharap orang ramai mula memanfaatkan sepenuhnya pengalaman baharu ini.

Anda boleh membaca lebih lanjut tentang cara mencuba ciri ini di sini.

19 Julai 2021

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun

Perkara yang kami lakukan

  • Ciri
  • Blog
  • Keselamatan
  • Untuk Perniagaan

Siapa kami

  • Perihal kami
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Privasi

Gunakan WhatsApp

  • Peranti mudah alih
  • Desktop
  • Tablet
  • WhatsApp Web

Perlukan bantuan?

  • Hubungi Kami
  • Pusat Bantuan
  • Aplikasi
  • Nasihat Keselamatan
Muat turun

2026 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar PrivasiSitemap
  • Afrikaans
  • azərbaycan
  • Bahasa Indonesia
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • Filipino
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Melayu
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • اردو
  • العربية
  • فارسی
  • मराठी
  • हिन्दी
  • বাংলা
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • ગુજરાતી
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • ಕನ್ನಡ
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 한국어
  • 日本語
  • 简体中文
  • 繁體中文(台灣)
  • 繁體中文(香港)