Muat turun
Ciri
PanggilanPemesejanKumpulanSaluranMeta AIStatusKeselamatan
PrivasiBlogAplikasiPusat BantuanUntuk Perniagaan
Log Masuk
Muat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Ringkasan Ciri Baharu: Kosongkan ruang, berbilang akaun, pemindahan merentas platform dan banyak lagi

Seiring dengan waktu, sembang kita menjadi rakaman bagi detik yang penting: perbualan dengan keluarga, gelak tawa dengan rakan, foto dan video yang tanpa henti kita kongsikan. Untuk membantu anda memanfaatkan sepenuhnya aplikasi ini, kami melancarkan cara baharu untuk menjadikan WhatsApp lebih mudah untuk digunakan — sama ada anda ingin kekal teratur, mengimbangkan antara kerja dengan peribadi, atau memanfaatkan setiap sembang.

Kosongkan ruang, simpan yang penting: Apabila sembang anda semakin bertambah, kekusutan juga boleh meningkat. Kini anda boleh menemukan dan memadamkan fail yang besar secara terus dalam mana-mana sembang, jadi anda boleh mengosongkan perkara yang anda tidak perlukan tanpa memadamkan keseluruhan perbualan anda. Hanya perlu ketik nama sembang dan pilih Uruskan Penyimpanan. Anda juga boleh memilih untuk mengosongkan hanya fail media apabila mengosongkan sembang – sambil mengekalkan sejarah sembang anda.

Pemindahan sembang merentas platform lebih mudah: Ciri pemindahan sembang kami kini menyokong peralihan sejarah sembang anda daripada iOS kepada Android, selain pemindahan dalam platform yang sama. Menukar telefon seharusnya tidak rumit. Kini, dengan hanya beberapa ketikan, perbualan, foto dan video anda boleh dibawa bersama-sama dengan mudah.

Dua akaun, satu telefon – kini pada iOS: Anda kini boleh mempunyai dua akaun WhatsApp yang dilog masuk pada masa yang sama pada iOS—sama seperti pada Android. Tidak perlu lagi membawa dua telefon untuk mengasingkan antara kerja dengan peribadi. Anda akan sentiasa mengetahui akaun yang anda log masuk kerana gambar profil anda kini dapat dilihat pada tab bahagian bawah.

Pelekat yang sepadan dengan mood anda: Pelekat boleh memberikan ekspresi yang lebih menyerlah dan lebih berani dalam perbualan anda—dan kini WhatsApp memudahkan penggunaan ciri ini dengan mencadangkan pelekat semasa anda menaip emoji. Dengan hanya sekali ketikan, anda boleh menukar emoji kepada pelekat yang menggambarkan perasaan anda dengan tepat.

Kemasan foto dengan Meta AI: Anda kini boleh menggunakan Meta AI untuk memperkemas foto secara terus dalam sembang anda sebelum menghantar, memudahkan untuk mengalih keluar sesuatu yang mengganggu, menukar latar belakang baharu, atau menggunakan gaya yang menarik. Ciri Meta AI mungkin tidak tersedia untuk semua pengguna.

Bantuan Menulis AI lebih membantu: Bantuan Menulis kini boleh mendraf cadangan respons berdasarkan perbualan anda, agar anda boleh menyampaikan mesej anda dengan tepat – di samping memastikan sembang anda sepenuhnya peribadi.

Ciri ini dilancarkan sekarang dan akan tersedia untuk semua orang tidak lama lagi. Kami berharap kesemua ciri ini menjadikan WhatsApp anda lebih mudah untuk digunakan.

26 Mac 2026

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun

Perkara yang kami lakukan

CiriBlogKeselamatanUntuk Perniagaan

Diri kami

Perihal kamiKerjayaPusat JenamaPrivasi

Gunakan WhatsApp

AndroidiPhoneMac/PCWhatsApp Web

Perlukan bantuan?

Hubungi KamiPusat BantuanAplikasiNasihat Keselamatan
Muat turun

2026 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar PrivasiSitemap